anwar nak kena tangkap kes liwat (lagi); ezam saksi utama

anwar akan ditangkap sekali lagi, dan ini akan membuka ruang untuk anarki subur. ya, kamu boleh terus tekan rakyat! kamu akan lihat rakyat diam dan patuh, tapi sebenarnya dibawah sekam itu ada api yang membara yang akan merobek2 kamu bila tiba masanya.

tapi tunggu! sebelum revolusi bermula, dan sebelum pasukan gerak khas merempuh masuk ke dalam Hotel Quality Shah Alam, mari kita bermain dulu. permainan ini diajar oleh encik grissom kepadaku. dah sedia? senyum…..

mula-mula kita kumpul maklumat yang kita ada, dalam kes ini misalnya kita kena tahu latarbelakang yang terlibat, dan latarbelakang kisah. mula-mula kita kenal anwar. mamat ni memang dah kena tuduh liwat dah banyak kali. secara peribadi, aku dah jumpa ramai ahli Umno yang bersumpah yang kawan dia kata, ada kawan pernah tengok anwar ni dating dengan lelaki jambu. tapi antara yang mengaku diliwat dalam kes 98 ialah dr munawar dan driver dia yang kedua-duanya tak hensem dan jambu. sukma? aku tak nak kata dia jambu kerana itu akan menimbulkan fitnah kepada aku pulak. hehe.

teruskan permainan.
siapa pula si shaiful bahari ini? jeng jeng jeng~ sahabat2 aku panggil dia ni ‘musang berbulu ayam’. dulu saiful ni orang kuat najib, berbaju batik ke sana- sini. memang Umno totok la. tapi hasil jasa baik rahimi, dia di bawa masuk ke dalam pejabat DSAI, setelah mengaku bertaubat nasuha dan keluar Umno. ini antara link yang kena baca untuk mengetahui latarbelakang rahimi dan saiful, lihat juga tarikh entri ini ditulis.
musang berbulu ketiak satu
musang berbulu ketiak dua
dan musang berbulu ayam (2) disini

ada beberapa profil lagi yang kita kena kenali seperti musa hassan dan gani patail. selain dari tugas rasmi mereka, kita juga jangan lupa bertapa mereka gagal untuk menanam bukti dan mensabitkan kesalahan anwar dalam kes liwat 98. ini mungkin peluang kedua. ini mungkin vandetta!

bersedia untuk teruskan permainan? ok, cukup dengan biodata pelakon. mari kita tengok situasi dan latar belakang kejadian.

selepas tsunami 8 mac, kelemahan paklah kian ketara. ini diikuti dengan beberapa langkah yang beliau ambil yang tidak popular seperti menaikkan harga minyak dan mengenakan tekanan kepada negeri2 yang di’buka’ oleh pakatan. disaat ini, musuh PM dimana-mana, baik diluar UMNO (baca Anwar) mahupun dari dalam UMNO (terlalu panjang untuk disenaraikan). tahta yang dipegang oleh beliau mungkin dirampas bila-bila masa malah, parti yang beliau terajui juga mungkin hilang kuasa pemerintahan. orang putih istilahkan situasi ini sebagai ‘deep shit’.

tapi bukan buntut paklah sahaja yang panas, buntutt rosma yang besar itu juga panas . (tak percaya, pergi la rasa. auw!) rosma dan najib dituduh dengan akuan bersumpah oleh raja petra terlibat secara terus dalam pembunuhan altantuya. kes ini telah menjadi hangat sehingga najib dan paklah terpaksa memberi respon kepada media.

anwar- harapan baru untuk malaysia. beliau dilihat satu-satunya insan yang layak dalam untuk menerajui Malaysia dan menyelamatkan Malaysia dari terus rebah. sokongan anwar semakin hari semakin meningkat. walaupun media arus perdana tanpa henti menyerang beliau dan pakatan dengan fitnah dan gagal memberi akses untuk beliau jawab tohmahan itu, anwar terus bertahan dengan gelaran beliau, PM in waiting.

kini, satu laporan polis telah dibuat keatas Anwar, menuduh beliau meliwat saiful.

membina konklusi sendiri

1) anwar mungkin benar2 peliwat, kerana tuduhan liwat adalah tuduhan yang berat, tak mudah untuk bagi orang percaya dengan tuduhan ini maka bodoh lah musa hassan dan gani patail untuk meneruskan tuduhan ini melainkan dengan bukti2 yang maha kuat.
2) usaha menjatuhkan anwar oleh paklah untuk mengekalkan kuasanya. siapa sangka paklah sanggup buat macam ni? tapi siapa sangka dia akan bubar parlimen (sebelum itu menafikannya) dan naikkan harga minyak setinggi 70 sen?
3) ini bom asap! semua ini hanya untuk mengalihkan perhatian dari kes rosma dan najib. perlu diingat, saiful sangat rapat dengan najib sebelum ini. perhatian rakyat akan berubah dari kes buntut panas rosmah kepada kes anwar akan ditangkap.

permainan diteruskan..

selain dari mencari bukti untuk menuduh, kita juga boleh mencari bukti untuk menafikan. misalnya, setelah 10 tahun kes liwat anwar, sehingga kini tiada seorang pun yang bangkit dan kata, “ya, saya di liwat dan ini buktinya”. yang ada cuma insan2 yang terus membuat laporan polis mengatakan beliau diliwat. kenapa pergi terus kepada polis? kenapa polis dahulu? dan pattern ini terus sehingga kes yang terbaru ini.

kita juga boleh tanya kepada saudara ezam mat noor. beliau pernah rapat dengan anwar dan kini menyerang anwar. beliau boleh membuat sumpah yang dia yang anwar ini memang kaki bontot. dia boleh memberi bukti. dia juga mungkin boleh mengaku dia juga pernah di buntuti anwar. bagi aku, ezam adalah saksi nombor satu dalam kes ini.

permainan ini belum berakhir. grissom pernah berkata, “menjadi liberal ialah menjadi jujur”. setiap bukti yang akan datang haruslah dilihat secara keseluruhan. ini politik, bukan CSI. semua kemungkinan perlu diambil kira sebelum meletakkan buah catur.

rakyat dah bosan melihat polis, bpr dan badan kehakiman menjadi alat untuk meneruskan tekanan terhadap rakyat. cukuplah tu, mari kita bebas.

65 Responses to anwar nak kena tangkap kes liwat (lagi); ezam saksi utama

  1. cikgurahim berkata:

    Budaya ini menuduh liwat ini satu budaya yang sangat buruk.

    Ia bertentangan dengan akhlak Islam.

    Tapi, demi politik, orang Melayu tidak lagi peduli hukum agama.

  2. ezam kalau nak glemer, patutnya dia buat report kena liwat gak..

  3. atzmand berkata:

    salam.
    sdra.. tindak tanduk ezam-khairy-najib-paklah-AG-IGP-SPR dah lama diperhatikan.
    celakahlah ke atas mereka ini.

  4. alisabki berkata:

    ezam ni jambu apa pulak?

  5. petisuara berkata:

    Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang, kalau kera yang goyang mesti nampak keranya. kalau dah kaki bontoti tu memang tak boleh tinggal!!!!!!!!!! macam anjing busuk-busuk taik dicium jugak. Jangan-jangan main belakang , jangan-jangan main belakang, jangan-jangan main belakang, jangan-jangan main belakang, busuk taik tu oiii —-ayatmu ayat sekerat ayatmu tak cukup sifat ayatmu boleh!!!!!!!!!!!!!! buat orang sesat. Hidup rakyat yang berakal

  6. Fauzi ahmad berkata:

    di ahirat neraka kepada yg fitnah

  7. bumilangit berkata:

    nampak tak beza petisuara dan bloggers lain yg komen entri ini? dia saja yg sembunyikan url blog / identitinya. ini contoh manusia penakut. baling batu sembunyi tangan. kalau ikutkan hati aku, nak je aku padam komen ko. rakyat berakal konon. telur pun takde nak ckp pasal akal.

    ali,
    ezam bukan jambu, tp jamban.

    cikgu rahim,
    sejak bila pulak umno ini peluk islam?

  8. qar berkata:

    bagaimana kalau benar,…….bagaimana kalau hanya mainan……patutkah membabitkan diri….siapa dan bagaimana nak dirikan kebenaran….solatkan hajat pada Nya….

  9. bumilangit berkata:

    yup.

    berdasarkan bukti2 yang ada, saya yakin saiful ini pengintip dan pemfitnah. semoga Allah bersihkan nama Anwar, orang yang dizalimi

  10. Mat Sibu berkata:

    Saudaraku,
    Mari kita undur sebentar. Ingat lagi pada dakwaan penyalak PAS yang agung – Mat Sabu? Dialah yang menyebarkan fitnah (jika fitnah) bahawa DSAI peliwat. Ketika itu semua ulama PAS berdiam diri (malah mungkin mengiyakan sebaran Mat Sabu itu).

    Ingat tak kaset-kaset yang dijual oleh PAS di mana-mana majlis ceramah politik mereka? Ingat tak lagi pada gelaran Pak Syeikh Al-Juburi? Anwar Al-Juburi dan macam-macam lagi tu..?

    Siapa pemfitnah sebenarnya? Siapa munafik? Siapa peliwat? Cuba selidiki warga penjara di mana DSAI ditahan dahulu. Apa komentar mereka?

  11. Jamaludin mdisa berkata:

    saya langsung tidak mempercayai tuduhan terhadap anwar yang terbaru ini. Ujian allah terhadap anwar ckup besar sekali. semuannya itu akan mengalih kes rosmah dalam altantuya dan usaha-usaha undi tidak percaya pada 16 september ini.

  12. […] Melihat dari satu aspek, Saiful ialah mantan Timbalan Presiden (1) MPP Uniten. Maklumat diberitahu bahawa beliau adalah pembantu kepada Anwar Ibrahim. Jadinya, dari satu aspek bahawa si Saiful ini telah diliwat oleh Anwar mungkin boleh dibuat cerita. Akan tetapi, menurut seorang blogger (rakan kepada Saiful) diblognya (klik disini) bahawa Saiful berkawan rapat dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak. Dan sumber lain pula memberitahu bahawa si Saiful ini memang orang Najib (klik disini). […]

  13. suri rumah berkata:

    Nak tengok pecacai BN bt apa lak lepas ni. Inilah warisan budaya tinggalan Tun Mamak tu, kalau Tun mamak ni tak tobat lagi, nak tengok mulut dia herot sampai nak minum air pun terjejer keluar kut mulut.

  14. Dee berkata:

    kita jangan lah nak porak peranda negara kita ini bukan tugas kita. Kerja POLIS. Polis keja dia ambil lapuran dan buat tindakan kalau tak buat u kata polis tak buat kerja jangan kita nak peningkan kepala kita. Sekarang ni kalau kena tangkap u kata ni GAME. Kalau jatuh hukum Hakim kena beli, buat apa pun tak betul. Kita jangan lah merosakkan kerja polis dan badan kehakiman negara kita.
    Polis kita ni Terbaik dlm Dunia. Sekarang ni kita Fikir macam mana kita nak naik martabat Islam dan Negara kita dan keluarga kita. Kita Fikir nak naikkan pendapatan kita. Dalam dunia yang mencabar ni.

  15. Mmmmmm berkata:

    Semua senario ini akan selesai dan padam!….kalau PakLah istihar Najib ambil alih kuasa esok. Mahathir pun dah letih tunggu bila gaknya Paklah nak istihar Najib. Bimbang jugak dia kalau-kalau Nuar tu buat upset!! Lu pikir-pikir laa Nabil!

  16. siap ada gmbar die dengan tunang lagi..cun woo tunang die…perhhh

  17. Mmmmmm berkata:

    baru nak belajar main catur!

  18. fer berkata:

    jon, my man. came across your blog while surfing about anwar. recognize ko bila aku tengok gmbr atas batu tuh.. haha small world. all baseless and bullshit allegation against your Brother Anwar Bin Ibrahim (haha, jgn marah bro nanti kene jual)

    even I am not agree with some of anwar policies, but this is too much la kan… and this mamat saiful pon xde credibility, WTF man, 23 year old berani wat camni? Rasa cam tua plak… haha I had lots of fun when I was 23.

    how’s family?

  19. Mmmmmm berkata:

    Tiga tahun yang lalu ada juga seorang lelaki yang ‘lelaki’ sanggup jadi bini no.2 atau 3 saya! …walaupun saya dah cakap ada bini (perempuan). Saya dah masuk warga emas, tak tau camana si dia ni giler habis kat saya.

    Yang saya heran ni pasal diri saya sendiri. Tah bila le saya boleh syok tengok buntut lelaki tuh?!!

  20. mams berkata:

    kepada Mat Sibu,

    Cerita lama, yg telah diperkatakan dan dibahaskan byk kali

    Mat Sabu menggesa Anwar pada masa itu untuk membersihkan namanya, sepertimana Najib digesa untuk membersihkan namanya dari penglibatan isterinya dalam pembunuhan altantunya.

    Adakah kerana ada gesaan ini, maka penggesa menjadi pemfitnah atau yang digesa memang terbukti benar dengan tuduhan?

