blog sampah

Januari 25, 2008

oleh kerana aku memaksa diriku menulis hampir setiap hari, aku rasa blog aku dah jadi sampah. aku sendiri dah menyampah tgk blog aku.

tgk la, bila rajin dan mood dah pulang, aku sambung balik

Advertisements

kelas bahasa inggeris bersama Dato’ Zainuddin Maidin

Januari 21, 2008

dato zam rupa-rupanya belajar english dari tv dan filem. kat sini aku letak contoh antara filem rujukan dato Zam. selamat belajar ya adik-adik~


semua warga kota dapat satu gula-gula dari orang gila -cerita kedua

Januari 21, 2008

tinjunya digenggam erat-rapat-rapat. denyut nadinya laju dan menentu, macam jadual keretapi komuter. sang isteri risau melihat mata suaminya yang merah. titis-titis peluh panas mengalir dalam bilik aircond sejuk itu. dahinya basah dengan peluh, dadanya kencang, matanya merah, ototnya kejang. “SIYAL!”

“kenapa kau tipu aku? kenapa kau kasi janji palsu?” dia bercakap seorang diri. isterinya tengok dari jauh. tak mungkin suaminya mempunyai kekasih gelap. dia tak risau yang itu. suaminya memang seorang yang patuh dan taat perintah agama. dia tak syak lagi seorang suami yang setia.

“kenapa anney? siapa yang kasi suami saya susah hati?” kata sang istri lembut sambil membelai bulu dada suaminya. dia tahu suaminya sedang marah. tapi pada siapa?

sang suami menarik nafas dalam-dalam, dilepaskannya perlahan-lahan. “fffuuuuhhhh….”

“kalau mau kasi cuti, kasi saja, ini dia kasi kita hepi, lepas tu dia tipu sama kita. dulu kata mau kasi cuti isnin, kita semua lompat-lompat. harini dia kata semua hari kena kerja, kecuali hari isnin. ini gila punya orang!” si istri terkejut. “SIYAL! dia sudah tipu sama kita la?” tanya istri walaupun sudah tahu jawapan.

dia ingat kita ini apa, kambing ka mau kena tipu banyak kali? dia ingat kita ni apa, budak-budak kicik ka mau kasi gula-gula lepas itu kasi tipu lagi sekali? dia ingat kita ni apa? apa? APPPPAAAAAAAA????

(ada sambungan kat bawah)

—————————————————————————————————————————-
Yuran sekolah rendah, menengah dimansuh

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Yuran tahunan sekolah rendah dan menengah akan dimansuhkan mulai tahun depan bagi menawarkan pendidikan percuma untuk semua, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia akan turut dimansuhkan tahun depan, seperti mana yang telah dilakukan untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu, katanya.

Sementara itu, tambah beliau, Skim Pinjaman Buku Teks akan diperluaskan kepada semua pelajar, tidak kira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak, bermula sesi persekolahan tahun hadapan.

“Peluasan skim ini akan memberi manfaat kepada 5.7 juta pelajar berbanding 4.5 juta pelajar kini.

“Langkah ini adalah ke arah pendidikan 100 peratus percuma,” katanya semasa membentangkan Bajet 2008 bertemakan Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran di Parlimen di sini, hari ini.
—————————————————————————————————————————-

langkah mengalihkan waktu pejabat dari siang ke malam sedang dibincangkan si anu di rumahnya dan dalam selimut bersama bini barunya. seringkali ketika berfikir, dia terlelap. “aku kerja terlalu kuat untuk negara ini”


semua warga kota dapat satu gula-gula dari orang gila -cerita satu

Januari 21, 2008

“saya tahu, setiap pagi isnin. semua warga kota malas nak bangun pagi untuk berhadapan dengan kesesakkan lalu lintas, maka dengan ini, saya umumkan, kita cuti setiap hari isnin!” katanya dengan mata yang bersinar. anak matanya liar melihat gelagat bapa, ibu dan anak-anak kecil dihadapannya yang mulanya tadi terlena, kini bangun melompat-lompat. “pasti mereka semua kagum dan tergamam dengan kebijaksanaan aku. gaya baru ku, pemimpin yang elegan”, bisiknya sambil mencium-cium bedak dipipi bini barunya.

‘Hey! lihatlah manusia yang selalu tuduh aku kuat tidor! aku ni bijak. bijaksana dan bijaksini. aku tak tidur lah!” jerit hati kecilnya. sudah tiga puluh tujuh minit berlalu, orang ramai belum berhenti melompat. ada yang melompat tinggi mencecah siling stadium, ada yang terseliuh kaki. mulut mereka bergumul dengan zikir, memuji nama si anu itu.

tiba-tiba satu suara yang kuat, datang dari hadirin yang terlompat-lompat itu, begitu kuat sehingga mereka yang melompat-lompat berhenti melompat. “dato seri!” katanya beria-ia. “saya mahu bagi satu cadangan lagi bagus sikit”, katanya dengan bersungguh-sungguh. “kerana semua orang susah mahu bangun pagi, apa kata semua pejabat kerajaan, bank, pejabat pos dan tadika, dato seri suruh kasi buka pukul 7 malam. saya pasti langkah ini akan dapat mengatasi masalah susah bangun pagi dan kesesakkan lalu lintas yang sedia ada”.

semua hadirin berpandangan sesama sendiri. si anu mengangguk sendirian. macam pokke, sejenis biawak akan sentiasa mengangguk. semua angguk-angguk, tiada yang geleng-geleng. hadirin memegang dagu masing-masing berlagak seperti berfikir dalam. masa emas ini diambil mereka untuk merehatkan lutut yang penat melompat.

“Btowl! saya akan bincang perkara ini dengan menantu saya, cadangan yang hebat ini tidak boleh dipandang enteng, ia mungkin dapat mengurangkan kes ragut, rogol, rasuah dan akan meningkatkan kadar pengeluaran minyak sawit negara. biar menantu saya yang putuskan perkara ini”.

“hhaaaa… boleh sambung melompat!” lompat, lompat, lompat aci lompat!

The Star 21 january 2008

Thaipusam holiday for KL and Putrajaya
Thaipusam will be a public holiday in Kuala Lumpur and Putrajaya. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who announced this on Sunday to more than 20,000 people from the Indian community at MIC’s Gathering with the Prime Minister, said he had considered the request by the MIC to declare Thaipusam a public holiday.


aku cari assyafie, alghazali; aku jumpa ishamuddin rais

Januari 20, 2008

dalam kalut menyiapkan repot, study dan berimiginasi, aku sempat mengisi waktu aku untuk menghadiri perhimpunan rakyat2 kecil-kecilan. segala puji bagi Allah, dia telah pertemukan aku dengan rakan2 yang baik dan mengeratkan lagi persefahaman yang telah terjalin.

dengan perbincangan yang kosong, dan perdebatan vakum, idea aku sekarang semakin galak.

aku dah boleh bau kemanisan kemenangan!


sepetang bersama gengster melawati

Januari 18, 2008

pada satu petang yang indah, aku pergi ke sebuah kedai mamak bertemankan rokok mild sevenku yang setia. tujuan aku ke sana ialah untuk berbincang tentang persiapan pilihan raya dengan beberapa ketua gengster melawati. mereka ini ialah bekas pengikut ajaran ‘amar makruf nahi mungkar’ nasionalis ala melayu ultra tiga line.

mereka ini merupakan kawan-kawan lama disekolah dulu. kat sekolah, aku ni antara pengawas yang disayangi oleh gengster oleh kerana perkara-perkara yang tak boleh diceritakan secara terbuka (hehe!) long story short, aku pun bersembanglah tentang berita terbaru, antaranya perpecahan dalam tiga line hingga tertubuhnya beberapa cabang baru. ini akibat kelemahan paklah menundukkan ego pemimpin2 bawahan. waahh… pak lah lagi!

tujuan aku berjumpa mereka ialah untuk berunding agar rakan2 pemasang bendera bagi pihak keadilan dan pas tidak dikacau oleh gengster2 ini. selain dari itu aku cuba mempengaruhi mereka agar tidak membantu Umno/BN dalam kerja2 jentera pilihanraya mereka. tujuan pertama aku rasa dah capai kata sepakat, namun mereka tak jamin jika anak buah mereka diprovok. aku ketawa. yang jahat tu korang, bisik hati aku.

bagi tujuan kedua, mereka mengaku yang upah memasang bendera di ijok belum mereka terima, namun mereka ‘terpaksa’ juga membantu kerana nak panjat tangga politik Umno. katanya mereka mahu memperbaiki Umno dari dalam. aku ketawa lagi. dengan geng ni, tak perlu buang masa nak berhujah dengan ayat Quran atau fakta sejarah, silap2 mata kita yang lebam. takper lah, mungkin bila hati mereka dah lembut sedikit, aku akan slow talk dengan mereka ni.

kiranya, bagi aku, pertemuan itu berjaya. namun aku terkejut dengan pergolakan dalam tiga line sehingga berpecah teruk sekarang sehingga tetubuhnya beberapa serpihan baru yang begitu ‘menarik’ namanya. hehe

terpikir juga aku kenapa perlu kumpulan asobiyah ini, adakah kerana perlukan perlindungan atau sense of belonging? apa dah jadi dengan institusi kekeluargaan? atau hanya kerana nak dilihat cool? cool? more like bull!

apa-apa pun aku tak setuju dengan kumpulan2 seperti ini. ianya tak seiring dengan semangat satu ummah, sebaliknya berpecah-belah, dan mewujudkan label2 yang tak perlu dalam masyarakat. gengster ini hanya untuk orang yang penakut! kalau berani, sorang lawan sorang la!

(perenggan terakhir tu aku bukan tujukan kepada ahli gengster yang dewasa, sebaliknya kepada mana-mana budak gengster sekolah rendah yang tingginya kurang 100cm dan tak pernah belajar ilmu santau)


cuci by aflin shauki

Januari 17, 2008

aku tgk blog afdlin shauki ni, byk btol projek dia! film tu la, projek ni lah. tapi blog dia tak updet. tu aku tak bleh nak kata apa la.

aku sedang tunggu film cuci oleh dia. ada kedengaran berita dari kayangan yang filem ini mungkin kena gam kerana ada mesej2 bersih. BERSIH? ya BERSIH!

aku pun tatau la, kita tunggu je