dah habes dah…

September 30, 2008

dah habes dah ramadhan! hoi! rugilah kau!

solat kau dah tak sama macam semalam. tasbih kau dah tak sama macam semalam.

bulan berakat dah lepas. hoi rugilah kau!

apa sebab aku nak suka? bila pintu neraka kembali dibuka?

apa sebab aku nak ketawa? bila penyesalan tak beribadat bersunggoh2 mengisi segenap jiwa?

kalaulah Allah jadikan setahun penuh itu ramadhan, kan bagus? (boleh aku terus menunda2 dan menyesal kemudiannya!)

hoi rugilah kau!

kau tak jumpa lailatul qadr? pergghh… rugilah kau!

————————————-

bumilangit nak minta maaf banyak2 kepada;

jemaah menteri BN yang diketuai oleh paklah.

zainuddin maidin

rakan2 dalam pakatan

rakan2 bloggers

rakan2 dalam pejabat

rakan2 AIC

anak2 gayong

rakan2 dalam jemaah

awek2 lama dan awek2 baru

dan lain2 kategori yang aku tak sebut dalam ni. maaf kerana aku terlupa kat kau. hahahah!


foto hadiah hari raya dari paklah buat rakyat

September 30, 2008

logiknya begini, kalau kamu ke stesyen petrol, kamu akan cakap kat juruwang, “RM50, ya!” bukan nya “saya nak isi 50 liter, ya!”. jadi bila penurunan seploh sen berlaku semalam, pengguna gagal merasai perbezaan sebenar kerana kita tetap isi minyak dengan nilai wang yang sama.

ini adalah percubaan saya untuk menterjemahkan penurunan RM seploh sen seliter dalam bentuk mudah, agar paklah pon boleh paham. Baca baki entri ini »


manusia vs ular sawa

September 28, 2008

ya ular sawa itu panjang, tapi lebih panjang manusia. siangnya dia berpuasa, senjanya dia penuhkan tembolok perut dengan bermacam2 jenis makanan sehingga penuh.

manusia yang elok pergi berterawikh. manusia yang teruk berlingkar di rumah. manusia yang tak berapa elok belasah lagi moreh di masjid.

sebelum subuh menerjah, manusia yang teruk bangun dan penuhkan lagi tangki perut. penuh dan penuh sehingga dah tak dapat isi. manusia yang lagi teruk terus tak bangun, letih akibat banyak sangat makan semalam. manusia yang elok bangun solat malam, minta maaf kepada Tuhan.

dan berdoalah sang ular sawa itu,

“Ya Allah! terima kasih kerana jadikan aku ular sawa.”

a python that has swallowed a pregnant ewe.

The photo was taken in the Malaysian village of  Kampung Jabor, east of Kuala Lumpur. The Reuters caption adds that the six-metre reptile weighed 90kg and was “too laden to move, making it easy for firemen to capture it”.


salam megan kena gam?

September 26, 2008

tadi masa aku tengok feveret show aku, globetrekker yang dihostkan oleh awek yang aku suka, megan mccormick, aku perasan masa meg bagi salam kat penjaja tepi jalan di muscat, suaranya didiamkan seperti dicensored gitu. bukan sekali, tapi berkali2.

ini menaikkan semula persoalan dalam otak, boleh ke bagi salam kepada non muslim, kerana dalam perjalanan aku ber’rihlah’, macam selamber je pak arab bagi salam kepada non muslim. pastuh dalam filem ‘kingdom of heaven’ pon, seperti itu juga.

mungkin ustaz wan ji boleh tolong jelaskan…


minyak turun sekupang, apalalu paklah!

September 24, 2008

bernama news umumkan tadi mulai esok minyak turun seploh sen setelah naikkan rm0.70 jun lepas.

gatal gila tangan aku nak blog bila dengar berita ni. aku dah berhenti hisap rokok dah dekat sebulan, tapi ketagihan blogging ni lagi teruk dari ketagihan rokok rupanya!

pengumuman penurunan harga minyak sebanyak seplohsen ni merupakan anti klimaks kepada pengharapan rakyat yang tinggi agar minyak turun sehingga mpatploh sen seperti yang diura-urakan oleh media cetak. manakan tidak, kenaikkan harga minyak jun lepas telah merencatkan sambutan hari raya tahun ini dengan sebegitu teruk.

rata-rata pengguna cuba berjimat cermat, sehingga para peniaga merungut hasil jualan pada tahun ini jatuh teruk.

tips untuk berjimat masa raya;

1) tak perlu beli baju melayu yang baru, beli dye (pencelup) dan bubuh warna baru sahaja.

2) jika tak balik kampung kerana minyak mahal, sembunyikan kereta dan kasut anda agar anak2 jiran tak datang mintak duit raya. untuk kesan yang lebih mantap, pasang papan tanda ‘untuk dijual/sewa’ di pintu pagar anda.

3) jika anda ada anak, kenakan komisen 25% bagi setiap duit raya yang dipungut. anda juga digalakkan ziarah ke rumah2 bos anda untuk kumpul duit raya untuk anak2 anda. ingat skrip ni, “takpe lah bos, kami taknak masuk, nak duit raya je”.

4) kalau terpaksa beri duit raya, bagi duit syiling duaplohsen tiga keping dan bagi tau kat budak2, “ni duit besi, tu duit kertas. besi dengan kertas mana lagi mahal?”

5) mula shopping kat jalan TAR dan Chowkit masa malam hari raya, masa tu peniaga dah lelong dengan harga separuh.

6) cuba resepi lain untuk hidangan hari raya, misalnya biskut empat segi bersama milo atau megi kari dengan telur.

7) serdak/habuk kuih raya tu boleh diguna semula! kumpulkan dan letak dalam cawan kertas (macam cupcakes tu) dan siram air gula- ala.. macam nak buat biskut cornflakes tu. letakkan ceri di atas untuk hiasan.

selamat mencuba!


hingga jumpa lagi, (insyaAllah!)

September 22, 2008

saya ingin masuk taman,

di dalamnya penuh rasa cinta;

bergantung semua harapan,

dan terus merayu redhaNya.

Allah hatiku memanggil Mu~

(selamat hari raya, maaf zahir dan batin!)


penawar 916

September 18, 2008

aku dapat sms ringkas dari saudara aku. katanya, “ini ubat untuk 916 dan semua masalah politik malaysia hari ini, 3:26”

aku terus capai al quran terjemahan aku dan selak surah ali imran, ayat 26,

“Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

aku ketawa besar! teringat aku simbol 4 ‘wau’ yang terpahat sebagai ingatan untuk khilafah uthmani di turki. mereka menggunakan empat huruf wau sebagai simbol untuk mengingatkan bertapa rapuhnya kuasa yang mereka pegang agar sentiasa berlaku adil dan masa yang sama bertakwa kepada Allah seperti yang terkandung dalam ayat ini. itu khalifah, yang menjaga hampir satu dunia, ini paklah, yang menjaga negara kecil malaysia.

semoga kita tak termasuk dalam golongan yang al ghazali sebut dalam kitabnya, intisari filasafat iaitu golongan yang sombong dengan Allah, macam namrud dan firaun.

ameen


lagu buat paklah

September 17, 2008

1) aku terkesan bila baca blog pak khalid yang dedikasikan lagu buat semua orang.

2) aku terkesan bila tengok buletin utama tadi, paklah telah lontarkan ugutan ISA kepada anwar.

maka ini respon aku kepada paklah, buatlah kalau berani!

Arruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa

Kami serahkan semua hidup pada Alloh
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia


Anwar sekali lagi berdepan dengan ISA?

September 17, 2008

dipetik dari malaysiakini.com/bm

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat para pemerhati tertanya-tanya sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini untuk mengumumkan rombakan kecil kabinet, perdana menteri membuat kenyataan yang membayangkan kemungkinannya.

pakatan rakyat 916 gathering kelana jaya 150908 anwar.jpgAntara lain, Abdullah menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai “satu ancaman kepada ekonomi negara, bahkan kemungkinan keselamatan”.

Ini sudah cukup untuk memberi alasan kepada pihak pihak kuasa untuk menggunakan ISA terhadap Anwar dan membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Sementara itu, Bernama memetik perdana menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.

“Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata, sebagai berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.

Sebaliknya, Abdullah berkata, FDI sebenarnya masih mengalir ke dalam negara ini, malah Malaysia merupakan antara negara yang diminati oleh pelabur.

Timbalan Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan, dan yang turut hadir pada sidang akhbar itu, mencelah dengan berkata kadar pelaburan tahun ini mungkin lebih tinggi dari tahun lalu.

Mengenai kedudukan daya saing negara pula, Abdullah berkata Malaysia mencatatkan kedudukan lebih baik dari tangga ke-23 kepada tangga ke-19 sekarang.

“Anwar mahu melingkupkan negara dan mengekploitasi kepercayaan orang dan memperlecehkan negara di luar negeri,” kata Perdana Menteri.

Najib juga berkata permainan politik Anwar boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.

Dan apabila ditanya apakah tindakan yang akan diambil terhadap Anwar, perdana menteri enggan menyatakannya, sambil berkata: “Saya tidak akan nyatakan apa rancangan yang saya ada.”

Sekiranya Anwar ditahan di bawah ISA, ia bakal memberi kesan yang besar tetapi bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana Anwar sendiri percaya beliau mungkin ditahan.

Usaha ambil alih kuasa

Sejak pilihanraya kecil 8 Mac lalu, Anwar telah menjadi duri terhadap Barisan Nasional dengan rancangannya untuk mengambilalih kuasa.

Anwar yang sudah dua kali ditahan di bawah ISA, mendakwa beliau mempunyai jumlah ahli parlimen dari BN yang cukup menyertai Pakatan untuk membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baru dengan majoriti mudah.

Anwar gagal merealisasikan rancangan mengambilalih kuasa semalam (16 September) –  tetapi sekali lagi menegaskan bahawa beliau mempunyai jumlah ahli parlimen yang cukup untuk menubuhkan kerajaan.

Beliau juga telah meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Abdullah bagi membincangkan pelan peralihan kuasa dan menggesa perdana menteri tidak mengambil tindakan drastik, seperti mengisytiharkan darurat, untuk menghalang usahanya itu.

Abdullah, bagaimanapun, menolak mengadakan pertemuan dengan Anwar dan menyifatkan dakwaannya untuk mengambil alih kuasa itu sebagai satu pembohongan.

Anwar, yang kini berdepan dengan tuduhan liwat, pertamakali ditahan di bawah ISA pada 1974 berhubung protes pelajar dan ditahan selama 20 bulan.

Lebih dua dekad kemudiannya, beliau sekali ditahan di bawah ISA seepas melancarkan siri protes terhadap pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.


916 tak jadi, kpmu.net yang tunda

September 16, 2008

PENGUMUMAN KHAS

September 16, 2008 by admin

KPMU.NET AKAN MENYIARKAN SATU PENGUMUMAN KHAS  PADA JAM 4.00 PETANG INI. DI HARAP SEMUA PENGUNJUNG DAPAT MELAYARI LAMAN INI UNTUK MENGETAHUI APAKAH PENGUMUMAN KHAS YANG AKAN DI SAMPAIKAN DAN IANYA AMAT PENTING UNTUK DI KETAHUI KHUSUSNYA PENYOKONG PEMBANGKANG. – Setelah berbincang dengan pihak-pihak tertentu pihak KPMU  terlah bersetuu unutk mengumumkan apa yang perlu diumumkan  esok di antara jam 12 t.hari. Harap maaf kerana kesilapan teknikal yang  tidak membolehkan kami mengumumkan apa yang sepatutnya kami umumkan.

SEKIAN TERIMA KASIH  – ADMIN

(dicedok dari kpmu.net)

alamak.. tunda ke? atas sebab2 teknikal! kah kah kah! ini betol-betol ke cobaan?

bikin haru saja lah kau orang ni. kalau anwar itu penipu, maka kpmu.net adalah pengikut setia anwar. kah kah kah!

malu aku~

(iklan ini tidak dibayar oleh pihak kpmu.net)