berani untuk merdeka

Ogos 31, 2011

31 ogos datang lagi. Ya, merdeka. Setiap tahun pada hari yang sama kita akan diminta menggantung bendera jalur gemilang, menyanyi lagu negaraku untuk tunjukkan kita patriotik. Ada yang tanya, apa maksud merdeka? Saban tahun soalan yang sama. Apa erti merdeka dan bagaimana mengisi kemerdekaan ini (jika sudah merdeka?).
Dari segi bahasa, merdeka asal dari kata sanskrit mahardhikka, dari segi penggunaan, merdeka itu maksudnya bebas. Ramai dari kumpulan opposisi pemerintah mempersoalkan, merdekakah kita sebenarnya? Wajar saja soalan itu. Bebaskah kita sebenarnya? Banyak yang boleh dipertikaikan, apatah lagi bila merdeka atau bebas itu diletak dalam konteks peribadi dan individu.Dalam banyak2 cubaan untuk mendefinasikan merdeka ini, hujungnya erti merdeka itu tidak juga kelihatan.
Saya takkan menafsirkan erti kemerdekaan ini, takkan pula mencabarnya. Saya hanya akan cuba menghidupkan erti merdeka ini, cara yang saya percaya, dengan yakin diri, sebagai manusia bebas, sebagai warganegara.
Bila kita merdeka, saya kira wajar kita tidak bergantung dengan apa-apa kayu ukur yang diletak oleh orang lain; maksudnya kita tidak terikat dengan standard yang diletakkan oleh orang lain. Ini merdeka yang pertama. Ini menunjukkan yakin diri yang tinggi, kebolehan untuk kita tetapkan apa yang kita mahu capai; yang KITA mahu, bukan yang orang lain mahu kita capai.
Keduanya, kita perlu yakin untuk melihat semula kesalahan kita, untuk mengaku kesalahan kita. Ini merdeka yang tinggi bila kitalah yang menetapkan betul salah sesuatu perbuatan, malah berusaha melakukan sesuatu yang betul. Meniru itu tak salah kerana meniru adalah salah satu asas pembelajaran. Kita belajar meniru cakap ibubapa ketika kecil. Nabi Muhammad saw meniru kata-kata Iqra’ ketika diajar oleh Jibril as. Tapi kitalah yang pilih apa yang mahu ditiru. Itu penting. Bukan dipaksakan, tapi kita yang pilih.
Ketiga, yang paling penting sekali dalam mengisi kemerdekaan dan kebebasan ini, ialah keberanian untuk merdeka. Untuk punyai wawasan dan sikap berani mengaku salah sendiri. Keberanian ini yang tak ramai orang ada. Keberanian untuk berfikir lebih dari biasa, lebih jauh dan lebih luas. Dari perspektif biasa dan dari yang diajar. Kemudian untuk mempraktik dengan penuh berani.
Misalnya, adakah kita berani untuk mengakui yang bendera Jalur Gemilang itu ciplak dari bendera Amerika? Adakah kita cukup yakin dan berani untuk mengaku lagu negaraku itu ciplak dari lagu terang bulan atau mamula moon?
Atau adakah kita berani untuk mengaku yang komunis dan british, dua2 penjajah yang sama jahat? Atau kita masih dibawah telunjuk british dan telan bulat yang komunis itu raksaksa yang menghantui Malaysia? Adakah kita berani mempertikaikan keputusan pendiri negara ini dengan tunduk dengan desakkan british dan terima kemerdekaan tanah air dalam keadaan separuh masak?
Ini cabaran saya, cabaran untuk membuang kayu ukur yang telah ditetapkan british dulu, tentang kejahatan komunis. Maklum kita tahu yang british telah jadikan komunis sebagai musuh negara dengan label pelbagai, pengganas, anti Tuhan dan lain-lain.
Label dan tuduhan ini harus kita pertikaikan semula setelah kita merdeka, bukan untuk membersihkan nama komunis, sebaliknya melondeh susuk sebenar british. Yang mana benar, yang mana palsu. Ini penting untuk tahu mana salah kita dahulu, untuk meluruskan sejarah.
Kemudian datang ke tahap kedua yang mana kita menggali semula tokoh2 anti british yang selama ni hanya dilabel sebagai penentang, bukan wira. Sebelum ini kita cuba buka semula buku2 teks sejarah yang diajar disekolah, semua bercerita tentang mereka2 yang bangun kerana tak dapat pungut cukai; bukan kerana cintakan tanah air, bukan kerana benci penjajah, bukan kerana Jihad; tapi Cuma kerana british telah tutup pintu mereka dari mendapatkan wang. Wajarkah kita hormat orang2 seperti ini? Tidak! Itulah jawapan yang British mahu tanam dalam kepala kalian.
Tapi semua ini dalam menggali sejarah dan diri kita sebenar ini, kita perlukan keberanian. Keberanian untuk cari kebenaran, keberanian untuk mengaku salah dan keberanian inilah yang membuktikan adakah kita benar-benar merdeka.
Atau kita akan terus lena dan pilih untuk terima sejarah yang disuap penjajah kita dulu, dan adakah kita benar-benar merdeka jika begitu?


melayu pada pendapat saya dan raya

Ogos 26, 2011

Melayu pada pendapat saya

Kalau tanya makcik-makcik atau budak kat kaki lima, tentang apa itu Melayu, pasti dengan pantas mereka menjawab, Melayu itu bangsa, kaum atau ras. Bangsa Melayu ini adalah mereka yang mendiami tanah Melayu, dalam bahasa modennya, kita sebut sebagai semenanjung Malaysia. Jawapan itu wajar saja.
Melayu, pada pendapat saya ialah nostalgik silam, itu saja. Tak pernah lebih dari itu walaupun akan ada orang akan debat dari segi sejarah, geopolitik, perlembagaan dan serba serbi. Hakikatnya, melayu ni cuma hantu silam. Tapi saya tak kata hantu silam ini sesuatu yang buruk.
Yang saya cuba katakan ialah, saki baki memori silam lah yang mengikat masyarakat Melayu kini. Baiklah, saya akan mula dengan sedikit pembuktian dan contoh untuk mengdekonstruksi idea popular tentang apa itu melayu pada zaman ini sebelum membuat penegasan tentang idea saya.
Mari kita lihat Melayu dari segi budaya, apa ada yang masih ada dalam tertib kehidupan melayu pada tahun 2011? Melayu ada silat, canggung, ulam-ulaman, wayang kulit, dan sawah bendang. Itu ikon-ikon mudah untuk menggambarkan kehidupan melayu tradisional, bukan? Berapa banyak dari ‘sifat’ Melayu yang saya senaraikan tadi, menjadi sendi kehidupan orang Melayu masa kini?
Berapa ramai anak-anak muda melayu berpencak silat; yang tahu solok lada itu, rasanya bukan pedas? Dan berapa ramai anak melayu sekarang yang tahu beza, canggung, cangkung dan cagu? Ini belum kira orang yang makan pucuk gajus dengan sos salad ‘thousand island’. Harap-harapnya tiada.

Wayang kulit diganti dengan GSC dan TGV. Sawah bendang diganti dengan kelapa sawit asli Brazil. Jadi apa yang tinggal dengan anak Melayu? Dimana melayunya? Melayu berada dimasa lalu, dalam kenangan ayah dan datuk ketika ‘budaya barat’ merobos masuk ke tanah ini. Ketika sopan santun menjadi etika paling tinggi dalam bersilaturahmi. Ketika pantun menjadi pelembut kata.
Izinkan saya jelaskan, saya tidak menentang ‘budaya barat’ kerana pada pendapat saya, fahaman popular tentang ‘budaya barat’ adalah salah. Filem-filem barat misalnya, bukan budaya tapi komoditi ekspot yang menghasilkan wang. Kita yang salah pilih. Budaya barat yang menyegarkan bangsa seperti perdebatan idea, demokrasi, tidak pula mahu kita sadur. Kita yang salah pilih.
Kembali kepada tertib kehidupan melayu sekarang, sebenarnya melayunya bangsa melayu sekarang pada tahap paling nipis, bila mana melayu kita cuma tinggal pada rupa dan bahasa. Ini pun ada segelintir yang mahu warnakan rambut jadi merah dan lebih selesa berbahasa Inggeris untuk lebih dilihat kurang melayunya.
Malah, paling kronik, nama orang melayu pun sudah hilang melayunya. Pada satu hujung, wujud golongan yang mengeksperimen anak-anak mereka dengan nama yang kononnya merapat barat; Damia, Sue, Danny contoh, sedangkan pada satu hujung lain, ada yang sanggup bersusah payah menggali kamus bahasa Arab untuk mencari nama anak lebih unik. Fenomena ini boleh difahami dengan rasional, tapi hasil langsungnya, orang Melayu sudah hilang Melayunya, bahkan pada nama.
Apa yang saya bentangkan ini, bukanlah untuk menghina bangsa melayu masakini, apatah lagi meniup semboyan ultra melayu mirip seruan Hitler kepada kaum Aryan. Saya cuma ingin mengajak rakan-rakan menilai semula hubungan ketertiban Melayu dengan kehidupan kita kini. Pertamanya kita risau jika ini ditinggalkan, dan dilupakan terus, Melayu hanya tinggal sebagai nolstalgia yang dilagukan cuma buat pelancong-pelancong yang membayar wang. Cuma tinggal yang itu.
Hakikatnya, melayu cuma dihidupkan kini atas esen kenangan; ketika menyambut aidilfitri, ketika menyambut anak baru lahir atau untuk mengembalikan memori ketika masih duduk di kampung. Atas kenangan inilah, pada pendapat saya; yang mengikat kumpulan orang yang menggelarkan diri mereka sebagai orang Melayu pada tahun 2011 dan kedepan. Malangnya kenangan dan nostalgia ini takkan berkekal lama kerana generasi ini akan berlalu generasi baru akan mempunyai nostalgia baru pula. Pada masa itu, apa yang tinggal pada melayu, agaknya?


mati, hidup semula

Mei 24, 2011

2011, setelah 3 tahun blog ini ditutup, atau dipindahkan, hari ni azamnya nak hidupkan semula.

ok lah, begini ceritanya; aku nak masuk bumilangitblog.blogspot.com, tapi tak boleh. lupa paswed. nak reset, tapi error msg keluar. ni konspirasi yahudi le ni. tapi aku tabah terima dugaan macam ni. benda macam ni biasa saja. tak dak hal.. ok ok. *lap air mata*

dalam sunyi2 blog dan pasang surut di FB, sebenarnya celoteh dan penghamburan kata2 masih aktif di dunia twitter. tapi tak sama dengan blogging. tak sama.

kamu pernah baca ‘aku hidup dalam blues’? haa.. itu contoh diari terbuka yg pertama (aku kira) dalam dunia pop kultur. diari2 terbuka lain berupa pojok2 dalam akhbar itu, ia juga tapi pembacanya bukan orang2 pop.

jadi tulisan2 blog mirip aku hidup dalam blues itu sebenarnya masih wujud, dalam bentuk blog. monolog sendiri, mengisahan harian, hujah2 perasaan yg membentuk satu tindakan, di-waras-kan, di justifikasikan dalam bentuk kata2 dalam blog atau diari terbuka ini.

untuk siapa?

siapa mahu membaca diari yang dijumpa di atas meja kantin sekolah? mat2 dan minah2 kepoh (ya! ini termasuk kamu!). cerita ini, bagi aku bukan sangat untuk diambil pengajaran. cerita itu tanda waktu. sebagai tanda ia sudah berlaku. pengajaran cuma datang kepada siapa yang mahu ambil.

tapi pop-blog sekarang lain pula wajahnya. ianya pop. meletup-letup! BOOM! gosip bercampur fitnah, jenaka2 pahit, sindiran2 badut. apa saja yang menarik pembaca agar ramai pembaca datang berulang. agar duit masuk dari segi iklan. tapi itu cerita lain. itu blog bikin duit. itu blog pop!

aku mahu cakap tentang blog sebagai diari terbuka. buku yang sentiasa sedia dibaca, agar penulisnya dikritik, dan bertambah sempurna. blog ini, diari terbuka itu.


M16 cari tajuddin (MP pasir salak)

November 8, 2008

mapley, mau minum apa?”, sapa anney sambil tarik kerusi untuk aku.

“teh tarik kaw kurang manis”. aku tak tengok pun muka dia, mata terpaku kat TV- slot buletin utama. macam-macam berita pelik2 keluar mutaakhir ni, tak payah beli majalah misteri, tengok berita kat tv dah cukup.

“do you have nescafe?”, cet, speaking mat salleh pulak mamat ni, ingat ni starbucks ka?

“yes sir!”, makin kuat angguk anney ni, taat betul. sisa radioaktif penjajah masih kuat dalam minda kita kot.

“then i’ll have nescafe o tarik, shaken, not stirred.”

baca sampai habes kat www.bumilangitblog.com


Obama : produk asy-syahid Malek Syabaz

November 6, 2008

Kemenangan obama diraikan di seluruh dunia; bagaikan harapan perubahan Amerika membawa juga harapan baru untuk bumi. Satu sejarah baru dicipta, bukan kerana presiden Amerika yang baru ini berkulit gelap, tetapi kerana simbol penghakisan sifat perkauman berdasarkan warna kulit.

Sejarah yang baru dicipta ini sebenarnya adalah aliran masa yang panjang, seperti sungai yang berliku. Mungkin kemenangan obama ini tanda arusnya sudah sampai ke muara. Sungai ini ada hulunya- ada asal usul mata air, yang mana ditinggalkan oleh pejuang lama yang aku berani kata, ‘dilupakan’. Malek al Syabazz, atau Malcom X, pejuang Islam yang syahid kerana ketegasannya.

baca lagi di sini..


madam low pkns : obama dalam kelambu

November 3, 2008

hari ini Amerika akan buat pilihan, obama atau mc cain. bagi aku, dua2 tak guna. kenapa? belanja aku teh tarik dan aku akan cerita.

hari ini selangor sibuk kisah Madam Low, orang tionghua yang dilantik memimpin PKNS, pertubuhan kebajikan bangsa melayu. haha! korang pun perasankan, takdak pon nama melayu kat situ!

kat amerika sana, obama ni kira pendatang la, macam khir toyo. nenek dia pon masih ada di kenya. amerika ini bukan di afrika, dia dibenua lain, dijumpa orang columbus yang sesat semasa cari india.

bagi selanjutnya di www.bumilangitblog.com


bina rumah baru

November 1, 2008

aku sebenarnya sedang cari mood untuk study. bosan. aku buat rumah baru.

:: bumilangitblog.com ::

lagi tiga hari aku pindah terus. sekarang tengah nak pindah barang2.

tengok la rumah aku yang baru.


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.