pejuang melayu tak sama dgn pejuang islam

Mei 29, 2008


orang umno termasuklah dengan orang yang baru masuk umno menegaskan, mereka berjuang untuk melayu dan oleh kerana melayu di malaysia ini islam maka merekalah pejuang islam. hidup melayu sama dengan hidup islam.

aku suka petik kata-kata rakan aku, “kalau tak solat 5 waktu berjemaah di masjid, jangan bicara tentang berjuang atas nama Islam”.


indiana jon (aku le tu)

Mei 28, 2008

semalam aku tengok indiana jon(es) semasa aku tersangkut dalam hujan dalam perjalanan pulang dari rumah. semasa orang lain berteduh bawah fly over, aku berteduh kat one utama. emm.. lebih tepat, TGV one utama. aku telefon ika (bini aku) dan tanya, “apa benda yang indiana jones cari dalam cerita the last crusaders?” ika jawab, “tatau, ika tak tengok indiana jones”.

TOOT! jawapan anda salah! “ika tak tengok indiana jones” bermaksud, “ok, awak boleh tengok cerita tu sorang2”.

kepada penyokong yahudi, pergi la tengok cerita tu. bila dah sampai separuh cerita baru aku ingat, spielberg tu kan friends of jews.

ceritanya tipikal indiana jones kecuali indy yang lebih tua dan tiada awek cun. mungkin george lucas dan spielberg sudah sedar kegagalan star wars episod 1-3 bermula dari cubaan untuk membawa perubahan. yeah! kopi itu hitam. biarkan dia hitam!

-jangan baca bahagian ini jika anda nak tengok cerita ni-
cerita kali ini, mungkin kerana spielberg dah kehabisan idea, maka dia campurkan ET dan indi. jadilah tengkorak kristal. cadangan aku buat spielberg, kalau kau nak buat sekuel ET, apa kata kau masukkan unsur-unsur jurasic park, atau schindler list? haaa!!! teori baru; yahudi zionis tu sebenarnya makhluk asing yang cuba menakluk bumi!

marilah kita akui, ford dan spielberg, dua-dua pun dah tua. (dalam istilah masakini, “kalau keluar parti pun orang tak kesah”). walapun cerita ini penuh aksi2 padat namun semacam ada sedikit hambar dan lembab. CGI nya pula lemah, macam nak tak nak saja tipu penonton. semut gergasi nampak tipu. air terjun tak nampak betul.

kalau nak tipu, tipulah betul-betul!

sebuah kuil yang tak pernah dibuka selama lebih 5,000(lima ribu) tahun, dan cara nak buka kuil ini, punya lah susah sehinggakan tidak mungkin ada sesiapa pun yang dapat buka pintunya. lima ribu tahun, ok?

tiba-tiba bila setelah dapat dibuka, ada pulak patung gautama buddha dan askar terracota dalam tu!
indy, sebagai seorang ahli arkeoloji yang hebat begitu kagum sehingga dia berkata, “mereka mengumpul artifak seperti aku-ahli kaji purba!”

opppsss…
ahli kaji purba alias professor sejarah yang hebat dah lupa kah yang buddha lahir sekitar 560 sebelum masihi dan terra cotta pula dibina oleh maharaja Qin sekitar tahun 210 sebelum masihi. apa yang figura-figura itu buat dalam kuil yang ‘tak pernah dibuka’ selama 5,000 tahun.

kalau nak tipu, tipu la betul-betul!

long story cut short, cerita ini tiada sentimen yang dapat menaikkan iman dan hanya sesuai ditonton jika anda naik motorsikal dan lalu disebelah one utama dan tiba-tiba hujan. jika tidak, jangan buang masa anda.


ke mana PKR tanpa ezam?

Mei 28, 2008

anwar, azmin dan Dr Syed Hussien pasti menggaru-garu kepala, macamana nak kemudi keADILan tanpa ezam?

Ya Tuhan, berikanlah pemimpin kami ini pertunjuk…

hahahahaaa… ezam oh ezam… kamu cuma cuba menyanyikan lagu dodoi ketika ribut memukul kapal Umno yang hampir roboh. dan kamu nyanyikan lagi ‘biarkan..biarkan’ ketika mahathir terjun dengan labu-labunya.

tapi bagaimana pun, PKR jangan leka dan kena mengaku yang mereka ada masalah dalaman dan terus baiki masalah itu. aku tau, PKR ni lembab nak mampus, tapi kalau mereka terus lembab nak mampus macam ni, mood rakyat yang mahukan perubahan akan hilang dan anarki WAJIB menjelma.

