tips merancang melarikan diri

salah satu poin yang menyeronokkan dalam nak pergi bercuti ialah bab perancangan. masa ini, kita adun harapan, imiginasi dan sedikit nilai2 excited dan sebenarnya, ketika inilah otak kita sudah mula ‘bercuti’. namun bagi pegembara bajet seperti aku, angan2 aku sering dipatahkan dengan kiraan wang. hehe.

ada beberapa aspek penting dalam merancang untuk melarikan diri ini, antaranya musim/cuaca, tempat tinggal, sumber makanan halal, transpot, tempat yang menarik yg wajib kita pergi dan tangkap gambar, dan perkara yang wajib kita buat. namun semua ini akan dibatasi dengan kos.

dalam hal tempat tinggal, ada dua pilihan untuk berjimat, pertama; asrama belia atau youth hostel. ini tempat pilihan aku masa bujang dulu kerana akan ada saja awek yang akan tinggal satu katil dengan aku (walaupun katil 2 tingkat, kira sekatil jugakla, kan?). dah jadi semacam undang2 tak bertulis yang awek kena tidur kat bawah dan lelaki tidur atas. cara kedua untuk mendapat katil murah (untuk yang berfamili) ialah internet. taip saja ‘cheap hotel’ di enjin pencari dan beribu2 halaman yg tak berguna akan muncul. sabar dan buka satu persatu kerana jika anda bernasib baik, mungkin anda akan dapat hotel 4 bintang untuk harga hotel 2 bintang. otai2 backpackers juga pernah memberitahu yang kita boleh dapat tiket kapal terbang dengan harga dirt cheap dengan kaedah ini.

laman web pilihan aku untuk melihat suhu/cuaca lokal tempat tujuan aku ialah weather underground yang mempunyai antaramuka yang mudah dan lengkap. ingat, jika pergi ke tempat yang bermusim sejuk ada dua keburukkan utama, masa siang yang singkat dan bajet untuk pakaian sejuk/winter clothing. info ttg persekitaran lokal juga dapat membantu kita dalam mengemas barang2. bawa hanya yang perlu, tinggalkan serunding anda di rumah. travel light.

rule of thumb untuk mendapatkan makanan halal dengan mudah, cari kat area masjid! buat carian masjid yang paling berhampiran kota yang anda tuju dan cari tempat tinggal kat area tu. ada beberapa perkara penting yang perlu kita ingat semasa seorang muslim travel ke negara bukan islam, antaranya ialah ‘anda bukan berada di Malaysia’. hati2 dalam membeli makanan. cari lambang V untuk vegetarian pada pek makanan untuk hilangkan rasa was-was atau cari tesco atau carrefour. selalunya makanan halal ada jual kat situ. satu lagi pasal kebab. memang kebab makanan arab tapi arab tak semestinya muslim! so, berhati2.

transpot akan melarikan bajet anda, jadi pastikan anda ambil kira secara serius hal ini. jika takdak public transpot kat area tu, lupakan saja niat anda kerana anda perlu menghabiskan duit untuk menyewa kereta dan drive di tempat yang anda belum tentu tahu baca papan tandanya. walaupun kebanyakkan negara maju membina sistem pengangkutan yang hebat, namun ada juga destinasi yang memerlukan anda untuk sewa kereta dan drive seperti di new zealand. so, jangan pergi new zealand kalau tak der memeber kat sana. terbaiknya, cari tempat yang offer travellers pass. pass ini selalunya valid untuk seharian bagi semua jenis pengangkutan awam, kecuali teksi. ini sangat menjimatkan.
tapi ingat, anda tak selalunya perlukan pass ini terutamanya jika skop lawatan anda cuma kecil dan walking distance spt di rom dan sultanahmet, istanbul.

kot mana pun, untuk menjadikan perjalanan anda berbaloi, jangan berenti melayari laman web tentang tempat yang patut pergi dan yang tak patut pergi. ia menjimatkan masa anda, wang anda dan gelombang otak anda dari rasa menyesal. perhatikan juga review tempat tersebut, masa buka/tutup, masa terbaik untuk lawat dan tiket untuk masuk,jika ada.

dengan melalukan semua ini, sebenarnya anda telah bercuti walaupun cuti anda belum di approved.
jadi, selamat merancang!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: