manifesto bn 2008

Saudara dan saudari sekalian,Empat tahun telah berlalu semenjak
saudara dan saudari mengamanahkan Barisan Nasional dengan mandat
besar untuk mentadbir negara. Dalam tempoh tersebut, kami telah berkerja
secara bersungguh menunaikan segala janji dan memastikan bahawa
segala keputusan yang diambil adalah adil dan bermanfaat untuk semua.
Pengurusan ekonomi yang baik dan komitmen untuk memastikan
bahawa ‘tiada seorangpun yang akan terpinggir’, telah meletakkan Malaysia
pada asas yang kukuh. Ekonomi Negara berkembang pada kadar 6.3%*
dalam tahun 2007, pencapaian terbaik semenjak tahun 2004, defisit fiskal
Negara diturunkan kepada 3.2% daripada KDNK, nilai dagangan
antarabangsa melangkau tahap lebih 1 trilion ringgit, kira-kira 1.3 juta
peluang pekerjaan diwujudkan, pasaran saham negara beberapa kali
mencatat nilai tertinggi dalam sejarah dan lima koridor pembangunan
dilancarkan. Kadar kemiskinan berjaya kita turunkan secara ketara, jurang
antara bandar dan luar bandar berjaya dirapatkan, di samping dipastikan
rakyat dapat menikmati kualiti hidup bermutu terutamanya bagi golongan
berpendapatan rendah. Alhamdulillah, segala sasaran ini telah berjaya
kita capai dalam suasana begitu mencabar, berhadapan dengan harga minyak dunia dan harga komoditi yang melambung tinggi. Benih-benih perubahan juga
disemai di pelbagai bidang lain. Misi Nasional telah diperkenalkan untuk
memberi fokus kepada usaha mencapai Wawasan 2020 dan untuk kita
dapat melangkah seterusnya. Pendidikan terus menjadi keutamaan dan
jelas dibuktikan dengan peruntukan paling besar dalam sejarah serta
pelancaran dua pelan tindakan bertujuan memperbaiki akses serta
meningkatkan standard. Kita juga telah mengambil langkah, memperkukuhkan
institusi-institusi Negara antaranya perkhidmatan awam, pasukan polis serta syarikat berkaitan Kerajaan. Malaysia terus memainkan peranan aktif di arena antarabangsa, membina jambatan persahabatan di serata dunia. Di peringkat nasional, kita sering diperingatkan tentang pripentingnya usaha gigih, keadilan
serta kebijaksanaan dalam mengukuhkan lagi perpaduan nasional dalam
sebuah Negara muda seperti Malaysia. Kami bertekad untuk memastikan
bahawa setiap rakyat ada tempat di bumi Malaysia ini. Tahun lalu, kita
sama-sama menyambut ulangtahun kemerdekaan Negara ke 50 dalam
suasana perpaduan dan kebersatuan yang tinggi, melangkah maju ke
hadapan untuk 50 tahun akan dating dan seterusnya. Adalah ketara, kemajuan telah berjaya dicatatkan dalam pelbagai aspek. Namun, masih ada tugas yang
perlu diselesaikan di dalam beberapa perkara. Contohnya, usaha memerangi
rasuah dan membanteras jenayah telah bermula dan mesti diteruskan.
Sesungguhnya, Barisan Nasional sedia dan komited untuk meneruskan usaha
ini demi mencapai matlamat kita. Harga minyak yang terus meningkat
serta beberapa isu antarabangsa lain mungkin akan menjejaskan
kedudukan ekonomi tempatan. Namun, kami bersiap sedia mengambil
langkah awal dan tindakan segera bagi terus memelihara kesejahteraan
rakyat, walau apa jua cabaran yang mendatang. Keyakinan ini terbit dari hakikat
bahawa Barisan Nasional yang saya pimpin ini telah teruji dan terbukti
mentadbir negara. Kami memahami keperluan rakyat dan telah sekian
lama menunaikan segala janji. Kami sedia untuk mengemudi Negara ke
arah tuju seterusnya. Misi dan visi kami jelas untuk membawa Malaysia
ke arah masa depan yang lebih gemilang. Kami memerlukan sokongan
saudara dan saudari pada tanggal 8 Mac ini. Hasrat untuk melahirkan
Malaysia yang lebih selamat, aman dan makmur hanya akan tercapai
sekiranya kita sama-sama bersatu hati dan berganding bahu, demi generasi
hari ini dan generasi akan datang.

Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Pengerusi Barisan Nasional

MALAYSIA 2008: LAPORAN KEMAJUAN DAN MANIFESTO
* Anggaran terkini

EKONOMI (kemajuan 2004-2007)
n Meningkatkan produktiviti, pendapatan dan daya saing negara
n Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat
yang bermutu
n Memperkasa peranan sector swasta sebagai enjin utama
menjana pertumbuhan ekonomi Negara
n Memupuk dan membantu 1 j syarikat dan usahawan IKS dalam masa 5 tahun
n Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun
n Mengurangkan lagi defisit fiscal negara bagi membolehkan lebih banyak dana digunakan untuk tujuan pembangunan, tanpa meningkatkan cukai
n Melaksanakan pelan pembangunan kelima-lima koridor ekonomi bagi menjana pertumbuhan, pelaburan, serta peluang pekerjaan ke seluruh pelosok negara
n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 18% dari RM427 bilion kepada RM504* bilion
n Semua sektor memperlihatkan pertumbuhan termasuk kegiatan baru seperti pertanianmoden, bioteknologi, ICT dan perbankan Islam.
nTahun Melawat Malaysia 2007 mencapai rekod ketibaan pelancong tertinggi,
berjumlah 21 juta pelancong
n Perdagangan antarabangsa meningkat 26% dari RM881 bilion kepada RM1.11 trilion
n Pendapatan purata isirumah bulanan meningkat dari RM3,249 kepada RM3,617
n Mengekalkan kawalan harga bagi barangan keperluan asas dan membelanja RM43.4 bilion dalam bentuk subsidi (2007) untuk menangani kenaikan harga barangan
n 1.3 juta peluang pekerjaan baru diwujudkan.
n Program Transformasi GLC berjaya meningkatkan keuntungan serta memberi
pulangan yang lebih tinggi kepada pemegang saham amanah dan pencarum KWSP
n Lebih 204,000 IKS dibangunkan sejak tahun 2005, melibatkan pemberian pinjaman berjumlah RM107 bilion dan pelaksanaan 402 program
n Melancarkan lima pelan pembangunan koridor ekonomi untuk menjana serta
membawa pertumbuhan ke seluruh pelosok
negara
n Indeks Komposit Bursa Malaysia meningkat mengatasi paras tertinggi dalam sejarah; serta peningkatan 161% nilai permodalan pasaran dari RM460 bilion (2003) kepada RM1.2 trilion (2007)
n Defisit fiskal berjaya dikurangkan dari 5.0% KDNK (2003) kepada 3.2% KDNK (2007)
n Simpanan matawang asing meningkat 130% dari USD44 bilion kepada USD101 bilion
n Penarafan Malaysia dalam Indeks Daya Saing Global WEF meningkat dari tempat ke-25 (2005) ke tempat ke-21 (2007)
* Anggaran terkini

2004-2007
KEMAJUAN:
MERAPATKAN
JURANG
n Mengurangkan kadar kemiskinan tegar dari 1.2% kepada 0.7% jumlah
penduduk, dan mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan dari 5.7%
kepada 3.5%
n Merapatkan jurang pendapatan antara desa dan bandar dari 1:2.11 kepada
1:1.99, melepasi sasaran bagi tahun 2010
n Meningkatkan pendapatan para petani dan pekebun kecil; sebagai contoh,
pendapatan pesawah padi telah ditingkatkan 27% kepada RM1,549;
pendapatan pekebun kecil getah ditingkatkan 34% kepada RM1,727
n Membina 178,000 rumah dan pangsapuri kos rendah
n Membuka 14 hospital baru, 22 Klinik Kesihatan baru, dan 64 Klinik Desa baru
n Meluaskan liputan bekalan elektrik kepada 74% di Sabah dan 83% di
Sarawak
n Membina 12,190 kilometer jalan-jalan kampung
n Membina 3 lapangan terbang baru termasuk terminal penerbangan kos
rendah, dan menaiktaraf 5 lapangan terbang sedia ada
n Menghapuskan kemiskinan tegar, dan mengurangkan kadar kemiskinan
keseluruhan kepada 2.8% menjelang tahun 2010
n Meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan bermutu di luar bandar
n Meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi isirumah berpendapatan rendah di kawasan bandar, termasuk golongan yang telah berhijrah dari desa ke bandar
n Meningkatkan penyediaan rumah bermutu dengan harga yang mampu
dibeli
n Meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang moden
dan bermutu
n Menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam di bandar dan
mengurangkan kesesakan lalulintas n Meningkatkan pembangunan jalan di kawasan luar bandar dan lain-lain kawasan kurang membangun
n Menaiktaraf infrastruktur rel dan penerbangan
n Meningkatkan liputan bekalan elektrik bagi kawasan luar bandar di Sabah
kepada 81%, dan di Sarawak kepada 90%, menjelang tahun 2010
n Meningkatkan liputan bekalan air bagi kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak kepada 70% menjelang tahun 2010
n Meneruskan usaha merapatkan jurang digital dan meningkatkan penembusan
perkhidmatan internet jalur lebar (broadband) melalui Pelan Jalur Lebar
Negara
n Meneruskan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kampung-Kampung Baru
n Memastikan pengagihan seimbang peluang-peluang bermutu yang dapat
menjana pendapatan, pekerjaan, perniagaan, dan pendidikan ke seluruh
pelosok negara. Pendekatan ”Kelantan Baru, Kelantan Maju” berhasrat
memastikan berlangsungnya pembangunan berkualiti dan mutu
kehidupan yang lebih baik bagi penduduk di Kelantan

PENDIDIKAN
n Melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi untuk meningkatkan mutu pendidikan
n Meluaskan liputan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah
n Memansuhkan yuran peperiksaan dan sekolah
n Memperuntukkan RM3 bilion untuk biasiswa dan keperluan-keperluan bagi golongan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah
n Memperuntukkan RM12 bilion untuk menaiktaraf sekolah luar bandar
n Menyediakan elaun khas untuk 12,000 orang guru dan pembantu guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar
n Memperuntukkan RM174 juta untuk SJK Cina berstatus bantuan penuh dan RM65 juta untuk SJK Tamil berstatus bantuan penuh di dalam Rancangan Malaysia Ke-9
n Memperuntukkan RM100 juta untuk SJK Cina dan Tamil berstatus bantuan modal di dalam Rancangan Malaysia Ke-9
n Memastikan sekurang-kurangnya satu universiti awam atau satu kampus
cawangan UiTM di setiap negeri
n Menambah bilangan kolej komuniti daripada 34 kepada 53 buah, dan
menggandakan enrolmen kepada 115,000
n Menambah jumlah pemegang biasiswa JPA peringkat ijazah di universiti tempatan dari 5,000 kepada 10,000 orang setahun; menaikkan elaun pelajar tajaan JPA di universiti luar negara
n Meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan sains
(R&D), termasuk menghantar angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas

MENINGKATKAN
AKSES DAN
STANDARD
n Menaikkan tahap kelayakan minima para guru dan menyediakan lebih banyak
peluang latihan
n Meneruskan usaha menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah pilihan;
antara lain, melalui usaha peluasan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil
n Memelihara kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan
n Meningkatkan perpaduan nasional dengan menggalakkan interaksi di
kalangan pelajar
n Menyediakan lebih banyak biasiswa di peringkat ijazah untuk pelajar yang
berkelayakan dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum
n Mengenalpasti Universiti Apeks dan memberikan lebih autonomi dan sumber
untuk membolehkan institusi pengajian tinggi awam mencapai tahap global
n Meningkatkan lagi pelaburan di bidang Sains dan Teknologi, khususnya R&D di dalam Negara

2004-2007
KEMAJUAN: MENJADIKAN POLIS LEBIH DINAMIK
n Mengurangkan indeks jenayah negara
n Menangani penyalahgunaan dadah dan lain-lain gejala sosial
n Menangani isu pendatang asing tanpa izin
n Menambah 60,000 anggota Polis menjelang tahun 2011
n Membina 150 balai dan pangkalan rondaan bagi meningkatkan kehadiran Polis dalam kawasan setempat
n Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan,
dan tempat-tempat awam
n Menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja bagi Penambahbaikan Operasi dan Pengurusan Polis, membawa kepada pelaksanaan lebih 85% daripada cadangan yang dibuat
n Meningkatkan gaji anggota Polis dan Angkatan Tentera sebanyak 9-42%
n Menggandakan peruntukan pembangunan Pasukan Polis kepada RM3.8 billion dalam Rancangan Malaysia Ke-9 disamping menambah peruntukan RM5 bilion melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), bagi tujuan memoden dan memperlengkapkan pasukan Polis n Menambah bilangan pengambilan anggota
Polis, melantik semula Polis yang baru mencapai usia bersara, membangunkan
lebih banyak balai Polis, dan meluaskan penggunaan CCTV
n Melancarkan usaha pengawasan dan operasi Polis secara lebih intensif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Lembah Kinta dan Wilayah Pembangunan Iskandar
n Menubuhkan Suruhanjaya Bebas bagi menangani kebimbangan rakyat
berkenaan pemeriksaan fizikal yang dilakukan oleh Polis
n Meningkatkan kesedaran serta penguatkuasaan di kalangan pengguna
jalan raya yang berhasil mengurangkan kecederaan dan kematian akibat
kemalangan jalan raya
janji
n Meningkatkan usaha kepolisan dalam masyarakat melalui kerjasama dengan
organisasi bukan kerajaan (NGO), sector swasta, serta masyarakat tempatan
n Menaiktaraf teknologi komunikasi, peralatan senjata, kenderaan, alat
bantuan teknikal serta program-program latihan pasukan Polis
n Memberi fokus sumber dan operasi di kawasan-kawasan cenderung jenayah di
serata Negara
n Menyusun semula persempadanan daerah Polis agar lebih sepadan antara sumber Polis dan keperluan keselamatan masyarakat setempat

2004-2007
MERINGANKAN BEBAN
KENAIKAN HARGA BARANG
n Membelanjakan RM16.2 bilion untuk subsidi petrol, diesel dan gas serta RM18 bilion bagi mengekalkan harga rendah bekalan gas kepada industri dan penjanaan elektrik (2007)
n Membelanjakan RM9.2 bilion untuk pelbagai subsidi lain antaranya merangkumi baja, tol hinggalah kepada baucer tuisyen (2007)
n Membelanjakan RM331 juta untuk subsidi tariff eletrik pada tahun 2006 dan 2007
n Mengekalkan kawalan harga barang keperluan asas
n Memansuhkan yuran peperiksaan dan sekolah
n Meluaskan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah
n Mengekalkan bayaran perkhidmatan klinik kerajaan pada kadar RM1
n Membina lebih banyak rumah kos rendah; mengekalkan sewa pada kadar RM100-300 sebulan
n Mengurangkan kos membeli rumah sehingga RM2,000 dengan memotong duti setem
n Menurunkan kadar Cukai Jalan

MENINGKATKAN
PENDAPATAN BERSIH
n Menaikkan gaji dan Elaun Sara Hidup (COLA) kakitangan awam, polis dan tentera yang kesemuanya berjumlah RM8 bilion setahun
n Menaikkan elaun khas sehingga RM1,500 untuk guru-guru dan pembantu guru yang berkhidmat di luar bandar berjumlah RM187 juta setahun
n Dividen lebih tinggi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja/Bank
Rakyat/Lembaga Tabung Angkatan Tentera/Lembaga Tabung Haji/Permodalan
Nasional Berhad hasil usaha pengukuhan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan ekonomi yang memberangsangkan
n Pengecualian cukai bagi pembelian buku ditingkatkan dari RM700 ke RM1,000
setahun
n Memberi pengecualian cukai sehingga RM4,000 untuk setiap anak yang belajar di institusi pengajian tinggi

MEMASTIKAN TIADA
YANG TERPINGGIR
n Memperuntukkan elaun bulanan sekolah untuk 1.5 juta pelajar yang layak diberikan bantuan
n Menaikkan kadar maksimum bantuan bulanan dari RM350 ke RM450 bagi setiap keluarga miskin
n Menganugerahkan biasiswa secara automatic kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang SPM daripada kalangan keluarga
berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi
n Menggandakan elaun bulanan pelajar kurang upaya dari RM25 ke RM50
n Menaikkan elaun bulanan pekerja kurang upaya dari RM200 ke RM300
n Memberi pengecualian cukai sebanyak RM5,000 untuk setiap anak kurang upaya
n Menaikkan paras pengecualian cukai untuk pembayar cukai kurang upaya dari RM5,000 ke RM6,000
n Mengeluarkan tambahan bon sebanyak RM2 bilion untuk pesara
n Mengeluarkan bon Merdeka sebanyak RM1.75 bilion untuk pesara
n Membuat bayaran saguhati antara RM200 ke RM400 kepada 542,000 pesara
n Menaikkan bantuan bulanan warga tua dari RM135 ke RM200

IKRAR
PERKHIDMATAN AWAM
2004-2007
KEMAJUAN:
BERGERAK
MENUJU TAHAP
GLOBAL
n Pemulangan automatik untuk lebihan bayaran cukai pendapatan; pemulangan dibayar dalam tempoh 14-30 hari kepada penyerahan cukai yang dibuat secara ‘online’
n Pasport dikeluarkan dalam masa tiga jam di cawangan-cawangan utama Jabatan Imigresen
n MyKad dikeluarkan dalam masa 24 jam di cawangan-cawangan utama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
n Lebih 70% daripada kes-kes tanah tertunggak diselesaikan melalui pembentukan pasukan khas ‘flying squad’
n Mengurangkan masa yang diambil untuk membayar kontraktor dan pembekal Kerajaan kepada 14 hari
n Menetapkan masa satu jam bagi pendaftaran perniagaan, dan 15 minit bagi pembaharuan pendaftaran perniagaan
n Mewujudkan Pusat-Pusat Setempat di pejabat pihak berkuasa tempatan bagi mengurangkan tempoh masa kelulusan pelan bangunan
n Menggantikan Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) dengan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) yang dikeluarkan oleh pihak swasta
n Mewujudkan PEMUDAH, satu pasukan petugas khas awam-swasta bagi mengurangkan kos menjalankan perniagaan di Malaysia
n Menaikkan gaji anggota perkhidmatan awam; memperkenalkan semula elaun kos sara hidup; dan memperuntukkan lebih RM6 bilion untuk kuarters kerajaan
n Mempercepatkan pelaksanaan inisiatif e-Kerajaan
n Merekayasa semua pejabat tanah dan daerah
n Mempercepatkan pengeluaran lesen dan permit
n Memperkenalkan sistem penilaian pihak berkuasa tempatan untuk
mempertingkatkan prestasi
n Kenaikan pangkat, ganjaran dan penalty anggota perkhidmatan awam diasaskan kepada pencapaian sasaran prestasi kerja
n Meningkatkan kepelbagaian etnik dalam perkhidmatan awam
n Menginstitusi agensi Kerajaan dengan budaya mengambil tindakan dan memberi maklumbalas dalam tempoh 3-7 hari bagi semua aduan dan pertanyaan awam

IKRAR
2004-2007
KEMAJUAN:
MENCIPTA
INSTITUSI KELAS
PERTAMA
MEMBANTERAS RASUAH DAN
MENINGKATKAN URUSTADBIR
n Meningkatkan kesedaran awam tentang usaha memerangi rasuah yang mendorong peningkatan 25% jumlah laporan yang dibuat (2003-2007)
n Meningkatkan 72% jumlah tangkapan kes-kes berkaitan rasuah, dari 318 (2003) kepada 546 tangkapan (2007)
n Meningkatkan kadar sabitan kes-kes berkaitan rasuah dari 50% (2004) kepada
74% (2007)
n Menggandakan bajet operasi Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada RM154 juta, dan memperuntukkan RM372 juta bagi tujuan pembangunan di dalam Rancangan Malaysia Ke-9
n Mempertingkatkan bilangan pegawai BPR, termasuk golongan pakar seperti juruaudit forensik, serta membangunkan Akademi BPR
n Melancarkan Pelan Integriti Nasional dan menubuhkan Institut Integriti Malaysia
n Menubuhkan serta memantapkan lapan Jawatankuasa Parlimen bagi meningkatkan ”check-and-balance”
n Meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara
n Membentuk Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat klip video berkaitan dakwaan campur tangan dalam pelantikan hakim
n Meneruskan usaha memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih
n Memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, Kastam
Di-Raja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT)
n Menubuhkan satu Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan
berhubung salah laku agensi penguatkuasa
n Meneruskan usaha memupuk budaya integriti dan tahap etika yang
tinggi melalui Pelan Integriti Nasional

IKRAR

S E L A M AT n A M A N n M A K M U R
2004-2007
KEMAJUAN:
MEMBINA
PERSEFAHAMAN DAN
MEMPERKUKUHKAN
KEPERCAYAAN
AGAMA,
n Membina persefahaman yang lebih baik tentang Islam di kalangan orang Islam dan bukan Islam melalui pendekatan Islam Hadhari
n Meningkatkan pemahaman mengenai pelbagai budaya di kalangan masyarakat majmuk Malaysia
n Meluaskan program J-QAF kepada lebih banyak sekolah
n Memastikan tanah simpanan bagi tempat beribadat disediakan dalam kawasan yang baru dibangunkan, seiring dengan garis panduan yang telah dirangka
n Memudahcara pembinaan, penggabungan, dan penempatan semula semua tempat beribadat melalui mekanisme khusus di peringkat kerajaan negeri, yang akan diselaraskan di peringkat Persekutuan, bagi menjaga kepentingan semua pihak
n Meningkatkan usaha dialog berkenaan isu-isu antara agama melalui Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
n Meningkatkan keberkesanan pelbagai program perpaduan, terutamanya di
sekolah dan pusat pengajian tinggi
n Mewujudkan 10 prinsip Islam Hadhari, merupakan satu pendekatan bagi membina peradaban Islam yang progresif
n Meningkatkan pendidikan agama Islam di sekolah dengan memperkenalkan program Jawi-Quran, Arab dan Fardu-Ain (J-QAF)
n Mempertingkatkan kebajikan pegawai-pegawai agama, termasuklah
memperuntukkan elaun RM450 bagi para imam
n Mengekalkan kos bagi setiap jemaah Haji walaupun dalam suasana kenaikan harga
n Menjamin hak beragama bagi setiap rakyat Malaysia
n Merangka garis panduan bagi memastikan penyediaan tanah simpanan untuk tempat beribadat dalam kawasan yang baru dibangunkan
n Menggalakkan persefahaman antara agama melalui forum seperti Panel Penasihat Perpaduan Negara
n Menggalakkan perpaduan antara kaum melalui program seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan Program Latihan Khidmat Negara
IKRAR
2004-2007 KEMAJUAN: MEMPAMERKAN KEPIMPINAN YANG TEGUH
DASAR LUAR NEGARA
n Mempamerkan kepimpinan yang mantap dalam pertubuhan antarabangsa seperti Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
n Menjadi tuan rumah pertama bagi Pertemuan Kemuncak Asia Timur, yang
menjadi platform bagi kerjasama yang lebih erat antara ASEAN dengan China,
Jepun, Korea Selatan, India, Australia, dan New Zealand
n Menerokai pasaran baru dan merangsang hubungan perdagangan dan pelaburan melalui lawatan rasmi pemimpin tertinggi negara. Dagangan dengan kesemua rakan dagangan utama menunjukkan peningkatan ketara; peningkatan terbesar dengan negara China (meningkat 65%), negara-negara OIC (54%), dan ASEAN (29%)
n Memperkukuh suara Malaysia di arena antarabangsa dengan emperjuangkan
isu ekonomi dan sosial negara-negara membangun
n Membantah ketidakadilan di peringkat antarabangsa, khususnya pencerobohan Israel ke atas Palestin
n Meningkatkan peranan NAM, khususnya melalui penubuhan Institut NAM bagi
Memperkasa Wanita dan Jaringan Berita NAM
n Menekankan peranan ekonomi OIC melalui Program Bina Upaya bagi
mengurangkan kemiskinan, dan menggalakkan perdagangan dan
pelaburan melalui World Islamic Economic Forum
n Memainkan peranan utama dalam menggalakkan dialog antara dunia Islam
dan Barat
n Melaksanakan usaha berterusan bagi memupuk kerjasama, keamanan dan
kestabilan ASEAN
n Meneruskan peranan secara aktif,berprinsip dan berkecuali dalam
hubungan antarabangsa
n Meningkatkan rangkaian perdagangan dan pelaburan
n Memajukan agenda ekonomi OIC melalui program-program bina upaya di
negara-negara Islam yang kurang membangun
n Menggalakkan kerjasama strategic antara Barat dan dunia Islam untuk
memajukan agenda ekonomi di bawah Deklarasi Makkah 2005
n Meneruskan usaha pembinaan persefahaman antara masyarakat Islam
dan dunia Barat melalui dialog yang berterusan
n Memberi sumbangan ke arah agenda membangunkan negara-negara
termiskin

rujuk http://www.bn2008.org.my

tunggu aku nak ulas…. hahahahaha

2 Responses to manifesto bn 2008

  1. helmet berkata:

    Baru baca da penat nak buat?…buat dono je sampai 4 tahun lagi tukar tajuk lain..isi camtu jgk

  2. anak perelih berkata:

    janji ditepati???? berapa % aje yg dah buat tapi dok kata “janji ditepati”…. auta je lebih….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: