Bantahan larangan muslim masuk pusat urut di ampang

Julai 30, 2008

Cadangan untuk melarang umat islam untuk masuk ke pusat urut di sekitar ampang adalah sangat bertentangan dengan ajaran islam yang mana melarang umatnya berdua-duaan dengan bukan mahram (mendekati zina) walau di mana pun dia berada. Pada hemat saya, kerajaan pakatan rakyat secara skala yang besar harus menguatkuasakan perintah yang sama.
Masalah rumah urut yang semakin bercambah ini bukan isu baru malah telah disentuh oleh wartawan dalam program TV3, 999 beberapa kali, namun tak nampak sebarang perubahan.
Rumah urut ini biasanya mengeksplotasi anak gadis sebagai tukang urut untuk menarik ramai pelanggan. Menurut laporan 999, ada rumah urut yang menyediakan khidmat ‘ekstra’ yang berbaur pelacuran. Baca baki entri ini »


laporan pusrawi dari sudut paranormal

Julai 30, 2008

bumilangit adalah ahli paranormal separuh masa yang menumpukan kajian khusus tentang makhlus halus yang melompat-lompat.

pada hemat saya sebagai ahli paranormal yang berpengaruh dan berpengalaman luas dalam bidang perubatan tradisional dan rasuk merasuk, laporan perubatan yang bocor dari pusrawi itu tidaklah dapat digunakan untuk menafikan kemungkinan berlakunya proses sodom menyodom pada hari yang sekian-kian dan pada waktu yang sekian-kian.

ini berdasarkan faktor yang mana subjek yang dikaji iaitu saiful bukhari, walaupun dikatakan tiada kesan luka, nanah atau koyak di bahagian sulit belakang, namun itu masih belum membuktikan dia tidak menyodom. pada hemat ahli paranormal seperti saya, bukan saja alat sulit belakang saja perlu diteliti, malah alat sulit bahagian depan juga perlu dikaji untuk kesan jerutan. namun perlu diingatkan, kesan jerutan hanya akan wujud jika yang disodom masih mempunyai kekuatan untuk mengemut, jika tak, hanya kesan nikmat sahaja akan kelihatan.

sekian pandangan saya.

*bumilangit menyediakan khidmat mandi bunga (penaik seri muka) dan tilik nasib buat para pewakilan UMNO yang akan bertanding pada perhimpunan agung tahun ini. diharap dapat buat tempahan awal kerana bumilangit agak sibuk dengan jadualnya. permintaan untuk penyantet (santau-menyantau) pesaing tak akan di layan. harap maklum


ezam nak ikot anwar, hehe

Julai 29, 2008

ezam berkata dalam kaca TV, dia akan ikot (membontoti) ke mana saja anwar bertanding jika ada pilihanraya kecil jika MT umno izinkan.

kamu nak percayakah ezam md noor ni? kalau last minit dia tarik diri macamana? free saja anwar menang..

kamu nak percayakah mamat ni? pada tahun 1998 dulu dia pakai bazooka oo..


antara nikotin dan kafein

Julai 26, 2008

peksa yang akan datang ni bebetul menekan aku. masa pergi klinik untuk mintak ubat migrain semalam, doktor kata tekanan darah aku tinggi dah sampai tahap hypertension. aku tanya dia balik dengan nada yang sombong dan bongkak, “doktor, tension tu apa? kahkah kah!”. dia kata tension tu la yang sebabkan migrain aku sambil tunjukkan carta tekanan darah dan tahap stress.

ini semua, aku kira sebab stadi kot. dan di antara kafein dan nikotin.

pagi tadi aku pergi joging, pastuh makan nasi lemak (tanpa ikan bilis!)

sekarang aku rasa lebih baik.

hari isnin aku ada peksa. dah aku dah korbankan terlalu banyak untuk gagal..


dark knight : wira anarki

Julai 23, 2008

ini bukan batman biasa! ini bukan cerita ‘willy wonka’ macam batman forever. ini bukan remaja cintan cintun macam batman and robin. maaf ya bagi yang belum matang, filem ini bukan untuk anda!

batman dark knight telah lari dari stereotype cerita superhero amerika, yang mana sering heronya akan menang selepas menghadapi sedikit kesusahan. para penonton akan keluar dari pawagam dengan hati yang penuh berani dari motivasi yang digarap cerita tadi. ini aku panggil jalan cerita tahi lembu yang hanya layak ditonton oleh kanak-kanak. bagi aku, baik duduk rumah dan tengok cerita mr beans.

tapi ini lain! dahi penonton akan berkerut dahi dari mula sampai akhir memikirkan, mana betul, mana salah? apa yang dia buat ini betul atau salah? soalan ini akan bermain dalam pikiran, buat suatu masa.

anarki, betul atau salah? langgar undang-undang, dalam masa kita tahu kita betul, dosa atau tidak? langgar lampu isyarat pada pukul 2.30 pagi, salah tak? siapa buat undang2 ni? Baca baki entri ini »


next PM; nak pilih KuLi atau Anwar?

Julai 19, 2008

ini ialah rentetan kisah kuli yang nak jadi perdana menteri seperti yang aku tulis dulu.

selepas anwar tunjuk gigi taringnya dalam debat isu minyak, ku li pun terus melompat2 meminta publisiti. katanya dia juga ada formula!, baca di klpos.

buat mereka yang malas nak baca biar aku simpulkan idea ku li.
-“Malaysia juga boleh jemput pakar dari luar untuk beri idea atau pandangan jika tidak memiliki kepakaran dalam negeri dalam perkara-perkara tertentu, ini boleh dilakukan, semua untuk kebaikan rakyat,”

ok, sekarang korang pilih lah, anwar yang dilantik jadi penasihat ekonomi kompeni2 besar luar negara dan konsultan negeri2 padang pasir ataupun kuli, yang mungkin akan minta konsultasi anwar.


polis yang dibicarakan

Julai 17, 2008

(tulisan ini tak bermaksud untuk memperolokkan polis. saya suka polis yang baik. mereka banyak tolong saya)

walaupun mata dan telinga rakyat bertumpu kepada kepada dua insan sekarang, iaitu Anwar dan Rosmah, namun hakikatnya yang dibicarakan sebenarnya ialah polis, yang mengaku badan untuk menegakkan law and order (undang2 dan ketenteraman awam).

imej polis tercalar teruk selepas trajedi 1998 yang mana tunggak kepimpinan polis, ketua polis negara, rahim noor telah menumbuk mata anwar sehingga lebam. sebelum itu, rakyat dikejut dengan cara polis melayan rakyat dengan kejam dan zalim disekitar demo pro reformasi. malah video rakyat tanpa senjata ini dipijak masih boleh diulang lihat dalam youtube sehingga kini.

jenaka tilam bertompok sperma juga masih teguh dalam minda penduduk malaysia. siapa yang boleh lupakan lagak musa hassan, ketua polis negara sekarang, mengangkut tilam naik-turun mahkamah untuk membuktikan yang anwar itu memang benar2 peliwat jubur dan kaki perempuan. kita akan ingat cerita ini sampai bila-bila, sepertimana kita ingat cerita P ramlee.

cerita kotor badan polis ini bukan benda sulit yang diceritakan secara tertutup dalam organisasi bawah tanah, tapi telah diketahui ramai dan menjadi bahan sembang di mapley dan padang golf. lencana “saya anti rasuah” diperolokkan menjadi “saya nanti rasuah”. setiap kali ada road blok, kita akan tengok kalendar dan kata, “oh yaa, dah tengah bulan”. karat dalam badan ini punya teruk, sehingga musa hassan behasrat memberi roh baru dalam tubuh lama polis.

maka dimomokkan setiap anggota dengan perkataan ‘intergriti’. setiap dada anggota polis disemat, intergriti amalan kita. kamu tahu apa maksud intergriti? IkaN TEnGiRi? bukan. intergri-TILAM? juga bukan.
oleh kerana terlalu angkasa nya bahasa musa hassan, bukan sahaja rakyat pening, malah anggota polis sendiri pun masih samar2 maksud intergriti ni.

tapi mungkinkan lencana yang tersemat dipoket itu merubah roh dalam badan itu, cuma masa yang menentukan. dalam kes terbaru, rakyat terharu melihat bagaimana sebuah badan yang berjati diri dan teguh pendiriannya melayan dua kes yang dihadapi oleh dua ikon besar Malaysia, anwar dan rosmah.

kes pertama, anwar, dituduh meliwat, ditangkap oleh unit UTK dengan lengkap berpurdah dan disoal siasat selama hampir 2 hari dan terpaksa bermalam di lokap.

kes kedua, rosmah, dituduh membunuh altantuya, disoal siasat. penuduhnya ditangkap kerana memfitnah.

pengajaran dari cerita ini adik2, jangan main buntut, bunuh orang tak apa. namun di kaca TV, pemimpin2 badan yang mengamalkan intergriti ini masih sanggup berkata, ini prosedur biasa. jika ini benar, maka siallah malaysia ini.

rakyat sebenarnya sekarang lebih tertumpu kepada polis, untuk membuktikan lencana itu bukan hanya slogan logam yang tak dipahami sesiapa. rakyat jadi saksi, rakyat jadi hakim.


sekitar debat anwar-shabery chik

Julai 16, 2008

ni poin ringkas yang aku dapat. sori la, tak byk masa.

