kisah umar

April 29, 2008

setelah lama berdiam diri, elok rasanya aku mulakan dengan sesuatu yang ringan.

ini kisah umar.

umar berjalan dilorong-lorong mundar-mandir sambil membawa pedang yang entah berapa banyak nyawa disembelihnya. wajahnya nampak bengis. hampir selalu dia begitu dan rakyat kota sudah maklum dengan perangai beliau yang perongos, garang dan tak tahu maksud takut. dalam langkah2 beliau, seorang manusia yang menyapa beliau, “hai umar, apa yang kau cari?”

dengan suara hampir memekik nada benci beliau menjawab, “muhammad! aku mahu cari muhammad untuk aku tunjukkan dia pedang aku ini dan menghabiskan nafasnya!”

lelaki itu membalas, “hai umar, dari kau cari muhammad yang entah berada di mana, lebih baik kau pergi ke rumah adik kandung kau sendiri. dengarnya, dia sudah mengikut ajaran muhammad”.

merah telinga umar mendengar jawapan itu. dia tak menjawab. mata pedangnya lebih pandai mengatur ayat dari lidahnya. kakinya melangkah laju ke arah rumah adik kandungnya, pengikut muhammad. muhammad yang paling dia benci.

dilihat daun pintu rumah adiknya tertutup rapat. hatinya berat untuk percaya yang adiknya telah mengkhianatinya. adik perempuan yang paling dia sayang telah mengikut muhammad yang paling dia benci! biar mata pedang yang mengadili. dia ketuk dedaun pintu. semakin lama semakin kuat dan pantas. kenapa lambat mahu buka? apa yang sibuk sangat?

di dalam rumah itu suasana kelam kabut. adiknya, fatimah sangat pasti itu suara abangnya yang bengis. dia tak mahu bayangkan akibat jika abangnya tahu yang dia sedang belajar membaca al-quran.

fatimah tahu jika dia tak buka pintu itu, umar pasti dapat robohkannya dengan sekali ayun. dia bangun dan membuka pintu.

“apa yang kau tengah buat tadi? kenapa kau lambat buka pintu? apa yang kamu sembunyikan di belakang kamu itu?”

tinju fatimah semakin erat menggenggam ayat2 al quran yang sedang di bacanya tadi. abangnya takkan dapat pegang tulisan ayat suci itu walau apapun yang terjadi. fatimah nekad.

“aku dengar kau sudah jadi pengikut muhammad”, umar bertanya lagak algojo berlakon hakim.

“ya”

PAAAANGGGG! umar menampar pipi adiknya. jatuh fatimah terkulai disepak tangan pahlawan perang itu. dari mulutnya keluar darah. fatimah menangis menahan sakit.

fikiran umar berkecelaru, beliau sesal bertindak sebegitu kejam ke atas adik kandung perempuannya. timbul rasa bersalah yang amat sangat. umar duduk disamping adiknya, cuba memujuk.

“adik, bagi aku tengok apa yang kau baca tadi”.

“tidak, abang masih najis! abang tak boleh pegang ayat suci ini”. tangan fatimah memeggang pipinya menahan rasa pedih. darah dari mulutnya masih mengalir.
“kau kena mandi dulu, kemudian aku akan bagi kau baca ayat suci ini”

umar yang menanggung rasa bersalah itu turut saja kemahuan adiknya. setelah selesai mandi, beliau menghulurkan tangan kepada adiknya. beliau membaca ayat itu perlahan-lahan.

surah tahaa ayat 1-6.
1]
Taa’ Haa.
[2]
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
[3]
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
[4]
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
[5]
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
[6]
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi

badannya lemah. “ini bukan rekaan muhammad, tak mungkin muhammad dapat buat sesuatu yang indah seperti ini.”

“mana muhammad? aku mesti jumpa dia”

fatimah keliru. adakah abangnya mahu mengapa-apakan kekasih Allah? dia sanggup menahan pipinya sekali lagi jika perlu. “kau nak buat apa jumpa muhammad?”

“aku mesti isytihar Islam depan muhammad sendiri”

“benarkah begitu?”

“ya, sekarang beritahu aku di mana muhammad”

“muhammad, rasuluLlah di bukit suffa”

umar berlalu pantas. dia tak sabar lagi nak berjumpa kekasih ALlah, muhammad. dia mahu sangat peluk muhammad sekarang. lagi dipikirkan, semakin laju langkahnya.

rasululLah ketika itu sedang berbincang dengan sahabat2 beliau. tiba2 datang seorang infomer berlari2 memberitahu umar telah datang membawa pedang.

hamzah tersentak. dia telah sedia untuk mempertahankan muhammad. ia menyenteng lengan bajunya dan mencapai pedangnya.

“wahai muhammad, kau jangan bangun, biar saja yang bereskan si umar itu”

muhammad memberi isyarat agar hamzah duduk. para sahabat yang lain mulai risau. baginda bingkas bangun menuju ke muka pintu. kini umar mengetuk-ngetuk pintu meminta dijawab.

rasuluLlah membuka pintu lantas mencapai leher baju umar. dipulas dan ditariknya umar sehingga hampir jatuh. umar tidak pula melawan.

“tiada Tuhan selain Allah, dan kamu Muhammad adalah pesuruh Allah”

lantas rasululLah memeluk umar. doa baginda telah dijawab Allah. sebelum ini baginda berdoa agar satu dari dua umar memeluk Islam iaitu umar al khattab atau umar bin syam (abu jahal).

nyata Islam semakin bersinar selepas itu.

perjalan umar yang pada mulanya ingin menghabiskan muhammad bertukar terus sehingga beliau menjadi salah seorang yang paling mencintai RasululLah.

umar, seorang yang sangat berani dengan manusia tetapi sangat takut kepada Allah. ini kisah umar.


selangor WAJIB ada kandang babi!

April 18, 2008

ramai orang pertikaikan, kenapa nak bina kandang babi sampai berjuta2 RM, kenapa tak bina kandang lembu ke, unta atau tapir. saya ingin membawa para pembaca budiman menyorot kembali sejarah yang pernah berlaku tidak lama dulu. saya yakin dan percaya, selepas anda membaca entri ini, jika anda penduduk selangor, anda akan merayu agar k’jaan negeri mempercepatkan pembinaan kandang ini dan jika anda di luar kawasan, anda akan cepat-cepat merancang untuk membuat demo di depan pejabat MB negeri anda agar dibina juga sebuah kandang babi yang mesra alam.

“tersebutlah kisah dahulu kala; orang la kata tapi tak tau sapa dia….. haaaiiii~
duduklah sana satu keluarga, selalu bergaduh tapi bahagia,
ibunya penyantun berbudi bahasa, bapanya pemalas, dungu dan tak center,
dibelinya babi, dibelanya dirumah, ganti anak yang ingin dimanja.”

satu keluarga semua tak suka, pelihara babi di atas sofa,
nanti najisnya nak buang kat mana? bising pula jiran tetangga.
bapanya tadi dapat pikiran, dibinanya tangki untuk babi kesayangan,
“kalau sayang nak berak, sayang cakap ya, nanti abah bawak keluar.”

“malang kali ini ada bau, tangkinya penuh tak sampai seminggu,
hati si bapa gundah gulana,kalau begini teruklah dia.
dia angkat tangki tu dan ikat kat kereta dia, lalu dibuang kat tasik perdana,
habislah busuk satu kolam. binatang yang hidup semua jahanam. semua mati kerana toksid tahi babi yang mana hidup, terus mutasiiiiii…… haiii!!!!”

“ada biawak bermata lapan, ada katak ada gigi, binatang aneh hasilnya mutasi, semuanya keluar dari tasik ini.”

baiklah para pembaca, saya akhiri cerita saya disini, kalau nak tahu kesudahanya, sila tonton simson the movie. daaaaa……


UMNO, babi, dan reforms

April 16, 2008

coretan ringkas;

mungkinkah ada perubahan dalam umno? tidak! kerana mereka masih tak reti eja R-E-F-O-R-M-A-S-I.

reforms..reforms.. reform apa ke benda?

babi ni pulak jadi satu lagi cerita lawak. ingat lagi tak perhimpunan haram yang diadakan oleh ketua-ketua kampung untuk menghalang pembinaan kompleks babi? rupa-rupanya ketua2 kampung tu masa BN perintah dulu suka kat babi, setuju dengan projek tu, cuma lepas Pakatan menang je mereka tak suka. bagus lah… dah dapat hidayah!


tips merancang melarikan diri

April 15, 2008

salah satu poin yang menyeronokkan dalam nak pergi bercuti ialah bab perancangan. masa ini, kita adun harapan, imiginasi dan sedikit nilai2 excited dan sebenarnya, ketika inilah otak kita sudah mula ‘bercuti’. namun bagi pegembara bajet seperti aku, angan2 aku sering dipatahkan dengan kiraan wang. hehe.

ada beberapa aspek penting dalam merancang untuk melarikan diri ini, antaranya musim/cuaca, tempat tinggal, sumber makanan halal, transpot, tempat yang menarik yg wajib kita pergi dan tangkap gambar, dan perkara yang wajib kita buat. namun semua ini akan dibatasi dengan kos.

dalam hal tempat tinggal, ada dua pilihan untuk berjimat, pertama; asrama belia atau youth hostel. ini tempat pilihan aku masa bujang dulu kerana akan ada saja awek yang akan tinggal satu katil dengan aku (walaupun katil 2 tingkat, kira sekatil jugakla, kan?). dah jadi semacam undang2 tak bertulis yang awek kena tidur kat bawah dan lelaki tidur atas. cara kedua untuk mendapat katil murah (untuk yang berfamili) ialah internet. taip saja ‘cheap hotel’ di enjin pencari dan beribu2 halaman yg tak berguna akan muncul. sabar dan buka satu persatu kerana jika anda bernasib baik, mungkin anda akan dapat hotel 4 bintang untuk harga hotel 2 bintang. otai2 backpackers juga pernah memberitahu yang kita boleh dapat tiket kapal terbang dengan harga dirt cheap dengan kaedah ini.

laman web pilihan aku untuk melihat suhu/cuaca lokal tempat tujuan aku ialah weather underground yang mempunyai antaramuka yang mudah dan lengkap. ingat, jika pergi ke tempat yang bermusim sejuk ada dua keburukkan utama, masa siang yang singkat dan bajet untuk pakaian sejuk/winter clothing. info ttg persekitaran lokal juga dapat membantu kita dalam mengemas barang2. bawa hanya yang perlu, tinggalkan serunding anda di rumah. travel light.

rule of thumb untuk mendapatkan makanan halal dengan mudah, cari kat area masjid! buat carian masjid yang paling berhampiran kota yang anda tuju dan cari tempat tinggal kat area tu. ada beberapa perkara penting yang perlu kita ingat semasa seorang muslim travel ke negara bukan islam, antaranya ialah ‘anda bukan berada di Malaysia’. hati2 dalam membeli makanan. cari lambang V untuk vegetarian pada pek makanan untuk hilangkan rasa was-was atau cari tesco atau carrefour. selalunya makanan halal ada jual kat situ. satu lagi pasal kebab. memang kebab makanan arab tapi arab tak semestinya muslim! so, berhati2.

transpot akan melarikan bajet anda, jadi pastikan anda ambil kira secara serius hal ini. jika takdak public transpot kat area tu, lupakan saja niat anda kerana anda perlu menghabiskan duit untuk menyewa kereta dan drive di tempat yang anda belum tentu tahu baca papan tandanya. walaupun kebanyakkan negara maju membina sistem pengangkutan yang hebat, namun ada juga destinasi yang memerlukan anda untuk sewa kereta dan drive seperti di new zealand. so, jangan pergi new zealand kalau tak der memeber kat sana. terbaiknya, cari tempat yang offer travellers pass. pass ini selalunya valid untuk seharian bagi semua jenis pengangkutan awam, kecuali teksi. ini sangat menjimatkan.
tapi ingat, anda tak selalunya perlukan pass ini terutamanya jika skop lawatan anda cuma kecil dan walking distance spt di rom dan sultanahmet, istanbul.

kot mana pun, untuk menjadikan perjalanan anda berbaloi, jangan berenti melayari laman web tentang tempat yang patut pergi dan yang tak patut pergi. ia menjimatkan masa anda, wang anda dan gelombang otak anda dari rasa menyesal. perhatikan juga review tempat tersebut, masa buka/tutup, masa terbaik untuk lawat dan tiket untuk masuk,jika ada.

dengan melalukan semua ini, sebenarnya anda telah bercuti walaupun cuti anda belum di approved.
jadi, selamat merancang!


fakta tentang freud

April 13, 2008

sigmund freud mati sebab isap rokok lantas menyebabkan beliau kanser.

maka, terbukti amaran oleh kerajaan malaysia di kotak rokok itu benar, rokok itu membahayakan kesihatan.

kepada sesiapa yang tak tahu langsung pasal freud, dia ni telah kemukakan idea psikoanalisis dan cuba jelaskan mengapa manusia begitu.

tak paham jugak? lu wiki la sendiri!


apa khabar Ku Li?

April 4, 2008

jangan lupa trajedi bank bumiputra, ya!


pemimpin Yahudi melayu yang lagi satu

April 3, 2008

dulu2 juak2 kompeni mahathir tuduh anwar sebagai boneka isreal, buktinya ada satelit parabola di rumahnya.
sebelum itu mahathir bawa sekumpulan yahudi untuk bermain sukan di malaysia.

sekarang, ada seorang melayu bermata kuyu sanggup bayar yahudi untuk datang ke Malaysia. juga atas nama sukan. yahudi pemain dan yahudi jurulatih ini diajak menunjukkan bakat di bumi malaysia bersama rakan-rakan mereka yang bewarna biru.

melayu bermata kuyu ini akan MEMIMPIN tangan yahudi mabuk ini dari KLIA ke stadium.

ini baru pemimpin Yahudi dari bangsa melayu


falsafah ajar macamana nak buat emas!

April 1, 2008

Ramai anak muda tak mengetahui peri pentingnya pembangunan falsafah dalam membentuk ketamadunan. Sering kita mem’falsafah’kan kata2 yang berbelit atau berbunga2 terutamanya bait cinta dalam surat cinta yang selalu kita tulis masa sekolah menengah dulu. Malah, ada yang meremehkan aliran ilmu falsafah dengan kata ‘falsampah’. Rugilah mereka yang tak mengetahui yang falsafah itu sebenarnya adalah ilmu untuk membuat emas!

Falsafah ini mempunyai sejarah yang panjang kerana ia adalah ‘asas kepada ilmu2 lain’ (Aristotle), ‘undang-undang berfikir’ (Epicurus), dan ‘neraca segala ilmu’ (Al Ghazali). Namun tahukah kita apa maksud falsafah sebenarnya? Ianya merupakan gaya berfikir untuk membezakan perkara yang benar atau yang salah. Gaya ini pula ada banyak. Contoh yang boleh diambil untuk mendatangkan faham ialah gaya ini seperti acuan kuih, ianya membentuk kuih. Jika anda menggunakan acuan yang betul, dapatlah kuih yang sempurna namun jika guna acuan kuih bahulu untuk membuat kuih samperit, ia takkan mencapai keputusan yang sewajarnya. Ianya disiplin untuk membahaskan tentang pemikiran dan apa yang tergambar dalam pikiran manusia dan kemudiannya diterjemahkan menjadi teori yang benar. Jika salah aplikasi disiplin, terutamanya mereka yang tak belajar tentang disiplin2 (acuan) ini, maka yang terhasil ialah keputusan(kuih) yang salah.
225px-jabir_ibn_hayyan.jpg
Jabir Ibn Hayyan yang juga dikenali sebagai Geber atau Ibn Hayyan merupakan seorang ahli falsafah yang hebat. Beliau banyak mengkritik ilmu falsafah klasik dan Aristotle, antaranya terhadap teori Aristotle mengenai dasar logam yang tidak berubah.

Menurut pengkaji mat saleh, George Sarton, Ibn Hayyan telah berjaya menghasilkan sejumlah ketulan emas dengan cara menggunakan bahan-bahan kimia misterius yang buktinya ditemui dalam sebuah makmal milik beliau di Quba.

Ahli falsafah moden seperti Ibn Hayyan, Ibn Sina dan Ibn Haytham banyak mengkritik ahli falsafah klasik kerana terlalu ber’teori’ sebaliknya menekankan metod ujikaji yang lebih sainstifik dan percubaan untuk mencari bukti yang boleh membawa kepada keyakinan yang tidak ada sebelumnya.

Falsafah ini perlulah dihargai kewujudannya. Jangan kita ambil enteng hanya kerana kita tak memahami sesuatu itu dan seterusnya menghinakan dan mentertawakan ilmu itu.

Cikgu aku pernah berkata, “ramai orang ketawa kerana dia bodoh, kalau dia tahu, dia tak ketawa.” Dia cakap benda ni bila terjumpa orang yang ketawa bila tengok mamat seorang ni pakai kopiah yang tajam muncungnya. Yang dia tak tahu, itu replika serban RasululLah.