mari belajar ilmu pukau – kira ijazah sekali la.

sebagai salah seorang ahli ‘majlis dukun-dukun semenanjung’ – Malaysian pan penisular shaman council, aku rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat dengan orang awam mengenai persoalan2 yang sering ditimbulkan mengenai ‘apa itu pukau’ dan ‘bagaimana untuk memukau’.

ilmu pukau, atau dalam bahasa inggerisnya, hipnotik ada banyak kegunaan alam kehidupan seharian. bayangkan jika anda dalam memukau orang yang akan interviu anda atau penguji dalam ujian lisan, pastinya hidup anda lebih mudah! lain2 kegunaan pukau yang tak elok, lu pikir la sendiri.

pukau ialah perbuatan untuk mengawal minda orang kedua atau ‘membuatkan orang kedua ikut kehendak anda’. manakala, orang puteh mendefinisikan pukau sebagai is a broad range of psychological tactics able to subvert an individual’s control of his own thinking, behavior, emotions, or decisions. The concept is closely related to hypnosis but differs in practical approach; dalam hal ini ilmu pendukun.

baiklah, kita sudah belajar contoh2 kegunaan pukau, apa itu pukau – sekarang mari kita belajar ilmu pukau yang mudah. seperti ilmu2 pendukunan yang lain, ianya perlukan ‘ijazah’ untuk ilmu itu berhasil, anggap saja saya beri semua pembaca ijazah/kebenaran untuk mempraktikkan ilmu ini.

cara mudah untuk membuatkan orang lain ‘ikut kehendak anda’ ialah SENYUM. anda perasan tak bila anda senyum, tak kiralah kat aweks atau pokcik tuo, mereka akan senyum balik secara automatik tanpa disuruh? haa.. tahniah, anda telah berjaya untuk memukau mereka! (hanya Tuhan tahu mengapa kita senyum balik bila orang senyum kat kita)

gelaklah dan bencilah aku tapi inilah cara pukau yang paling simple. ramai orang dah lupa kepentingan senyum hari ini kerana ‘terlalu sibuk’ dan ‘nak cepat- entah apa yang dikejar, dia pun tak tahu’. senyum ialah pembuka bicara tanpa kata yang terbaik kerana membawa kepada suasana positif. cuba lihat balik dalam sejarah hidup sendiri bertapa senyum ini telah memulakan banyak perkara yang manis.

dalam bilik temuduga, ujian lisan atau perbincangan serius, bila masuk saja pintu, senyum dan berilah salaam. bila anda diberi pilihan; ditemuduga dengan orang yang tersenyum atau orang yang bermuka masam, mana pilihan anda? jawab lah sendiri dalam hati.

akhir sekali,  saya nak turunkan mentera untuk memudahkan diri sendiri senyum;

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum… kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum… membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan…

namun kalau tak boleh senyum jugak, cuba cara ni;

nota kaki;

aku berasa sedih kerana takdapat cari video/audio lagu senyum tu. jika ada komrads atau ukhwats yang ada links, tolong share.

makaseh!

15 Responses to mari belajar ilmu pukau – kira ijazah sekali la.

  1. mudin001 berkata:

    sheh, aku sedang senyum🙂

  2. admin berkata:

    politician tak jujur pandai “memukau” rakyat dengan lidah bercabang mereka.. heheheh, ikat simpul lidah mereka..

  3. [ainis] berkata:

    bro. dah habis exam ek. bila boleh jumpa safiyah and hamzah ni? ;p

  4. bumilangit berkata:

    ainis;

    baru submit exam application tadi. examiner akan panggil any time, tp selalunyaselepas seminggu.

    safiah masuk ampang putri pagi tadi. ika kata kena sawan. doktor kata kena fit. aku pon taktau beza. kalau nak datang melawat, gimme a call. ika ada kat sana.

  5. pendekar berkata:

    he he he….

    senyum pengubat segalenyer dan yang memukau aku terhadap arwah mak aku kerana pukauan senyumannyer walaupun sedang menahan derita

  6. bumilangit berkata:

    Allahu akbar!

    pendekar, teringat saya doa yang cikgu saya pernah ajar,
    “Ya Allah, senyumkanlah aku ketika sedih- keranaMu ya Allah dan menangiskanlah aku ketika gembira- keranaMu ya Allah”

  7. ibnurashidi berkata:

    salam..

    :)…saya secara tiba2 tersenyum baca entri ni..adakah saya sudah kena pukau anda?pukau dapat pahala takpa:)

    P/S : Maila jalan2 blog saya.

  8. mama berkata:

    apelah

  9. mama berkata:

    main2 pukau pulak tak takut ke ngan Allah S.W.T

  10. ajib berkata:

    senyum r krekk2….

  11. lala berkata:

    Hah!Entri ni best..sgt stuju senyum jg adalah pukau(baru skg sy tau)..dan rupanya eksperimen sy selama ni adalah kajian sy ttg pukau..hehehe..sebenarnya saya suka sangat senyum dgn smua org..entahlah dah Tuhan bagi sy camni..apatah lg kalau org tu jenis yg sgt serius..itu cabaran bg sy..sy akan beri syuman yg sgt ikhlas kpd org tu..bl dia syum, hati kita pn terasa tenang dan aman..hehe..kalau x senyum jg..persepsi sy thadap org sbgitu adalah >> “P.E.L.I.K” tak gitu?Or syuman kita tu mcm senyum kambing..hahaha

  12. Hisham berkata:

    buat kita cemas aje

  13. dadieoo7 berkata:

    Ilmu Pukau????????????????????

    jangan menjerumuskan diri anda ke dalam kesesatan..Allah tak suka hambaNYA buat benda yang dilarangNYA.

  14. mohd ikbal berkata:

    Cheh !apa ni?begini ke cara org melayu guna internet..kalau tak tahu misalnya nak ajar hipnotik ke,jgnlah buat lawak pulak…patutlah bangsa kita mundur..ada org macam kau ni lah…buat main2 …ilmu dlm semua segi berguna bagi org barat…sebab tu kalau hang lihat org barat ni dia kongsi ilmu dan info pasal pukau contohnya dan sekaligus cara supaya tak dipukau…tapi hang buang masa …bermbus lah..apa ingat IT tempat borak warung SENARIO ke..

  15. izad berkata:

    jangan biarkan diri anda tekena pukau……
    camno nak elakkan …..
    lu piker lah sendri……….asamekom…..
    hehehehehe…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: