ini masa untuk menyerang, bukan bertahan

Jun 29, 2008

rata-rata penyokong umno ketawa terbahak2 sekarang melihat telatah penyokong pakatan yang gelabah tak tentu hala macam anak ayam hilang ibu.

komrads! tarik nafas, mari sini aku nak cerita.

sekarang bukan masa untuk berlari2 dan menjerit2, “kenapa paklah sanggup buat macam ni kat anwar?” ini masa untuk menyerang. semuanya berpihak kepada kita, hasil kebodohan najib dan ejennya. sekarang bukan masanya untuk mempertahankan DSAI, sekarang masa untuk menyerang umno BN!

kita kena bagitau kat semua rakyat malaysia yang saiful ini pengintip najib. bukti dah ada, nak takut apa? sekarang kita hanya perlu desak najib supaya jawab apa hubungan beliau dengan saiful. dan yang paling penting, kenapa dia sanggup fitnah macam ni kepada anwar?

(dalam masa yang sama, paklah, pemimpin agung kita, bukan saja berjaya mengawal tingkah laku semua pengikutnya malah berjaya membaca pikiran semua pengikutnya dengan keluarkan kenyataan yang warga BN tak pernah pikir nak buat macamni kat anwar. oh ya, dia merujuk kepada jentera yang sama memfitnah anwar pada 1998)

anwar bukan sembunyi di kedutaan turki kerana takut nak jawab soalan polis mengenai kes liwat ni.dia lari kerana risau BN sanggup gunakan ISA untuk menahan beliau tanpa perlu memberi bukti. isa ini bermaksud “saya boleh tangkap awak tanpa sebarang alasan”

najib wajib jawab isu ini. sebelum ini dia boleh sembunyi dibelakang rosmah, tapi kali ini beliau mesti berdepan dengan rakyat.

“kenapa kamu sanggup menanam bukti dan saiful hanya untuk memfitnah anwar- seorang muslim melayu seperti kamu?”

jawab la najib

Advertisements

anwar nak kena tangkap kes liwat (lagi); ezam saksi utama

Jun 29, 2008

anwar akan ditangkap sekali lagi, dan ini akan membuka ruang untuk anarki subur. ya, kamu boleh terus tekan rakyat! kamu akan lihat rakyat diam dan patuh, tapi sebenarnya dibawah sekam itu ada api yang membara yang akan merobek2 kamu bila tiba masanya.

tapi tunggu! sebelum revolusi bermula, dan sebelum pasukan gerak khas merempuh masuk ke dalam Hotel Quality Shah Alam, mari kita bermain dulu. permainan ini diajar oleh encik grissom kepadaku. dah sedia? senyum…..

mula-mula kita kumpul maklumat yang kita ada, dalam kes ini misalnya kita kena tahu latarbelakang yang terlibat, dan latarbelakang kisah. mula-mula kita kenal anwar. mamat ni memang dah kena tuduh liwat dah banyak kali. secara peribadi, aku dah jumpa ramai ahli Umno yang bersumpah yang kawan dia kata, ada kawan pernah tengok anwar ni dating dengan lelaki jambu. tapi antara yang mengaku diliwat dalam kes 98 ialah dr munawar dan driver dia yang kedua-duanya tak hensem dan jambu. sukma? aku tak nak kata dia jambu kerana itu akan menimbulkan fitnah kepada aku pulak. hehe.

teruskan permainan.
siapa pula si shaiful bahari ini? jeng jeng jeng~ sahabat2 aku panggil dia ni ‘musang berbulu ayam’. dulu saiful ni orang kuat najib, berbaju batik ke sana- sini. memang Umno totok la. tapi hasil jasa baik rahimi, dia di bawa masuk ke dalam pejabat DSAI, setelah mengaku bertaubat nasuha dan keluar Umno. ini antara link yang kena baca untuk mengetahui latarbelakang rahimi dan saiful, lihat juga tarikh entri ini ditulis.
musang berbulu ketiak satu
musang berbulu ketiak dua
dan musang berbulu ayam (2) disini

ada beberapa profil lagi yang kita kena kenali seperti musa hassan dan gani patail. selain dari tugas rasmi mereka, kita juga jangan lupa bertapa mereka gagal untuk menanam bukti dan mensabitkan kesalahan anwar dalam kes liwat 98. ini mungkin peluang kedua. ini mungkin vandetta!

bersedia untuk teruskan permainan? ok, cukup dengan biodata pelakon. mari kita tengok situasi dan latar belakang kejadian.

