falsafah ajar macamana nak buat emas!

Ramai anak muda tak mengetahui peri pentingnya pembangunan falsafah dalam membentuk ketamadunan. Sering kita mem’falsafah’kan kata2 yang berbelit atau berbunga2 terutamanya bait cinta dalam surat cinta yang selalu kita tulis masa sekolah menengah dulu. Malah, ada yang meremehkan aliran ilmu falsafah dengan kata ‘falsampah’. Rugilah mereka yang tak mengetahui yang falsafah itu sebenarnya adalah ilmu untuk membuat emas!

Falsafah ini mempunyai sejarah yang panjang kerana ia adalah ‘asas kepada ilmu2 lain’ (Aristotle), ‘undang-undang berfikir’ (Epicurus), dan ‘neraca segala ilmu’ (Al Ghazali). Namun tahukah kita apa maksud falsafah sebenarnya? Ianya merupakan gaya berfikir untuk membezakan perkara yang benar atau yang salah. Gaya ini pula ada banyak. Contoh yang boleh diambil untuk mendatangkan faham ialah gaya ini seperti acuan kuih, ianya membentuk kuih. Jika anda menggunakan acuan yang betul, dapatlah kuih yang sempurna namun jika guna acuan kuih bahulu untuk membuat kuih samperit, ia takkan mencapai keputusan yang sewajarnya. Ianya disiplin untuk membahaskan tentang pemikiran dan apa yang tergambar dalam pikiran manusia dan kemudiannya diterjemahkan menjadi teori yang benar. Jika salah aplikasi disiplin, terutamanya mereka yang tak belajar tentang disiplin2 (acuan) ini, maka yang terhasil ialah keputusan(kuih) yang salah.
225px-jabir_ibn_hayyan.jpg
Jabir Ibn Hayyan yang juga dikenali sebagai Geber atau Ibn Hayyan merupakan seorang ahli falsafah yang hebat. Beliau banyak mengkritik ilmu falsafah klasik dan Aristotle, antaranya terhadap teori Aristotle mengenai dasar logam yang tidak berubah.

Menurut pengkaji mat saleh, George Sarton, Ibn Hayyan telah berjaya menghasilkan sejumlah ketulan emas dengan cara menggunakan bahan-bahan kimia misterius yang buktinya ditemui dalam sebuah makmal milik beliau di Quba.

Ahli falsafah moden seperti Ibn Hayyan, Ibn Sina dan Ibn Haytham banyak mengkritik ahli falsafah klasik kerana terlalu ber’teori’ sebaliknya menekankan metod ujikaji yang lebih sainstifik dan percubaan untuk mencari bukti yang boleh membawa kepada keyakinan yang tidak ada sebelumnya.

Falsafah ini perlulah dihargai kewujudannya. Jangan kita ambil enteng hanya kerana kita tak memahami sesuatu itu dan seterusnya menghinakan dan mentertawakan ilmu itu.

Cikgu aku pernah berkata, “ramai orang ketawa kerana dia bodoh, kalau dia tahu, dia tak ketawa.” Dia cakap benda ni bila terjumpa orang yang ketawa bila tengok mamat seorang ni pakai kopiah yang tajam muncungnya. Yang dia tak tahu, itu replika serban RasululLah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: