sekitar debat anwar-shabery chik

Julai 16, 2008

ni poin ringkas yang aku dapat. sori la, tak byk masa.

1) serangan peribadi atau pendedahan track record, apapun yang kau panggil, taktik tu tak bes. tambahan pulak pihak yang kau serang tak balas, nampak macam kau jahat sorang2.

2) taktik merayu macam “percayalah”, percayalah cakap saya” yang diulang berkali-kali itu tak bagus. kalau fakta kau kuat, tak perlu merayu. kalau nak merayu dengan berkesan, menangislah. mesti orang percaya.

3)markah paling tinggi untuk anwar ialah bila dia tinggalkan rostrumnya dan trus berjabat tangan dengan shabery sejurus selepas program tamat.
postur tu membuatkan shabery chik betul2 macam org jahat dan sombong.

amacam?

Advertisements

Hari-hari yang diam

Julai 12, 2008


Hamzah, safiah dan ika takdak. Aku sunyi gila. Haha. Padan muka. Kadang2 perpisahan ini dapat sedarkan kita yang hidup ini sebenarnya kita hidup sendiri. Bukan nak kata aku ni penganut individualism, bukan macam tu. Cuma dalam sunyi ni ingatkan aku kepada mati. Mati tu kan sendiri-sendiri.
Soalnya sekarang siapa tinggalkan siapa. Ika, hamzah dan safiah yang tinggalkan aku atau aku tinggalkan mereka? Siapa mati-siapa hidup? Jika mereka mati, hidupkah aku? Jika aku mati, Allah akan menjaga mereka lebih baik dari aku (ayat ini aku kena genggam dengan gigi geraham!).
Berikut akan jadi hari-hari yang diam.
Mereka di sana, aku disini. Masa mereka pergi tadipun aku tak cakap selamat tinggal. Hanya Tuhan yang tahu bertapa aku benci perkataan itu kerana ia selalu diturut air mata. Haha. Aku memang seorang yang romantis dan tak takut menangis. Lantaklah! Tadi mereka pergi tanpa apa-apa drama. Mungkin hanya ika yang menangis. Itu pun aku cuba untuk tidak bayangkan.
Biar aku mati dalam jihad, bukan mati duduk diam.
Jihad kata cikguku adalah berusaha bersungguh-sungguh. Perpisahan sementara ini antara imej jihad aku. “Disebalik kesusahan itu ada kemudahan”. Apa kamu ingat Edison terus boleh cipta mentol? Apa kamu ingat salahuddin dapat masuk al aqsa dengan mudah? Apa kamu ingat mudahkah Tun nak jadi PM Malaysia? Susah beb! Semuanya dengan jihad. Dan berjihad itu maksudnya berkorban.
Diam-diam semalam.
Sebelum ini juga sunyi-sunyi saja aku di ruang blog ini. Suam-suam kuku. Jujurnya aku dah bosan dengan anwar, paklah, najib dan warna-warna partai. Seperti semuanya sandiwara, semuanya diatur. Oppss.. bukankah begitu sebenarnya? Kita ini semuanya pelakon (yang menghafal skripnya sendiri). Beruntung mereka yang sedar bahawa ini hanya satu pentas yang besar. Rugi mereka yang gila dalam lakonan sendiri dan terus berlakon dengan penghayatan sehidup-hidup. Lantas hidup mereka menjadi lakonan dan mereka terlupa apa itu takdir dan takbir. Ya! Mereka hanyut dan lemas. Aku pun hanya tersedar selepas perpisahan ini.
Corong politikus, mungkinkah kamu juga akan diam?
Kaum kerabat aku dalam PKR kini juga diam. Kamu pernahkah terpikir yang diam itu bahaya? Iya! Lebih bahaya jika musuh kamu diam-diam buat serbuan keatas kamu! Pukul curi itu aci(sah), kata cikguku. Anai-anai juga dalam diam saja dapat runtuhkan sebuah pohon besar. Kita semua tengah saksikan semua ini, sekarang. Mungkinkah pokok besar Umno akan tumbang akan tumbang isnin ini? Tak percaya? Cuba duduk diam-diam dan dengar anai-anai itu merobek hingga ke akar. Ada kemungkinan,kan?
Mari diam
Cikgu aku kata dalam diam ada kunci. Kalau aku hilang kunci motor, aku cari rata-rata tapi bila tak jumpa aku duduk diam dan pikir dalam dalam sambil berselawat, insyaAllah jumpa. Mari duduk diam-diam macam anai-anai. Mari diam.


isu fatwa JPN, jangan double standard!

Julai 10, 2008

semalam, kerajaan dengan tegas mengharamkan nama anak angkat disatukan dengan nama bapak angkat.

hari ini, saya cabar kerajaan malaysia untuk kuatkuasakan satu lagi fatwa yang telah dikeluarkan sejak beberapa tahun lalu namun terus dilupakan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur telah mengHARAMkan rokok.

hah.. haramlah!


Aku, ejen FBI dan kisah Ezam

Julai 3, 2008

Semalam ada pasar malam kat kawasan perumahan aku. Seperti minggu-minggu sebelumnya, aku pergi mencari bihun sup utara disamping menjeling awek2 yang berpakaian seksi di pasar malam. Tahukah anda bihun sup ani sup tak sedap macam sup utara yang ori? (kepada pembaca yang nak baca pasal ejen FBI tu, sabar ye). Bihun sup kat pasar malam ni memang sedap, tapi selirat bihunnya dah semakin sedikit dalam mangkuk plastic itu sejak paklah umumkan kenaikkan harga minyak. Celaka betul!
Anwar Ibrahim ini susuk yang susah nak diramal. Disebelah tangan dia bersalam dengan pak arab, sebelah tangan lagi dengan amerika, maka tak terkejutlah aku bila aku terserempak dengan rakan sepengajian aku di seberang laut dulu kat pasar malam itu. Dia senior aku. Muka macam arab, tapi bukan arab.
“shalom!” seru aku.
“alaykumsalam” jawabnya dengan muka konfius. Sebaik saja Nampak muka aku, dia terus menerpa aku dan memeluk aku.
Bukan selalu kau nak tengok orang melayu peluk orang yahudi kat tanah melayu!sebelum aku lupa, mamat ni yahudi murtad. Baginya Tuhan tak wujud, dia lebih yakin pada Darwin.
“Apa kau buat kat sini?”
“bertugaslah, Biro hantar aku.kes bos kau lah”
Sekarang aku kagum dengan kabel anwar dengan amerika. Bukan saja rakyat Malaysia yang tak percaya dengan polis Malaysia, bahkan juga amerika sehingga sanggup hantar ejen untuk jalankan penyiasatan sendiri.
“bila tukar jabatan? Seingat aku, kau dijabatan kes pelik-pelik” kata aku sambil menarik kerusi.
“habis tu, kes ni tak pelik ke?” katanya dengan nada perli. Dia menarik kerusi untuk duduk. Mamat yang jual bihun sup tu datang amik order.
“entah lah, kadang-kadang aku rasa negara aku diperintah oleh orang-orang yang bodoh.”
Bihun sup sampai. Aku minta sambal.
“ezam apa cerita?” mulder bertanya nak start cerita.
“dia kata serahkan kes ni kepada ulama islam. Baguslah, aku pun setuju. Kalau ikut islam, saiful kena bawak lagi 3 orang saksi.”
“yang dia kata dia tak terkejut tu?”
“itu ilmu yang diturunkan oleh anwar. Ilmu suspen. Anwar ni cakap macam2, semua orang suspen. Dia kata 30 orang ahli parlimen nak lompat masuk pakatan, siap bagi dateline lagi. Ezam pun macam tu la. Saja nak bagi suspen saja. Tapi orang akan ingat 6 biji kotak dia tu. Suspen tak kesudah!”
“anai-anai dah makan la kot. Kah kah kah!” aku gelak sama. Lawak orang putih ni tak sama dengan lawak melayu. Walaupun tak lawak sangat ko kena gelak jugak, barulah macam kamu paham.
“ko apa cerita? Dulu masa dalam fail X, satu kes pun kau tak dapat setelkan, kes ni macamana?”
“tu la, aku pun mula2 konfius kenapa la skinner bagi kes ni kat aku. Tapi lepas baca fail, aku tak tahan nak gelak. Kalau makhluk asing dengar pun dia ketawa”
“ko kata anwar tak buat lah?”
Suasana diam. Mamat yang memekak jual minyak lintah kat belakang aku pun tetiba diam.
“ni yang susah sikit ni. Dari data yang aku dapat, memang anwar tak buat, tapi…”
“tapi la pulakk… macam cerita melayu!” bisik hati aku. Pikir dia tak konvensional. Tak macam grissom atau bourne.
“tapi masih tak dapat jelaskan satu perkara. Dari sumber yang aku dapat, anwar ni dok bawak saiful ni merata2. Kalau setakat pembantu pejabat, takkan nak angkut pergi seminar kat luar Negara?”
Aku diam, dengar dengan khusyuk. Sambal bihun tu aku tambah 4 sudu.
“ko bayangkan lah, si saiful tu baru kerja 3 bulan dah dapat macam-macam. Pengikut fanatic anwar yang sanggup berhabis duit dan dah lama setia kepada anwar, semacam dipinggirkan.”
Mulder tengok mangkuk bihun sup aku
“kau tak takut kena buasir ke makan cili banyak2?”
Aku gelengkan kepala. Sup ni pedas. Susah nak telan, tapi aku hirup jugak.
[ring ring bunyi telepon bimbit]
“Ya, ejen fox mulder….. ya, saya akan kesana. Maaf ya! Aku dapat laporan ada UFO kat pekan, bila2 ko free, kol la aku.”
“cun cun..wutever” kataku tanpa mengangkat kepala. Aku dah malas nak pikir. Sup ni pedas dowh!


anwar: najib mengelak tapi terselak

Julai 1, 2008

najib dengan kerasnya mengelak untuk dikaitkan dengan saiful, individu yang membuat laporan polis yang beliau diliwat (atau meliwat?) anwar ibrahim.

penafian beliau dalam malaysiakini.com;
“Menyentuh mengenai gambar itu, Bernama memetik Najib berkata gambar pegawainya yang diambil dengan pembantu Anwar di pejabatnya pada 12 Februari lalu adalah selepas pembantu Anwar datang ke pejabatnya bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran……Dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, Najib berkata pembantu Anwar itu merupakan bekas pemimpin pelajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) manakala pegawainya di dalam gambar itu bertanggungjawab antara lain, bagi perkara berkaitan dengan pendidikan tinggi.”

najib dengan tegas berhujah yang saiful datang ke ofisnya hanya untuk minta sokongan biasiswa. soalnya, kenapa saiful nak minta biasiswa pada bulan februari 2008? kolej mana yang dia minta? bolehkah dia minta biasiswa baru sedangkan dia telah gagal dengan TERUK dalam pengajian yang lepas dengan tajaan TNB?

najib terselak.

lagi satu soalan,
“..pembantu Anwar datang ke pejabatnya bersama seorang rakan..”

siapa rakan ini? aku dah tahu.. kamu tak tahu? kamu nak tahu? zaasssss……