nyanyi kegemaran musolinni

Ogos 31, 2007

Niat aku nak tulis pasal lagu paling aku menyampah ni dah lama. Punya la aku menyampah, sampai aku tak dapat lupakan perlunya aku menulis utk mengutuk, menghentam hatta mengondem lagu ini seteruk-teruknya. Kalian dijemput untuk bantu saya.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yg sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi di pijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kini cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

(Muntah!)

Setakat ilmu cetek aku, sentimen adalah senjata yang paling mudah untuk menghilangkan kewarasan orang. Kamu hanya perlu mencari satu insan, ‘ciptakan’ satu musuh yang sama (common enemy), dan presto! Anda dah ada seorang tentera. Namun kesan sentiment ni tak tahan lama, macam ubat bius yang di tembak ke otak, ia akan lama ke lamaan akan hilang kebasnya.

Lagu wajib BTN atau pusat pengkaderan fasis UMNO ini tak lebih dari meniupkan rasa ego melayu iaitu melayu akan maju sendiri dan dengan melayu saja yang melayu boleh berjaya. Yang lain dari melayu (orang lain) telah merampas hak dan harta benda orang melayu dan kemungkinan untuk melayu menjadi lebih maju. Maka orang-orang lain ini wajar diperangi, dibenci, malah jika ada peluang dikerat 18, masuk dalam guni, tanam dan bubuh simen.

Dalam kerajaan kununnya sedang mengimplemen dasar intergrasi nasional dan sekolah bestari, anak-anak melayu yang dulunya bijak hinggakan dapat masuk universiti luar negara, menjadi bodoh, bacul dan kebas otaknya apabila menyanyikan lagu fanatik ini di kem BTN. Mereka terlalu takut untuk memikirkan kemungkinan lain kerana takut dituduh bermain api dan terbakar jari. Malaysia mungkin jatuh ke tangan orang lain jika kita terlalu berani berfikir atau lebih teruk lagi mungkin gelaran ‘melayu’ yang maha mulia ini akan jatuh le tangan orang lain.

Anak2 ini kemudiannya dengan totok dan absolutenya percaya hanya dengan bersatu dan bersedia lah melayu boleh bangun dan menjadi satu bangsa yang tidak layu.Ekstremis ultra rasis ini sangat merbahaya kerana dengan idea asobiyah sempit ini, mereka bila2 masa boleh ‘meletup’ dan menjadi catalyst perang antara kaum. Tapi pihak fasis tak ambil pusing kerana soldadu yang bodoh lebih baik dari tiada soldadu. Semuanya kerana untuk preservation of power. mungkin soldadu yang dijeruk otaknya tak banyak menyoal. Haha

Lagu yang tidak disandarkan fakta apatah lagi ayat quran atau hadis ini wajib dihapal, ditelan dan dihadam. Bagi mereka yang bernasib baik, lagu ini akan keluar sebagai najis yang sangat busuk baunya, dah ketika itu barulah dia sedar akan bertapa meloyanya lagu taik ini.

Apa lagi yang nak diharapkan dengan mereka yang tidak bernasib baik? Mereka menjadi rasis a la Hitler yang bisa menghunuskan keris kepada sesiapa saja yang mengganggu periuk nasi mereka, tak kira dari jalan halal atau haram. Mereka juga tidak malu untuk mengaku kebolehan mereka menjadi ‘gila sementara’ iaitu mengAMUK seperti orang gila. Yang paling penting, mereka mengharapkan orang melayu waras menyertai kebodohan mereka! Bangang tak boleh diajar.

Akhir kata, saya menyeru kepada sesiapa yang menghafal lagu ini agar cuba menyanyi lagu ini kepada penduduk setingga Kg berembang, anak melayu felda yang menjadi bohsia dan mat rempit, kepada graduan penganggur2 yang terpaksa menjadi telemarketer untuk membayar balik pinjaman PTPTN dan yang paling utama sekali kepada Tun Dr mahathir.

Semoga anda menjadi melayu yang gemilang tanpa makan duit haram dan menyuapkannya pula ke mulut ibumu!


cara saya menyambut hari kemerdekaan

Ogos 30, 2007

sepanjang umur hidup, belum pernah saya berkesempatan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara cara ‘malaysia’.

cara malaysia ialah mengibarkan bendera tinggi2, pakai baju yang ada bendera jalur gemilang, lompat2 bila artis menyanyi dan langut bunga api. saya mengaku saya pernah ke KLCC beberapa tahun lalu untuk sambutannya, tapi itu hanya solidariti untuk bantu program cegah mungkar anjuran kumpulan islamis.

ketika masih di kampung dulu-dulu, saya hanya tengok lautan manusia sambut laungan merdeka dalam tiub tv. meriah benar. pada waktu itu, angan2ku ialah untuk bersama lain rakyat patriotik, bersama2 menunjukkan semangat patriotik dan cara yang paling patriotik, menjerit ‘merdeka’ di dataran merdeka apabila jam di menara jam ala moorish binaan british memukul sesenggat angka 12. lepas habis siaran langsung tu, biasanya RTM akan tayangkan videoklip lagu orang putih terkini, (ketika itu masih belum ada mtv mahupun astro) yang VJnya bernama gary. masa tu kira syok habis la.

setelah saya pindah kl, saya kurang minat untuk bersama lautan manusia itu, terlalu sesak. otak saya perlukan oksigen untuk berfikir waras, dia tak suka sesak2. saya masih ingat pesanan rakan2 tentang kesesakan trafik, kesesakan manusia dan yang paling sering melanda, kesesakan duit. saya tau yang dalam lautan manusia itu pasti ramai gadis yang comel yang sesuai menjadi eyemo, tapi kalau takdak duit, tak boleh la belanja dia orang, apatah lagi untuk dibuat hantaran.memikirkan semula, semangat patriotik saya sering mati di situ.

kini saya masih patriotik. tapi patriotik saya kini sering disalah anggap oleh kerajaan Malaysia. semangat saya kini lebih tinggi dari tiang bendera di dataran merdeka.  lebih merdu dari suara mas idayu. lebih bercahaya dari bunga api yang berpuluh ribu nilainya.

kata merdeka tidak hanya bergema dengan laungan dibibir disertai ayunan tinju ke langit, kini kata kebebasan menyerap ke dalam hati. yaa encik tunku abdul rahman…. dalam hati tau!

kebebasan saya menidakkan simbol jalur gemilang dan negaraku menjadi idol sembahan manusia itu berhala saya. maaf encik, saya terlalu bebas untuk itu.

mengibar jalur gemilang hanya untuk mat rempit. berdiri ketika lagu negaraku dinyanyikan hanya untuk mereka yang suka lagu irama hawaii. menjerit “merdeka! merdeka! merdeka!” hanya untuk para gerilya pembebasan tanah indonesia dari belanda.

saya? saya menyambut merdeka ini dengan hati yang merdeka… ya encik…. bebas dari belenggu bodoh, boneka dan manipulasi

  

 selamat menyambut hari kemerdekaan!!


kata mula

Ogos 30, 2007

dengan bismilLah mula dikata,

mengingati kebesaran ALlah yang mulya,

kerana wajib telah ternyata,

segala perbuatan haruslah diserta