selepas tsunami 8 mac, kelemahan paklah kian ketara. ini diikuti dengan beberapa langkah yang beliau ambil yang tidak popular seperti menaikkan harga minyak dan mengenakan tekanan kepada negeri2 yang di’buka’ oleh pakatan. disaat ini, musuh PM dimana-mana, baik diluar UMNO (baca Anwar) mahupun dari dalam UMNO (terlalu panjang untuk disenaraikan). tahta yang dipegang oleh beliau mungkin dirampas bila-bila masa malah, parti yang beliau terajui juga mungkin hilang kuasa pemerintahan. orang putih istilahkan situasi ini sebagai ‘deep shit’.

tapi bukan buntut paklah sahaja yang panas, buntutt rosma yang besar itu juga panas . (tak percaya, pergi la rasa. auw!) rosma dan najib dituduh dengan akuan bersumpah oleh raja petra terlibat secara terus dalam pembunuhan altantuya. kes ini telah menjadi hangat sehingga najib dan paklah terpaksa memberi respon kepada media.

anwar- harapan baru untuk malaysia. beliau dilihat satu-satunya insan yang layak dalam untuk menerajui Malaysia dan menyelamatkan Malaysia dari terus rebah. sokongan anwar semakin hari semakin meningkat. walaupun media arus perdana tanpa henti menyerang beliau dan pakatan dengan fitnah dan gagal memberi akses untuk beliau jawab tohmahan itu, anwar terus bertahan dengan gelaran beliau, PM in waiting.

kini, satu laporan polis telah dibuat keatas Anwar, menuduh beliau meliwat saiful.

membina konklusi sendiri

1) anwar mungkin benar2 peliwat, kerana tuduhan liwat adalah tuduhan yang berat, tak mudah untuk bagi orang percaya dengan tuduhan ini maka bodoh lah musa hassan dan gani patail untuk meneruskan tuduhan ini melainkan dengan bukti2 yang maha kuat.
2) usaha menjatuhkan anwar oleh paklah untuk mengekalkan kuasanya. siapa sangka paklah sanggup buat macam ni? tapi siapa sangka dia akan bubar parlimen (sebelum itu menafikannya) dan naikkan harga minyak setinggi 70 sen?
3) ini bom asap! semua ini hanya untuk mengalihkan perhatian dari kes rosma dan najib. perlu diingat, saiful sangat rapat dengan najib sebelum ini. perhatian rakyat akan berubah dari kes buntut panas rosmah kepada kes anwar akan ditangkap.

permainan diteruskan..

selain dari mencari bukti untuk menuduh, kita juga boleh mencari bukti untuk menafikan. misalnya, setelah 10 tahun kes liwat anwar, sehingga kini tiada seorang pun yang bangkit dan kata, “ya, saya di liwat dan ini buktinya”. yang ada cuma insan2 yang terus membuat laporan polis mengatakan beliau diliwat. kenapa pergi terus kepada polis? kenapa polis dahulu? dan pattern ini terus sehingga kes yang terbaru ini.

kita juga boleh tanya kepada saudara ezam mat noor. beliau pernah rapat dengan anwar dan kini menyerang anwar. beliau boleh membuat sumpah yang dia yang anwar ini memang kaki bontot. dia boleh memberi bukti. dia juga mungkin boleh mengaku dia juga pernah di buntuti anwar. bagi aku, ezam adalah saksi nombor satu dalam kes ini.

permainan ini belum berakhir. grissom pernah berkata, “menjadi liberal ialah menjadi jujur”. setiap bukti yang akan datang haruslah dilihat secara keseluruhan. ini politik, bukan CSI. semua kemungkinan perlu diambil kira sebelum meletakkan buah catur.

rakyat dah bosan melihat polis, bpr dan badan kehakiman menjadi alat untuk meneruskan tekanan terhadap rakyat. cukuplah tu, mari kita bebas.


janji Ku Li kalau jadi Perdana Menteri

Jun 23, 2008

ahli Umno yang ada pangkat yang tinggi-tinggi, tolong lah undi Ku Li…

dalam ucaptamanya yang bertajuk ‘Pasca PRU 12: politik malaysia dan masa depan negara’ di dewan seri mentakab pada 14 jun lalu, ku li ada buat empat janji kalau dia jadi perdana menteri;

janji pertama, hapuskan rasuah

janji kedua, luaskan demokrasi dalam umno

janji ketiga, kekalkan subsidi minyak

janji keempat, mansuhkan AUKU

mari kita pakat sokong Ku Li! lalalalalalaaaa~


respon kpd encik lipas

Jun 18, 2008

isu kenaikkan harga minyak hari tu, encik lipas dalam komennya membandingkan per capita saudi dan malaysia dan membayangkan minyak saudi sgt banyak yang mana saya setuju (nota; saya jahil ekonomi, saya baca kejuruteraan).

tapi mari kita tengok kepada indonesia pula.

Oil – production: 1.07 million bbl/day (2006 est.)

