Bantahan larangan muslim masuk pusat urut di ampang

Cadangan untuk melarang umat islam untuk masuk ke pusat urut di sekitar ampang adalah sangat bertentangan dengan ajaran islam yang mana melarang umatnya berdua-duaan dengan bukan mahram (mendekati zina) walau di mana pun dia berada. Pada hemat saya, kerajaan pakatan rakyat secara skala yang besar harus menguatkuasakan perintah yang sama.
Masalah rumah urut yang semakin bercambah ini bukan isu baru malah telah disentuh oleh wartawan dalam program TV3, 999 beberapa kali, namun tak nampak sebarang perubahan.
Rumah urut ini biasanya mengeksplotasi anak gadis sebagai tukang urut untuk menarik ramai pelanggan. Menurut laporan 999, ada rumah urut yang menyediakan khidmat ‘ekstra’ yang berbaur pelacuran.
Percambahan rumah urut yang semakin mengingkat ini dikatakan kerana destinasi pelacuran di selatan Thailand sudah tidak selamat dan kini Malaysia menjadi tempat gantinya. Tidak cukup dengan itu, ramai pelancong dari Negara China juga yang datang dan bekerja sebagai tukang urut ini menggunakan visa pelancong dan tinggal lebih masa.
Di mana salahnya perniagaan ini? Salahnya bukan saja dari sudut Islam, namun perlu juga dilihat dari perspektif menjaga kehormatan wanita. Kita ingin lihat pembela hak feminis bangun menyuarakan tentangan terhadap bisnes yang secara langsung mengeksploit kaum hawa dan merendah-rendahkan martabat kaum hawa secara keseluruhannya.
Namun kita tak perlu secara semborono memandang negatif semua rumah urut. Ianya boleh terus beroperasi dengan syarat2 yang tertentu misalnya sijil tauliah tukang urut dan premis yang tidak mencurigakan. Urut tradisional, terutamanya seni urutan Melayu ada nilainya sendiri, malah jika boleh dijadikan asset pelancongan negara, seperti di negara Thailand yang mengadakan kursus ala MLVK untuk subjek urutan tradisional Siam yang menjanjikan kelangsungan tradisi itu untuk terus hidup, namun keadaan yang sebaliknya berlaku di Malaysia yang mana tukang2 urut yang handal terceruk di hujung2 kampung. Kita jangan terkejut jika seni ini akan pupus tak lama lagi.
Penguatkuasaan satu hal, menanam kebencian terhadap eksploitasi terhadap kaum wanita satu hal. Rakyat mesti bersama-sama sedar dan menolak apa juga bentuk usaha untuk memperdagangkan kemuliaan wanita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: