cerita lucah: dari YB ke seorang pornstar

Disember 31, 2007

cerita ceritit, tahi mata penuh poket. semua jalan cerita, watak dan kutukkan dalam entri ini adalah imiginasi penulis. ya, penulis ini memang liar imiginasinya! HAAHAHAAHAHAHAHA

dari kecil memang dia suka tolong orang, dia mahu tolong orang jugak bila dia besar, tinggi dan lampai. hasil dari hobinya yang murni itu dia dilantik menjadi seorang YB. Yang Boleh? yang bogel? yang bulat? yang berahi dan yaaaaannnggg…….

YB bukan satu kerja yang mudah, kerja nya merangkupi memungut sampah ditepi jalan, mengharamkan perhimpunan aman hinggalah menyediakan jarum dan kondom percuma kepada penagih dadah. YB juga bermaksud yang bernafsu. namun sifat ini harus di sembunyikan jika dia terus mahu mendapat elaun YB (yang berahsia) dan kontrak membekalkan kondom percuma kepada penagih. insan yang bernafsu ini tak boleh tahan. gila ngko? air dah sampai leher wa cakap lu!

kantoi.jpg

gambar ini hanya untuk hiasan. jangan nak perasan!

YB tukar nama kepada yang bersembunyi. dia melepaskan nafsu normal sebagai insan lelaki dalam sebuah bilik Yang Berkamera. waaddduuhhh… kantoi la wa cakap lu! aksi-aksi Yang Berahi dirakam dan diedarkan ke jalan-jalan yang sering dikutip sampahnya oleh Yang Berkenaan. manusia Yang Bermaruah mana yang tak malu? isk… tak baek la lu orang edar kat jalan, kalau budak darjah enam kutip macam mana? upload dalam youtube dan malaysia-today cukuplah…

YB kini dah jadi pornstar. Ya, Bintang!

bintang Yang Bogel.


memori (kecil) bersama Dr Haron Din

Disember 31, 2007

tadi ika kata ust haron din masuk TV9, waaahh… memang permata takkan hilang cahayanya walaupun cuba disembunyikan dalam lumpur! aku rindu padanya, petah katanya yang berisi ilmu. kilas dan tempiasnya sering menyusuk kalbu.

aku masih ingat, suatu masa dulu kat bangi, member aku buat kenduri kesyukuran atas kelahiran anaknya. dia jemput ust haron din. aku lihat ramai orang beratur untuk minta ‘air hikmat’ dari ustaz. botol-botol air itu disusunnya dan dibaca doa secara borong. kemudian beliau cuba meluangkan masa mendengar masalah orang lain pula.

aku potong line, terus ke hadapannya. aku sampaikan hajatku, dia terkejut lantas bertakbir. dia kemudiannya letakkan tangannya atas dada aku dan membaca doa. aku aminkan doanya walaupun aku tak paham apa yang dia baca dalam bahasa arabia. aku amin saja. kan aku melayu.

aku bukan tawasul. aku anggap dia hamba Allah yang dekat dengan Tuhan. kan Ulama itu paling dekat dengan Allah.

aku benar-benar harap doanya malam itu makbul. Ya, Tuhan itukan bersifat mendengar, pasti doanya makbul masakan aku berjuang sehingga hari ini.

AllahuAkbar!


selamat tahun baru 2008 (bukan ucapan biasa)

Disember 31, 2007

dialog pinggiran…

member: selamat tahun baru

aku: ya, selamat ulang tahun kelahiran nabi Isa putera Maryam yang ke 2008.

errkkkk….


selamat belayar benazir, selamat datang anarki!

Disember 28, 2007

anarki adalah situasi dimana tiada pemimpin, ia wujud kerana manusia-manusia sudah tidak percaya kepada pemimpin (baca politician). dengan pembunuhan benazir ketika hampir tibanya PRU Pakistan, dengan teori konspirasi yang akan melayang hebat, berapa ramai lagi yang akan yakin kepada proses demokrasi acuan musharaf?
demokrasi yang selama ini mengekang anarki akan tenggelam, yang tinggal hanya manusia-manusia bebas dengan niat yang bebas dan tangan yang bebas!

kamu tunggu ini jadi kepada malaysia?


Kenapa mahu Allah?

Disember 26, 2007

Dalam alam persekitaran yang bahasa melayu tidak sangat dipandang tinggi, ada satu kumpulan yang beria-ia ingin memartabatkannya. Khabarnya, mereka ingin membahasa-melayukan satu buku yang asalnya ditulis dalam bahasa Hebrew atau dan sedikit dalam bahasa aramik. Penulis-penulisnya juga memang berasal dari bangsa sekitar sana.

Ketika berusaha memelayukan buku ini, tiba-tiba ada ‘terpercik’ sedikit bahasa arab, Allah atau dalam bahasa melayunya, Tuhan. ini menjadikan karya itu akan jadi sebuah buku Hebrew yang diterjemahkan kepada bahasa melayu campur bahsa arab. Jika dalam bahasa inggeris, perkataan lord atau god digunakan untuk menterjemahkan Tuhan, dan tidak pula ada keinginan untuk menukarkannya kepada perkataaan arab, Allah. Jika sudah tiada sangat perkataan melayu untuk menggambarkan ‘Tuhan’ digunakan saja perkataan Adonai, Elohim, El, atau Jehovah seperti dalam bahasa asalnya karya itu. ini akan menjamin originaliti karya itu.

Berlainan dengan di negara arab sana, semua Tuhan* (walaupun Tuhan hanya satu) dirujuk sebagai Allah kerana itu bahasa ibunda mereka, perkataan yang sememangnya bersifat tempatan tapi amat janggal dan tak kena untuk merujuk sesuatu benda yang mempunyai kata dalam bahasa tempatan namun masih mahu merujuk dalam bahasa asing ketiga. Misalnya, seorang pelancong mat salleh mengucapkan “arigato gozaimasu” kepada orang peniaga melayu, pastilah ianya sesuatu yang aneh! Sepatutnya dia mengucapkan “terima kasih” atau setidak-tidaknya “thank you” agar sampai maksud ucapan itu dan tidaklah mamat melayu itu tergaru-garu.

Akhirnya, jika terjemahan ini diteruskan, persoalan kemungkinan timbul agenda tersembunyi, kenapa mereka ini begitu bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah arab untuk menterjemahkan karya Hebrew dalam bahasa Melayu. Ini boleh disamakan dengan sebuah kampong yang majoritinya berbangsa India dan bertutur dalam bahasa tamil, namun kedai runcit di kampong itu menggunakan tanda harga dalam tulisan jawi atau tulisan yunani kuno, ia pasti membingungkan.

*artikel ini diperam semalaman agar masak. tak timbul isu plagiat dengan tulisan dalam malaysiakini. adi dan saif-ulLah buleh jadi saksi


lagu puja semangat dobrak

Disember 22, 2007

kerambit.jpg

lagu in lagu semangat-kena nyanyi kuat kuat- biar leher nampak berurat- biar ada keluar keringat

kalau besi, besi kesani- kalau hari, hari sabmin – kalau azimat jadi pedinding- kalau pagar mesti keliling.

keris kuning diikat benang- rodok kena datang semula- hati bersatu nafas dan zikir – angkat tangan ditangkup semula.

kalau genggam lafaz duabelas – berani hidup berani mati- jasad berbaju orang awam- hati lepas angkasa raya

selagi mengalir hormon testeron- bertongkat langit menahan bumi- kalau berundur hilanglan laki- kalau mati hilanglah risau

dalam masa ada ruang- sapa berani, sapa duduk – sapa cepat, sapa kena- sapa pilih sapa tetapkan

sapa pilih sapa tetapkan- usaha jangan pernah putus- orang mengalah Allah tak suka- orang malas hidup tak guna

ada ruang kena guna- takdak ruang kena cari- masa lapang jangan buang- masa sibuk jangan lupa

lipas bugis kerambit tiga- bunga tanjung terlak sana- sekali kena sekali rasa- sekali pukul selayang pandang

sembah itu sembah hormat- sembah adab lembut melayu- sembah itu jangan dilaknat- kelak harimau menunjuk kuku

ada akal berhias ilmu- ada adab berhias sopan- orang jahat selalu menipu- didepan baik, dipercaya jangan

orang jahat perutnya besar- kerongkong luas terowong smart- nafsu jantannya tak pernah puas-dah dapat satu hendakkan seribu

tengah jalan ada duri- tolong ambil tolong buangkan- orang jahat jangan dibiar- tak kena kita kena saudara

kalau ada tersisip dipinggang- jalan tunduk separa rukuk-senyum menguntum berlapis bahasa-ular menyusur tak hilang bisa

kain putih selendang putih- elok dibawa pergi sembahyang- Allah kasih rasul pun kasih- Nabi Muhammad bertambah sayang

bila jalan jaga mata- takut ada panah syaitan- bila berkawan kena jaga- ada gunting dalam lipatan

mula lemah akhirpun lemah- masa kuat itu kudratNya-ada hidup ada guna- hilang nyawa berbekal amal

*ulang semula
(tajuk awal hanya untuk provo kasi bes)


dialog dipinggir kota

Disember 21, 2007

dialog pertama:

lokasi, restoran mamak. waktu, malam yang sepi.

aku: anney, kasi gin and tonic.

mapley: itu takdak la kawan…

aku: (marah) kalau macam tu kasi jeane and pak lah!

dialog kedua:

lokasi, kedai buku mamak. waktu, malam.

aku: bos, surat khabar haram ada?

dia: apa itu?

aku: suara keadilan laa…

dia: (bingung) itu apa? takdak la kawan….

aku: (sambil berjalan) apa lekeh sangat kedai hang ni

dialog ketiga

lokasi, hangar. waktu, matahari 3/4 galah.

aku: wei, betul ka qantas take over MAS?

thaya: mana ada, diaorang buat JV je. dia beli saham 49%

aku: haaa.. now only u appreciate DEB aa.. kah kah kah!


Hak Asasi Manusia; soalan buat Suara Kebangkitan, Hizbul Tahrir

Disember 21, 2007

saya merujuk risalah pihak tuan bertarikh 14 Disember 2007, bertajuk ‘menagih hak asasi manusia, dari siapa?’

risalah itu bermula dengan intro ttg HAM, sejarah penubuhan the universal decleration of human right pada 10 dis 1948, status HAM dalam perlembagaan malaysia dan seterusnya membincangkan peranan HAM dalam revolsui perancis dan tamadun barat.

seterusnya penulis risalah itu menyerang 4 aspek deklarasi HAM iaitu kebebasan untuk beragama dan berkepercayaan, kebebasan bersuara, kebebasan kepemilikan dan kebebasan bertingkahlaku, dengan penuh sentimen kebencian dan mangkar. sayang, perbincangan yang sepatutnya lebih menarik telah dicemari oleh hujah mentah dan gagal dihurai dengan matang.

ingin juga saya ingatkan, deklarasi ini dibuat oleh orang bukan islam,diantaranya charles malik dari lebenon dan pc chang dr china. jadi dah sah sah mereka takkan mengiktiraf Al quran dan ilmu di dalamnya. jadi tak perlulah nak pening kenapa ianya tak selaras dengan syarak dengan maksud selaras 100%. saya juga nak terangkan yang saya hanya hormati UDHR sepertimana saya hormati undang-undang buka kasut ketika nak masuk library sekolah, peraturan jangan memancing di T tasik titiwangsa dan etika penggunaan touch and go sebagai meraikan semangat ahli dunia. saya juga tidak bermusuh peribadi dgn HT, malah gembira membaca keluaran SN setiap minggu (dalam masa yang sama meraikan kebebasan bersuara).

saya dengan rendah diri cuba menyenaraikan kelemahan hujah penulis, diantaranya;

1) kutukan penulis tentang fasal ‘all human beings are born free and equal in dignity and rights .They are endowed with reason and conscience and should act towards one another in a spirit of brotherhood’.
penulis berhujah tentang hak pemilikan harta anak tak sah taraf dan yang sah tarafnya. orang puteh dan makhluk pagan yang lainnya takdak istilah akad dan nikah; arakian, tiadalah konsep sah taraf atau tidak. saya juga suka untuk bertanya kepada penulis, adakah hukum pemilikan harta islam akan dikenakan ke atas non muslim dalam sebuah negara islam?

2) kebebasan beragama (artikel 18) yang menyebut “Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance.” Saya dengar dan saya taat Ya Allah. tiada bantahan dalam hal ini. 😛

3) kebebasan untuk bersuara (artikel 19) yang menyebut, “Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers.” tuan, jika tiada kebebasan ini, risalah tuan pun saya takkan dapat baca. kebebasan untuk bersuara bukan kebebasan untuk mencaci. tuan menggunakan isu hina Nabi dalam hal ini yang dah sah sah salah. tiada manusia dengan akal yang sihat akan menyokong tindakkan mengejek orang/agama lain. namun menutup mulut mereka bukannya cara terbaik! biarkan mereka mengemukakan hujah mereka dan kita berdialog secara sihat. pastinya anjing-anjing itu akan kelihatan bodoh dan sifat kehaiwanan mereka akan terserlah. mereka yang berakal sihat pastinya tahu nak pilih siapa yang betul. atau kita bunuh saja mereka yang tak bersependapat dengan kita?

4) kebebasan kepemilikkan. (artikel 17). penulis berhujah seperti UDHR membenarkan harta yang dicuri dan dirompak disimpan dengan hak. janganlah bergini…. ini tindakan yang menghina pemikiran pembaca. tentang harta hasil judi dan penjualan arak, jika ianya dikuasai oleh kapir, adalah ia tidak berhak di atas harta itu? kalau muslim, jangankan nak simpan harta itu, usaha nak buat benda haram pun dah salah.

HAM tak perlu diburuk-burukkan seperti itu hanya kerana ianya tidak ditulis oleh seorang muslim. bukan saya mengajak untuk mengimani UDHR, namun seperti saya tegaskan pada mulanya, huraian kesalahan HAM seperti kebudak-budakkan. satu dokumen yang lebih utuh perlu dibuat (jika perlu) untuk menunjukkan bertapa tidak adilnya HAM ini.

risalah ini juga gagal dari mula untuk menilai maksud rights atau hak secara literal dan khusus, kerana jika ia (HAM) tidak adil, maka ianya tidak berhak dan perkataan hak perlu diganti dengan nama lain.

artikel ini juga, dalam usaha memburuk-burukkan HAM, sehingga lebih buruk dari karipap yang digilis oleh steamroll ditengah hari panas bulan oktober, seperti menyembunyikan artikel-artikel lain yang sememangnya berguna untuk dipergunakan.

bergitulah hendaknya alat pembesar suara yang dicipta oleh.thomas edison (seorang freemasonist?), jika ianya digunakan oleh inul, maka gerudilah jadinya, jika digunakan untuk bapak bilal untuk memanggil solat subuh, maka baiklah ia.

Tuhan lebih tau


Anugerah Skrin – korang rasa sapa menang?

Disember 14, 2007

skrin1-a.jpg

*dalam sibuk-sibuk kita membicarakan tentang isu kesedaran rakyat muda akan kebobrokan pemerintahan Malaysia sekarang, perlu juga kita selami budaya pop semasa. ini adalah tekaan aku untuk anugerah skrin malam ini.

pelakon lelaki terbaik ; Khairi menantu pak lah

pelakon wanita terbaik ; rosmah bini najib

pelakon komedi lelaki terbaik ; TS rashid SPR

pengacara lelaki terbaik ; zainuddin anak maidin

artis baru wanita popular ; jeanne bini paklah

filem terbaik ; 1957: hati maya (karin)

dokumentari terbaik ; ‘joget anwar 1&2’

lagu terbaik : islam hadhari (aku cari as syafie, aku cari al ghazali~)

artis berkumpulan terbaik ; ‘mat rempits in north pole’

pelakon lelaki harapan ; najib anak razak

pelakon lelaki takdak harapan ; hishamuddin anak x pm

penyampai radio popular ; samy vellu

ada apa-apa korang nak tambah? hehehehehe…….


kenapa lah korang naikkan harga rokok? kan aku dah ckp jgn~

Disember 13, 2007

entri ini ada tiga cerita.

cerita satu

Lesen Import Rokok Dibeku Sementara

KUALA LUMPUR: Kerajaan membekukan sementara pengeluaran lesen mengimport rokok dan memperhebatkan pencegahan penyeludupan bagi mengatasi masalah lambakan rokok di pasaran tempatan serta membanteras operasi pengilangan rokok tiruan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata orang ramai perlu bekerjasama supaya jangan membeli rokok seludup kerana ia mengakibatkan kerajaan kerugian cukai berjuta ringgit yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan sosioekonomi lain.

“Kerajaan sudah memperkenalkan penggunaan dakwat keselamatan dan setem cukai (banderol) sejak Ogos 2004 bagi mengenali rokok yang tidak dibayar cukai.

“Sehubungan itu, orang ramai dan peniaga harus mengambil inisiatif mengetahui kaedah membezakan antara rokok diimport secara sah dan yang diseludup masuk secara haram, terutama mengenali tanda dakwat keselamatan dan setem cukai,” katanya ketika pada majlis penyampaian sijil ‘Rakan Kempen Membasmi Jualan Rokok Tidak Sah’ kepada syarikat pengusaha stesen minyak, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid; Ketua Eksekutif Gabungan Pengilang-Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM), Shaik Abbas Ibrahim dan Pengerusi Eksekutif Lembah Sari Sdn Bhd, Datuk Haris Onn Hussein.

Mohd Shafie berkata, antara Januari hingga November lalu, denda dan kompaun RM33.5 juta diperoleh daripada 21 kes membabitkan penjualan barangan tiruan, berbanding hanya dua kes tahun lalu membabitkan denda dan kompaun RM161,000 dan dua kes pada 2005 dengan kutipan RM32,000.

Sumber Maklumat : Berita Harian (04 Disember, 2007)

cerita dua

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

MENURUT satu kajian, setiap satu daripada lima kotak rokok yang dijual di
Malaysia adalah produk tiruan dan mengandungi tar serta nikotin melebihi had
yang dibenarkan. Tentulah rokok tiruan ini dibawa masuk secara seludup.

Jika kajian itu tepat, bermakna kerajaan kehilangan 20 peratus hasil cukai
rokok. Ini angka yang sangat besar kerana rakyat Malaysia dianggarkan menghisap
16 bilion batang rokok setiap tahun. Ertinya 3.2 bilion batang adalah rokok
tiruan.

Yang kita kurang pasti adakah rokok tiruan ini dijual sama harga dengan yang
asli. Jika diletakkan bersama rokok asli di rak kedai, tiada siapa yang tahu.
Dalam masa yang sama, rokok seludup murah masih boleh dibeli di bawah kaunter.
Barangkali itu juga rokok tiruan.

Keghairahan untuk menjual rokok tiruan tentulah didorong oleh harga rokok yang
mahal ekoran kenaikan cukai di bawah Bajet 2006.

Adakah ini bermakna kerajaan memperoleh hasil yang tidak setimpal dengan kadar
kenaikan cukai? Perlu juga ditanya, adakah tabiat menghisap rokok berkurangan
selepas kenaikan cukai? Yang pasti, penghisap rokok tiruan menelan lebih banyak
tar dan nikotin.

Awang – Suka hisap ibu jari.

cerita tiga

Satu daripada 5 kotak rokok di Malaysia tiruan
Oleh Amran Ahmad

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Satu daripada setiap lima kotak rokok yang dijual di negara ini adalah produk tiruan dan mempunyai kandungan tar serta nikotin melebihi had dibenarkan kerajaan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh firma penyelidik pasaran bebas antarabangsa dari United Kingdom, TNS, rokok tiruan itu dibawa masuk ke negara ini dari beberapa negara terutama Filipina, Indonesia dan Korea Selatan.

Kajian itu turut mendapati sejumlah 16 bilion batang rokok dari pelbagai jenama dibeli rakyat negara ini setiap tahun.

Ketika mendedahkan perkara itu, Naib Presiden dan Pengurus Besar Serantau (Malaysia dan Singapura) JT International Trading Sdn. Bhd. (JTI), Martyn Griffiths berkata, kegiatan menyeludup rokok tiruan melibatkan semua jenama rokok di negara ini.

“Selain menjejaskan prestasi jualan rokok di negara ini termasuk yang diedarkan oleh JTI, kegiatan itu turut merosakkan industri tanaman tembakau tempatan dan menyebabkan kerugian kepada kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Kerajaan menetapkan sebatang rokok di negara ini tidak boleh mengandungi lebih daripada 20 miligram tar dan 1.5 miligram nikotin selain hanya boleh dijual kepada pelanggan yang berumur 18 tahun ke atas.

Mengulas lanjut, Griffiths berkata, pihaknya turut menghadapi kesukaran untuk membuat perbandingan antara rokok tulen dan tiruan kerana kedua-dua produk mempunyai persamaan terutama dari segi kotak dan pembungkusan.

Katanya, JTI percaya kegiatan tersebut merupakan antara penyumbang utama kepada kegagalan ‘Kempen Tak Nak’ anjuran kerajaan yang bertujuan mengurangkan jumlah perokok di negara ini.

Jelas beliau, jumlah perokok semakin meningkat walaupun hampir kesemua syarikat tembakau mencatatkan kemerosotan jualan yang agak ketara di peringkat tempatan sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, JTI akan melancarkan inisiatif maklumat pelanggan dalam masa terdekat bagi meningkatkan tahap kefahaman golongan perokok mengenai produk tembakau di negara ini.

“Dengan bertemakan ‘tiada rokok yang selamat’, inisiatif ini melibatkan kempen menyedarkan golongan perokok tentang keburukan tabiat menukar rokok dan kaedah terbaik untuk berhenti merokok,” katanya.

JTI merupakan unit JT International, anak syarikat Japan Tobacco Inc. yang menjadi pengeluar barangan tembakau ketiga terbesar dunia.

rujuk apa entry aku ttg rokok tiruan sebelum ini… kan aku dah cakap dah!