Oil – consumption: 1.1 million bbl/day (2006 est.)

yang mana kegunaannya melebihi hasil.

namun harga minyak di sana lebih murah dari malaysia

Oil – production: 751,800 bbl/day (2005 est.)
Oil – consumption: 501,000 bbl/day (2005 est.)

per kapita malaysia adalah 127,122.859 barrels per 1,000 people

dan indonesia pula adalah 13,896.777 barrels per 1,000 people

maaf, saya perlu akui yang sy kurang fasih mentafsir data2 ini. apa yang saya baca secara literal, saya persembahkan.

kalau salah tolong tunjukkan~


PAS vs dangdut; gimana TS khalid?

Jun 17, 2008

Separuh masa pertama; siapa lompat dan siapa melompat?

Siapakah yang tak waras (atau tak cukup bajet) untuk ambil mas idayu sebagai ‘pembuka tirai’ perlawanan ni? Mengaku saja yang Mas idayu ni dah tak ada pengikut dalam generasi muda, jadi kenapa pilih dia? Irama dangdut ni dah berlalu lama dah… malah muzium Negara pun enggan masukkan dangdut ni jadi bahan pameran mereka.

Tolooong, muda lah sikit! Ambil lah yang kena dengan generasi muda. Inilah dia bila pemimpin ‘belia’ dah lanjut usia. Nak paksa belia ikut stail mereka. Bangunlah! Dah 2008 la tok wan! Ambil lah band anak muda macam meet uncle husin ka, hujan ka, apa ka.. baru la kena. Atau aku mungkin teori kedua lebih rasional, tak cukup bajet untuk ambil artis lain.

Jika Selangor tetap dengan keputusan untuk menjemput mas idayu, saya cadangkan semua yang hadir dalam stadium malam itu WAJIB pakai batik cetak jawa.

Rehat jap.

Tarikkkk nafassss……

Separuh masa kedua
Belum sempat MB Selangor, TS Khalid jawab, roslan aziz dah mencelah dulu! Katanya dalam malaysiakini, “Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,”
Ini adalah salah satu sebab kenapa aku tak pakai kopiah, kerana bila aku buat silap, bukan aku yang kena kutuk, tapi Islam yang kena kutuk!*

Akibat kelam kabut grup pemuda PAS ini (yang mungkin secara bawah sedarnya) cuba nak cari publisiti, satu institusi ulama dah kena kutuk. Tapi itu bukan soal pokok, kita bukan takut kena kutuk, tapi kita nak jaga iman orang yang kutuk tu. Janganlah lah dia tergelincir iman kerana mengutuk kita.

Pemuda PAS, kenapa tak bersembang secara elok? Bukannya nik nazmi tu orang lain, member2 kita juga! Bukannya menjerit itu selalu mendapatkan apa yang kita nak.

Tapi saya kena puji ketegasan pemuda PAS, Cuma mungkin silap catur. Itu saja. Yang bab berani tu kita kena puji malah kita kena galakkan. Jangan jadi pak angguk. Bodoh namanya tu. Cuma jika ustaz salehuddin atau rakan ada baca entri ni, saya dengan rasa rendah diri minta ustaz pergi jumpa roslan aziz. Minta pendapat dia, biar kaum seniman budaya pop rasa mereka diperlukan.

Wisel penamat
Preetttt…. Semua negeri pakatan dah kena jaga isu ni. Apa guidelinesnya? Mana yang boleh mana yang tidak? Biar tak jadi isu dah lepas ni.

Allah lagi tahu

habesss

*tapi kadang2 pakai kopiah ni membuatkan kita malu nak buat salah.


khalifah melayu terakhir

Jun 14, 2008

sejarah tanah ini perlu dikonstruksi semula. kita semua tahu, cerita melayu ini bukan bermula pada kerajaan melayu melaka yang hanya bertahan selama 100 tahun saja.

benarkah pernah ada khilafah di tanah ini? siapakah mereka? di mana mereka sekarang? kenapa mereka digelapkan? sejauh mana hubungan mereka dengan khalifah uthmaniyah turki?

banyak lagi perkara perlu kita jawab dan kita kaji. tolonglah para reformis, jangan berhenti setakat sejarah pengkhianat UMNO saja.

semoga Allah memberkati roh pendekar2 sebenar yang mempertahankan Islam dari kuffar british pada waktu silam.


AlhamdulilLah, isteri aku menjadi model iklan

Jun 13, 2008

dalam kelam kabut aku menyusun semula kerangka pembelanjaan keluarga, isteri aku dalam pula mendapat tawaran menjadi model untuk iklan. tahniah sayang! tercapai juga impian dia ni.

hasil sesi photo-shoot kat sini

layans….