M16 cari tajuddin (MP pasir salak)

November 8, 2008

mapley, mau minum apa?”, sapa anney sambil tarik kerusi untuk aku.

“teh tarik kaw kurang manis”. aku tak tengok pun muka dia, mata terpaku kat TV- slot buletin utama. macam-macam berita pelik2 keluar mutaakhir ni, tak payah beli majalah misteri, tengok berita kat tv dah cukup.

“do you have nescafe?”, cet, speaking mat salleh pulak mamat ni, ingat ni starbucks ka?

“yes sir!”, makin kuat angguk anney ni, taat betul. sisa radioaktif penjajah masih kuat dalam minda kita kot.

“then i’ll have nescafe o tarik, shaken, not stirred.”

baca sampai habes kat www.bumilangitblog.com


Obama : produk asy-syahid Malek Syabaz

November 6, 2008

Kemenangan obama diraikan di seluruh dunia; bagaikan harapan perubahan Amerika membawa juga harapan baru untuk bumi. Satu sejarah baru dicipta, bukan kerana presiden Amerika yang baru ini berkulit gelap, tetapi kerana simbol penghakisan sifat perkauman berdasarkan warna kulit.

Sejarah yang baru dicipta ini sebenarnya adalah aliran masa yang panjang, seperti sungai yang berliku. Mungkin kemenangan obama ini tanda arusnya sudah sampai ke muara. Sungai ini ada hulunya- ada asal usul mata air, yang mana ditinggalkan oleh pejuang lama yang aku berani kata, ‘dilupakan’. Malek al Syabazz, atau Malcom X, pejuang Islam yang syahid kerana ketegasannya.

baca lagi di sini..


madam low pkns : obama dalam kelambu

November 3, 2008

hari ini Amerika akan buat pilihan, obama atau mc cain. bagi aku, dua2 tak guna. kenapa? belanja aku teh tarik dan aku akan cerita.

hari ini selangor sibuk kisah Madam Low, orang tionghua yang dilantik memimpin PKNS, pertubuhan kebajikan bangsa melayu. haha! korang pun perasankan, takdak pon nama melayu kat situ!

kat amerika sana, obama ni kira pendatang la, macam khir toyo. nenek dia pon masih ada di kenya. amerika ini bukan di afrika, dia dibenua lain, dijumpa orang columbus yang sesat semasa cari india.

bagi selanjutnya di www.bumilangitblog.com


bina rumah baru

November 1, 2008

aku sebenarnya sedang cari mood untuk study. bosan. aku buat rumah baru.

:: bumilangitblog.com ::

lagi tiga hari aku pindah terus. sekarang tengah nak pindah barang2.

tengok la rumah aku yang baru.


ulasan buku: pergolakan pemikiran Islam

November 1, 2008

Pergolakan pemikiran Islam oleh Abdul wahib bukanlah buku yang membincangan sekitar pemikiran Muslim yang bergolak, sebaliknya pergolakkan kendiri, seorang yang liberal dan bersungguh2 mencari kebenaran dengan akal. Buku ini sebenarnya terdiri dari catatan2 peribadi sejak sekian lama sebelum beliau maut dan satu kecelakaan jalan raya. Bagi aku, jika ada wordpress atau blogger di zaman beliau mungkin dia adalah otai blogger se-nusantara.

Menariknya buku ini ialah bila nota2 peribadi abdul wahid ini bukan bermaksud untuk tontonan umum, sebaliknya pergolakkan jujur yang berlaku dalam minda beliau dan dizahirkan pula dengan jujur di atas kertas. Sifat jujur ini yang membuat tulisannya menjadi mahal; ada perkara remeh, ada perkara personal, perkara yang nyata dari segi fakta dan perkara2 yang melebihi batas. Namun itulah yang sebenarnya ditulis oleh abdul wahib- bukan perkara yang dibuat2 dengan skrip atau rangka karangan, tapi dengan spontan lantas menunjukkan sifat insaninya yang kadangkala membuatkan pembaca mengangguk2kan kepala tanpa disedari. Baca baki entri ini »