PKR mesti berubah. Umno pasti rebah. ezam? tak akan ada sapa pun yang kisah.

arwah pak lang mesti kecewa tengok tingkah laku ezam..


kalau-kalau ezam betul-betul masuk umno

Mei 26, 2008

belumpun tuan punya diri jawab, rakyat semua sudah melompat. yang umno kata PKR ada masalah, yang PR kata ezam jilat ludah.

kita kena ingat beberapa fakta penting, pertama ezam belum keluar kenyataaan yang dia betul-betul nak masuk umno. yang ada sekarang cuma sumber media yang memang dah diketahui umum, tak boleh dipercayai. walaupun memang ada bukti yang ezam nak masuk umno, atau bukti yang ezam baik dengan pemimpin umno, tetapi ezam BELUM keluarkan kenyataan rasmi yang dia nak masuk Umno. kenapa PKR nak gelabah? kenapa rakan reformis melatah?

pada hemat bumilangit, anwar dan azmin adalah individu yang hebat jika mereka berani menjemput ezam (dengan hamparan permaidani merah) untuk membantu PKR. siapa yang berani nafikan jasa ezam? siapa yang nak tidakkan penderitaan ezam?

benda yang semua reformis dan ahli PKR kena ingat ialah keburukkan bila tidak ada ‘demokrasi’ dalam parti. jika hanya ada puak ‘azmin’ dalam PKR, semua ahli akan jadi pak hangguk yang taat mengangguk. ini tentulah tidak bagus dan menjadikan PKR legasi Umno yang baru.

biar ezam masuk PKR sebagai duri dalam daging. biar parti bagai anarki, asalkan rakyat yang untung.
inipun jika anwar dan azmin berani – sebelum ezam betul-betul masuk umno


aku perlukan duit/penajaan untuk Gayong

Mei 25, 2008

aku dengan anak-anak harimau yang lain telah bersetuju untuk buka sebuah gelanggang awam di Taman Melawati merangkap ‘Pusat Latihan Gayong Gombak’. namun projek ini perlukan banyak wang untuk beli peralatan dan selengaraan. insyaAllah aku akan cuba buat list barang2 yang diperlukan beserta harganya agar para dermawan yang tak mahu bagi duit, boleh terus membelinya dan sedekahkan kepada kami.

pada rancangan awal, gelanggang ini akan mempunyai alatan lengkap untuk mengajar silibus gayong dan mengikut peredaran zaman. sesiapa yang tak mampu nak bagi duit tu, doakan kami agar berjaya, ya!

gayong malaysia


cara untuk Pakatan turunkan kadar tol di selangor

Mei 25, 2008

sori ye, tapi idea ni cuma boleh pakai di selangor saja kerana 5 negeri lain tu tak banyak tol macam di selangor darul tol.

mula-mula, kerajaan negeri melalui anak syarikat perbadanan negeri perlu beli syarikat konsesi yang jaga lebuhraya-lebuhraya ni seperti grand saga dan LDP. kalau mereka taknak jual, beli secara paksa. kalau tak boleh juga, tanya kat tan sri khalid macamana dia hijack guthrie dari UK dulu.

bila anak syarikat kerajaan negeri dah pegang hak sepenuhnya, jangan turunkan harga tol lagi! teruskan dengan kadar yang sama selama setahun, buat kira-kira untuk keuntungan, bayaran2 untuk kos penyelenggaraan, kos nak bayar staf campur untuk bayar bonus pekerja dan kebajikan pekerja.

pada tahun berikutnya, ada dua pilihan;
pertama, kurangkan harga tol setelah semua kira-kira ini diambil kira. keuntungan pihak syarikat haruslah ditahap minimum tanpa menggadaikan nasib pekerja tol. namun ini akan meningkatkan jumlah kederaaan dijalanraya yang mana tak elok untuk alam sekitar.

kedua, guna wang keuntungan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di sekitar selangor. ini termasuk menyediakan bas yang pendingin hawanya sentiasa berfungsi dengan baik dan bersih sehingga para eksekutif pun tak malu nak naik bas untuk ke tempat kerja.

kadar tol untuk bas, teksi mungkin juga elok untuk dihapuskan agar kos operasi syarikat pengangkutan kurang dan menaikkan kadar keuntungan untuk dipulangkan kepada pengguna. malah, kadar tol untuk lori dan van membawa barang juga patut dikurangkan pada kadar minimum untuk membantu peniaga membuat untung yang banyak.

bas mini juga elok diperkenalkan semula kerana muatannya yang kurang dan bentuknya yang kecil. begini cadangan aku, bas panjang (macam sekarang) untuk perjalanan jauh (long hauls), katakan gombak setia masuk ke ibukota, dan dari situ sistem bas mini akan mengambil alih. jadi bas panjang tak banyak di ibukota.

tempat letak kereta perlu diambil alih oleh PBT tanpa mengubah kadarnya yang sedia-ada mahal.
langkah-langkah ini diambil untuk menggalakan berkongsi kereta maka dengan itu mengurangkan kadar penggunaan petrol dan penghasilan gas karbon monoksida.

diharap, jalanraya di sekitar selangor dan ibukota takkan sesak seperti sekarang; sesak nafas dan kereta.


aduh mahadey

Mei 21, 2008

atuk memang suka kasi orang pening kepala la. dulu kepala atuk memang geliga, tapi selepas tindakan atuk keluar UMNO, kami anak cucu akan nilai samada kepala otak atuk masih center atau sudah nyanyok.

betul ni tok! ini yang kami nak tengok.

kami nak tengok atuk berjaya tarik berapa ramai ahli umno keluar parti, selain nenek hasmah dan mokhzani. kami nak tengok berapa ramai yang sanggup tinggalkan harta dan jawatan tinggi, hanya kerana setia kepada atuk. kami nak tengok berapa orang MP sanggup tahan lidah dari kutuk atuk.

aduhai mahadey..

kali ini kita tengok, adakah paklah akan tersungkur atau atuk yang makan pasir. adakah atuk ni mastermind atau out of your mind.