1) serangan peribadi atau pendedahan track record, apapun yang kau panggil, taktik tu tak bes. tambahan pulak pihak yang kau serang tak balas, nampak macam kau jahat sorang2.

2) taktik merayu macam “percayalah”, percayalah cakap saya” yang diulang berkali-kali itu tak bagus. kalau fakta kau kuat, tak perlu merayu. kalau nak merayu dengan berkesan, menangislah. mesti orang percaya.

3)markah paling tinggi untuk anwar ialah bila dia tinggalkan rostrumnya dan trus berjabat tangan dengan shabery sejurus selepas program tamat.
postur tu membuatkan shabery chik betul2 macam org jahat dan sombong.

amacam?


Hari-hari yang diam

Julai 12, 2008


Hamzah, safiah dan ika takdak. Aku sunyi gila. Haha. Padan muka. Kadang2 perpisahan ini dapat sedarkan kita yang hidup ini sebenarnya kita hidup sendiri. Bukan nak kata aku ni penganut individualism, bukan macam tu. Cuma dalam sunyi ni ingatkan aku kepada mati. Mati tu kan sendiri-sendiri.
Soalnya sekarang siapa tinggalkan siapa. Ika, hamzah dan safiah yang tinggalkan aku atau aku tinggalkan mereka? Siapa mati-siapa hidup? Jika mereka mati, hidupkah aku? Jika aku mati, Allah akan menjaga mereka lebih baik dari aku (ayat ini aku kena genggam dengan gigi geraham!).
Berikut akan jadi hari-hari yang diam.
Mereka di sana, aku disini. Masa mereka pergi tadipun aku tak cakap selamat tinggal. Hanya Tuhan yang tahu bertapa aku benci perkataan itu kerana ia selalu diturut air mata. Haha. Aku memang seorang yang romantis dan tak takut menangis. Lantaklah! Tadi mereka pergi tanpa apa-apa drama. Mungkin hanya ika yang menangis. Itu pun aku cuba untuk tidak bayangkan.
Biar aku mati dalam jihad, bukan mati duduk diam.
Jihad kata cikguku adalah berusaha bersungguh-sungguh. Perpisahan sementara ini antara imej jihad aku. “Disebalik kesusahan itu ada kemudahan”. Apa kamu ingat Edison terus boleh cipta mentol? Apa kamu ingat salahuddin dapat masuk al aqsa dengan mudah? Apa kamu ingat mudahkah Tun nak jadi PM Malaysia? Susah beb! Semuanya dengan jihad. Dan berjihad itu maksudnya berkorban.
Diam-diam semalam.
Sebelum ini juga sunyi-sunyi saja aku di ruang blog ini. Suam-suam kuku. Jujurnya aku dah bosan dengan anwar, paklah, najib dan warna-warna partai. Seperti semuanya sandiwara, semuanya diatur. Oppss.. bukankah begitu sebenarnya? Kita ini semuanya pelakon (yang menghafal skripnya sendiri). Beruntung mereka yang sedar bahawa ini hanya satu pentas yang besar. Rugi mereka yang gila dalam lakonan sendiri dan terus berlakon dengan penghayatan sehidup-hidup. Lantas hidup mereka menjadi lakonan dan mereka terlupa apa itu takdir dan takbir. Ya! Mereka hanyut dan lemas. Aku pun hanya tersedar selepas perpisahan ini.
Corong politikus, mungkinkah kamu juga akan diam?
Kaum kerabat aku dalam PKR kini juga diam. Kamu pernahkah terpikir yang diam itu bahaya? Iya! Lebih bahaya jika musuh kamu diam-diam buat serbuan keatas kamu! Pukul curi itu aci(sah), kata cikguku. Anai-anai juga dalam diam saja dapat runtuhkan sebuah pohon besar. Kita semua tengah saksikan semua ini, sekarang. Mungkinkah pokok besar Umno akan tumbang akan tumbang isnin ini? Tak percaya? Cuba duduk diam-diam dan dengar anai-anai itu merobek hingga ke akar. Ada kemungkinan,kan?
Mari diam
Cikgu aku kata dalam diam ada kunci. Kalau aku hilang kunci motor, aku cari rata-rata tapi bila tak jumpa aku duduk diam dan pikir dalam dalam sambil berselawat, insyaAllah jumpa. Mari duduk diam-diam macam anai-anai. Mari diam.


isu fatwa JPN, jangan double standard!

Julai 10, 2008

semalam, kerajaan dengan tegas mengharamkan nama anak angkat disatukan dengan nama bapak angkat.

hari ini, saya cabar kerajaan malaysia untuk kuatkuasakan satu lagi fatwa yang telah dikeluarkan sejak beberapa tahun lalu namun terus dilupakan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur telah mengHARAMkan rokok.

hah.. haramlah!