dark knight : wira anarki

ini bukan batman biasa! ini bukan cerita ‘willy wonka’ macam batman forever. ini bukan remaja cintan cintun macam batman and robin. maaf ya bagi yang belum matang, filem ini bukan untuk anda!

batman dark knight telah lari dari stereotype cerita superhero amerika, yang mana sering heronya akan menang selepas menghadapi sedikit kesusahan. para penonton akan keluar dari pawagam dengan hati yang penuh berani dari motivasi yang digarap cerita tadi. ini aku panggil jalan cerita tahi lembu yang hanya layak ditonton oleh kanak-kanak. bagi aku, baik duduk rumah dan tengok cerita mr beans.

tapi ini lain! dahi penonton akan berkerut dahi dari mula sampai akhir memikirkan, mana betul, mana salah? apa yang dia buat ini betul atau salah? soalan ini akan bermain dalam pikiran, buat suatu masa.

anarki, betul atau salah? langgar undang-undang, dalam masa kita tahu kita betul, dosa atau tidak? langgar lampu isyarat pada pukul 2.30 pagi, salah tak? siapa buat undang2 ni?

bagi anarkis, undang2 hanya perlu buat orang yang tak sopan, malah jika semua orang dalam satu kelompok itu bertamadun, sopan, tahu hak sendiri, tak perlu ada penguatkuasaan undang2. ini idea anarki. tapi joker juga anarki?

ya, joker sang anarki yang jahat. aku sendiri tak paham kenapa orang nak buruk2kan sangat anarki ini. aku teka kerana silap pandang dengan huru-hara dan kekacauan. ingin aku ingatkan, chaos hanya berlaku jika ada manusia yang tidak sopan dan melebihi had. anarki yang ditunjukkan oleh joker si schizo memang bertentangan dengan anarki yang membela keamanan dan ketenteraman. ini bukan anarki (yang bermaksud tanpa ketua), ini kegilaan total!

anarki meletakkan semua manusia merdeka, sama taraf, dan bebas untuk menunjukkan potensi diri yang sebenar. tiada lagi kaum pemimpin yang dipuja, tiada lagi penindasan oleh kaum atasan. semua adalah raja. semua bertanggung jawab atas perbuatannya.

anarki adalah jalan pembebasan dari kuku besi authorian, yang sesuka hati menyalah gunakan undang2 untuk terus kekal dipuja dan menghentam yang berani menegur. anarki adalah benih membentuk negara yang maju dan dipacu oleh insan2 terbaik. anarki hanya layak untuk kumpulan2 manusia yang baik sahaja. nak pemahaman lanjut, baca v for vandetta.

kembali kepada batman, filem ini cuba menggambarkan anarki jahat, semuanya jahat- termasuk batman itu sendiri. tapi bruce wayne sedar perkara ini dan berharap keteraturan berteraskan undang2 dapat ditegakkan semula melalui watak two face (sebelum bertukar jahat). namun kejahatan anarki yang digambarkan oleh batman (hero yang tak ikut undang2 termasuk tak bayar road tax utk bat mobile), dapat digunakan dengan betul.

aku rasa tulisan aku kali ini berjaya mengelirukan lagi pembaca. mahu lebih keliru? tonton sendiri batman: dark knight.

*aku bukan penganut anarki. kenyataan ini dibuat kerana aku takut kena tangkap dengan polis. kuikuikui….

jika ada masa nanti aku ceritakan lagi tentang anarki, ya. buat masa ni aku kena stadi! peksa 28hb ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: