L change the world :/

Mac 31, 2008

l-change-the-world_a.jpg

macamana nak cakap huh? susah ni.

mula2 aku harapkan cerita yang penuh tensi bila L akan berkejaran dengan masa untuk menyelamatkan dunia dari kebocoran senjata virus sebelum dia mati setelah dia tulis namanya dalam nota mati, namun aku silap. dan itu sangat mengecewakan aku.

L change the world adalah untuk fanatik L, (which is im not, aku lebih suka kira, rasionalis machiavelli yang kejam!) kerana cerita ini cuba meng’human’kan L dengan memaparkan soft-side L. namun kerana jiwaku yang lembut dan mudah tersentuh dengan perkara yang romantis, kiranya layan juga la cerita ini. dia lebih menceritakan tentang harapan daripada plot yang memeningkan.

aku mahu pening!

malang sekali cerita ini tiada twist untuk dibanggakan. hampir semuanya boleh dijangkakan. malah, banyak perkara yang tak logik berlaku yang membuatkan aku memandang rendah mutu film siri deathnote laki ni.

namun, L change the world tidaklah satu filem yang membosankan, namun ianya bergantung kepada apa yang penonton cari. jika anda mahu light, mind bending plot dan twist yang mengkagumkan, anda cuma membazirkan masa.

L changed my mood


sufiah (oxford) dan vending machine

Mac 31, 2008

vending machine berdiri kaku ditepi dinding, ia tidak lari. walaupun disepak dan dimaki, tiada tindak balas.
“kamu bagi duit, saya bagi air.
kamu bagi duit, saya bagi lendir.”

pelacur ini serupa vending machine. sentiasa ada bila ada demand. lelaki pulak selalu demand!

pelacur banyaknya perempuan. kalau jantan orang panggil arbog. yang jantan tu bukan sebab ditekan, tapi sebab gatal. aku ulang, “GATAL!”

perempuan ni Allah cipta sebagai lemah. sentiasa perlukan pelukan lelaki. eehh… perlindungan lelaki. ini fitrah. kamu boleh bagi dua-tiga hujah untuk lawan saya, tapi saya boleh bagi sejuta. itu fitrah. perempuan dilahirkan lemah. lelaki yang bertanggungjawab jaga perempuan. lelaki yang tak berani nak jaga perempuan itu lelaki dayus. tahu dayus? orang dayus ini tak bau wanginya syurga. wangi syurga ini semerbak baunya, dari jauh pun boleh hidu. tapi dayus tak bau sebab dia tak berani nak lindungi wanita.

pelacur wanita ini lemah dari segala segi. ada yang terpaksa. ada yang kena auta. ada yang memang galak. ada yang tamak. tapi sebab itu boleh lindung, boleh bendung. wanita semuanya wajib kita tolong. kamu hindu kah, kamu buddis kah, kamu kristian kah, kamu muslim kah. wanita semua yang lemah kita kena tolong. ini bukan kerana agama kamu. ini soal maruah!

tak ada kat dunia ini pelacur yang mulia. tak ada. siapa yang dilihat dengan pelacur akan kena sialnya. kat negara amerika baru-baru ni, ada yang kena turun tahta. angkara pelacur wanita yang lemah maruah kita binasa. tak ada pelacur yang dihormati didunia ini. tak ada! pelacur penjual lendir semuanya dianggap hina. apa nak buat mereka wanita lemah? apa nak buat, orang lelaki telah hilang militan maruahnya!

wanita ini ibu. wanita ini mulia. tapi bila pegang title pelacur- automatik jadi hina!

semua orang kena bangun, cek semula hati itu. kamu tak sayangkah pada wanita2 itu. mereka saudara kamu, dijual lendir-lendirnya begitu. dicabut maruah mereka sedangkan kamu hanya mencebik, kadangkala meludah. mana rijal kamu? mana maruah kamu? Allah tanya nanti nak jawab apa?

aku seru semua orang berdoa. kamu semua dari semua agama kena doa.

“Hancurkanlah rumah-rumah pelacuran itu! Binasakanlah bapa ayam durjana itu! selamatkanlah wanita-wanita itu!”

semoga sufiah menjadi safi semula. tolonglah Ya Allah. hamba kecil yang banyak dosa ini merayu kepadaMu dengan dengan rendah diri. bersihkanlah sufiah. bersihkanlah dia kembali!!

dan kerajaan2 yang baru dibina dengan redha Allah. kamu mesti kawal semua ini. jangan bagi muka. potong terus urat merih bapak ayam itu!

*aku mengutuk sekeras2nya sebarang perkataan menghina sufiah dan pelacur2 yang lain. orang yang hina ialah orang yang tak berusaha menghentikannya, apatah lagi mereka yang tak pernah terlintas dihati untuk hentikannya!


fitna; kebebasan suara yang diSIALkan.

Mac 29, 2008

aku ini aku sedih. pertama kerana aku tak boleh sekeh kepala Geert Wilders kerana filemnya yang memakaikan tangkal sial kepada ‘kebebasan bersuara’ dan keduanya kerana kebebasan bersuara itu akan sial.
aku menyanjung tinggi kebebasan bersuara, namun iman aku sendiri pun hari ini goncang kerana perbuatan khianat seorang penfilem Belanda. Sial betul mamat ini dan kesialannya akan merebak keseluruh dunia! dia kononnya, atas nama kebebasan bersuara, dengan jelas dan tanpa tersipu-sipu mengejek, menghina dan melakukan penipuan yang maha besar terhadap Islam! ini masalahnya. dia bukan tak tahu hakikat sebenarnya dan sistem islam, aku yakin dia dah kaji tetapi dia SENGAJA menyembunyikan fakta untuk menegakkan hujah longgar yagn dibawanya. sialkan?

orang yang merogol kebebasan bersuara ini akhirnya akan mensialkan seluruh dunia dengan membuat orang ramai menyerang kebebasan bersuara itu. kepada mereka yang fikir ini berlaku kerana adanya kebebasan bersuara, anda silap. ini sial.

kebebasan bersuara bertujuan untuk mencari kebenaran, mencari jalan tengah untuk pendamaian dan mengelakkan ekstremisme. wajar anak kecil menjerit kerana mahu perhatian.

tapi fitna ini memang jelas fitnah. ia dibuat atas dasar rasial, dan benci yang amat sangat. aku nafikan sekeras-kerasnya fitna the movie dibuat kerana kurangnya permahaman, sebaliknya ia dibuat untuk mencabar rijal anak muslim.

Geert Wilders, laknat Allah ke atas kamu.


mari koyak utusan malaysia dan bergembira!

Mac 29, 2008

Cute Baby Laugh @ Yahoo! Video
(click imej untuk tgk video ni)

ok lah~ aku mengaku, itu bukan utusan malaysia…


kebijakkan Tuanku Mizan, bunuh dua lalat dengan sekali ayun

Mac 28, 2008

bila kita baca buku teks sejarah sekolah menengah dulu, tak ada cerita pasal kebijakkan sultan2 di Tanah Melayu. kebanyakkan cerita tentang macam mana sultan2 kena tipu dengan british selain ketamakkan sultan melaka untuk kahwin dengan tun teja dan puteri gunung ledang dalam sejarah melayu.

tapi mutaakhir, kita dapat lihat sendiri kehebatan sultan Melayu, bukan pada tulah atau daulat, tetapi pada bijak pikir baginda!

masa mula2 istana t’ganu pilih ahmad said untuk ganti idris jusoh, ramai yang terkelu lidah, kenapa nak pilih keldai ganti baghal? namun selepas berita tentang BPR buka fail siasatan kes seorang ADUN yang terlibat dengan rasuah di kawasan kijal dan chukai, ramai yang tersenyum. Baginda Sultan memang bijak! bunuh dua ekor lalat dengan satu pukulan!

video yang akan mengingatkan semula siapa ahmad said ni;

DAULAT TUANKU!


pesta buku dah dekat, sila sediakan dompet anda!

Mac 28, 2008

http://klbookfair.com/index.php/

Date: 4th – 13th April 2008
Mon – Thurs: 10.00AM to 7.00PM
Fri – Sun & Public holidays: 10.00AM to 10.00PM
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malays


RM 9 dari pekerja asing untuk rakyat selangor cukup adil!

Mac 27, 2008

Cadangan Kerajaan Selangor untuk mengenakan levi RM 9 ke atas setiap pekerja asing yang bekerja di Selangor sangat kena pada tempatnya. Jika unjuran perolehan RM13.5 juta sebulan itu berhasil, bayangkan berapa banyak kolej dan pusat latihan yang dapat di manafaatkan oleh anak tempatan.

Walaupun ada pihak menentang polisi ini yang dilihat mungkin menekan pekerja asing, namun tindakan ini wajar diambil apabila mengambil kira keuntungan yang dikongsi oleh pekerja asing itu sepanjang tinggal dan bekerja di Selangor. Misalnya, jika mereka menggunakan pengangkutan awam, tambang perjalanan itu sebenarnya telah diambilkira subsidi minyak dan berbagai jenis subsidi lain yang sepatutnya hanya dinikmati oleh anak Malaysia, namun tanpa pernah diungkit, mereka turut menikmati hasil bumi dan kemakmuran ekonomi di tanah ini, hasilnya mereka dapat berkongsi perkhidmatan yang baik dengan harga yang murah. Langkah ini juga patut dilihat secara adil setelah mempertimbangkan kebocoran pengaliran wang yang para pekerja ini hantar pulang ke negara asal mereka.

Pada hemat saya, RM 9 tidaklah begitu tinggi kerana perlu diingat, pekerja asing bukan saja mereka yang bekerja sebagai penyapu sampah dan pekerja binaan, malah di Selangor ramai ekspatriat yang pendapatan mereka mencecah ribuan ringgit sebulan. Tenaga-tenaga pakar dari luar ini diharap dapat diganti dengan anak tempat dengan skim latihan yang bakal dilancarkan oleh pihak kerajaan negeri Selangor.

Pihak kerajaan bagaimanapun diharap dapat melakukan kajian yang teliti dalam menyediakan kursus latihan untuk anak muda Selangor dengan mengambil kira keperluan pasaran. Mungkin jika pihak kerajaan dapat pertimbangkan untuk bekerja sama dengan syarikat-syarikat multinasional yang melabur di negeri ini untuk mengadakan perkongsian pintar agar berlaku pemindahan teknologi yang mana syarikat ini menyediakan program latihan dan kerajaan pula menganggung kosnya. Graduan yang dilahirkan pula secara automatis diserap untuk bekerja disyarikat itu. Hasilnya, syarikat untung kerana kos latihan yang rendah, anak muda untung kerana dapat kerja dan kerajaan untung kerana dapat menyediakan tapak pelaburan yang baik dengan modal insan sedia ada dalam masa yang sama menggamit pelabur lain untuk melabur di Selangor.

Diharapkan kerajaan negeri tidak akan ambil mudah perkara ini dan merancang dengan mendalam agar tidak berlaku kebocoran dana atau pembaziran dari polisi baru ini.