    Jangan lah jadi bodoh sangat

  21. (bumilangit mengapprove tulisan ini hanya kerana aku percaya kepada kebebasan bersuara islami, namun aku perlu menegaskan, aku tak suka cara ZA nasier ni cakap. jangan terlalu ghairah kawan, nanti makan diri)

    Asalamualaikum sahabat mahasiswa dan mahasiswi serta Maha-Maha yang lain termasuklah Mahathir Mohamed…

    Apa ada dengan kita? tanya diri ANDA. Cuba ANDA bayangkan sekiranya ANDA tiada kelulusan akademik adakah ANDA layak memimpin masyarakat? Betul kata Saiful Bukhari Azlan As-Sodomi itu. Beliau meletak jawatan kerana malas belajar dan asyik sibuk dengan urusan tak sepatutnya… Orang macam beliau sepatutnya dijadikan alat oleh orang pandai di BN untuk menumbangkan Insan Hebat seperti DSAI. Semua ini kerana wang! Dahlah belajar malas dan tiada duit. Tidak sedar menjadi anak yatim malahan perangai buruk macam beruk. Kita kirimkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah ibunda beliau. Kesian ibunda beliau meronta dan kalau boleh nak ajer dibunuh masa kecil. Sanggup disodom atau senang cerita sanggup menceritakan kepada seluruh 23 juta rakyat Malaysia bahawa beliau disodom!

    Sudahlah miskin dan menjatuhkan maruah sendiri demi janji kekayaan oleh orang bijak seperti BN. Kenapa tidak meletakkan pengakuan menteri atau YB mengaku disodom. Sudahlah budak Saiful tu bodoh dan diperbodohkan lagi….

    Saya berharap mahasiswa dan mahasiswi Melayu tidak kira dari UNITEN, UIA atau mana-mana Universiti sedar kepentingan akal dan otak. Belajar pandai-pandai supaya jangan dibodohkan demi kerana wang ringgit. Jangan gadai maruah orang Melayu…

    Insyallah saya doakan kawan-kawan di dalam blog ini berjaya dan bukan seperti bekas Tim. Presiden MPP UNITEN yang bodoh lagi baghal dan sekarang menderita sakit jubur disebabkan diakui disodom. Semoga Allah akan memberikan sakit buasir kepada mana-mana lelaki yang memfitnah orang lain meliwat. Amin Ya Rabbal Alamin.

  22. bumilangit berkata:

    dee, nak suruh rakyat percaya kepada polis? polis yang mana? polis yang angkut tilam(yang ada air mani) ke sana sini dari pangsapuri yang belum siap? polis yang itu? atau kepada polis yang bertoleransi dengan menantu PM masa merempuh FRU masa buat demo tapi menyembur air asid bila rakyat biasa buat perhimpunan aman. yang mana satu?

    nak percaya hakim yang mana? correct?

    kamu pula suruh aku jaga perut sendiri. buta perut punya manusia! sebab manusia yang pentingkan diri sendiri macam kamulah kota melaka runtuh, al aqsa tergadai dan maruah umat sekarang dipijak. cintalah kamu dengan dunia kamu dan takutlah kamu dengan mati.

    fer, hahahahaha!! aku ok, family pon ok. cuma penat sikit la lately. ko ok? bab polisi tu jangan risau, tak puas hati, kita sound je anwar ni dengan hujah yang baik. hes a very reasonable man

  23. realdestina berkata:

    sahabat2 sekalian, marilah kita sama2 membuat solat hajat agar kita tahu akan kebenarannya. demi DSAI kita doakan mudahan Allah SWT mengalihkan fitnah ini kembali kepada sesiapa saja yg menimbulkan hal ini walaupun si Saiful ini dan sekutunya. Amin.
    Kita lihat nanti akan kebenarannya.

  24. ibu berkata:

    Saya dah hilang kata-kata bila mendengar tuduhan ini.Org macam inikah nak kita lantik sebagai pemimpin?Memfitnah sesuka hati,mengaibkan org.Saya rasa cikgu agama di sekolah perlu menekankan kpd murid perkara seperti mengumpat,memfitnah itu lebih besar dosanya drp membunuh.Kena beritahu tiap-tiap hari supaya dapat melahirkan pemimpin yg berakhlak mulia,bukannya seperti yg kita lihat sekarang.Umur masih muda,sayangnya terjebak dlm kancah yg tidak sihat.Sebagai ibu-bapa saya juga sering menekankan perkara ini pada anak-anak saya yg masih kecil.Biarlah kalau anak kita tidak sebijak anak orang lain tetapi mempunyai akhlak yg baik kerana mereka adalah saham kita di akhirat nanti.Nasihat saya janganlah dikejar sangat dunia ini.Ingatlah kehidupan yg abadi di sana nanti.Kalau kita taksub sangat dgn dunia ini, inilah akibatnya.Sakit hati,hasad dengki,dendam memakan diri.

  25. mimi berkata:

    saya rasa anwar sendiri yang berkomplot untuk dituduh meliwat lagi. ini dibuat untuk meraih simpati rakyat keatasnya.. saya rasa kesian dengan anwar sanggup buat publisiti murahan (liwat) untuk jadi pm. orang begini memang tidak layak

  26. petisuara berkata:

    Apaler kamu semua nie nak pening-pening memikir masaalah DSAI nie. Soalan saya kenapa bukan DSAI yang buat sidang akhbar? Kenapa nak suruh budak lain yang buat kenyataan? dan satu lagi Kenapa tak suruh DSAI buat pengakuan bersumpah junjung A-Quran didalam Masjid Negara? Kalau berani suruh DSAI angkat sumpah junjung Al-Quran di dalam Masjid Negara…. Berani ke? Berani Ke? Dari kes 1998 lagi dia tak berani buat. buat, buat, buat, Lepas kalau masih TAK BERANI kamu semua kena pikir 10 kali untuk menyokong dan membela dia.

  27. pemerhati berkata:

    PAS & PKR, buat solat hajat mohon bantuan Allah…

  28. bumilangit berkata:

    peti suara,

    anwar dah bersumpah masa 1998. tlg chk balik.

    kenapa nak suruh anwar sendiri buat PC? apa bezanya?

    mimi,
    alunan kata awak hanya gema KJ. saya tak terkejut jika anda cybertrooper.
    tuduh anwar suruh saiful buat polis statement utk raih publisiti sama saja dengan tuduh Tun mahathir yang kata anwar tumbuk matanya sendiri- simply stupid, and proven stupid.

    kepada encik-encik cybertrooper upahan, letak la link ke blog anda agar dapat kami melawat. tu pun kalau anda berani… lalalalalal 🙂

  29. piyooot berkata:

    Askum,
    Saudara2ku. Kekadang kita kena memikirkan segala kemungkinan permainan yg tgh hangat diperkatakan.

    1. kesan kpd DSAI

    Jika terbukti beliau melakukannya..kita akan tahu juga suatu hari kelak. Jika ini adalah konspirasi..bermakna undi ditangan kita…kita yg akan tentukan sedikit masa lagi.

    2. kesan kepada Kerajaan

    Kerajaan sepatutnya mencari bukti sedalam-dalamnya dan bukan hanya seperti mana yang telah dan pernah dilakukan. Jika kerajaan gagal..bermakna..DI MANA Letaknya nilai dan keberkesanan Institusi undang2 kita. Maksudnya disini, pihak kerajaan mesti telus! dalam menangani isu ini.

    Akhir sekali, sebagai rakyat kita haruslah melihat diri kita sendiri terlebih dahulu. lumrah manusia lebih suka kepada perkara buruk (mengata & memfitnah) daripada mengatakan yang baik. Walaupun berada dalam negara yang dalam SITUASI POLITIK YANG TENANG TETAPI TIDAK MENENTU, sekurang-kurangnya kita masih lagi dapat hidup dengan rutin harian kita. INGAT…UNDI ditangan kita…!

    • Tokku berkata:

      Semuanya asyik bertelagah..tokku rasa x perlu bahaslah yg perlu fikir kemana masa depan kita nanti..tokku rasa bagi balance sikit kita bagi peluang ubah pemerintah baru dapat tahu salah-silapnya..kalau betul kita ubah lagi..jgn bagi satu pihak terlalu lama di tampuk..baru ada check & balance.Kita di suap dengan isu untuk menutup isu sebanar.Berfikirlah..jgn terlalu berpartian sehingga x nampak segala kebejatan.Saperti PKFZ 2400juta .. kalau dikira berapa rumah rakyat miskin boleh dibina..berapa pelajar boleh dibiayaai..berapa banyak subsidi boleh bagi.Tu belum lagi Bank Bumiputra,Perwaja dll lagi.Janji kertas putih tapi kertas lusoh pun x keluar..mereka lepas begitu saja.Kes- besar-besar anak bilis juga jadi mangsa.Usah dikira partimana yg xbetul tu x betul jugak.

  30. man79 berkata:

    kuatkan semangat……tabahkan hati…….kebenaran akan tiba jua….takbir

  31. rastom berkata:

    Kerja Raja Sisyphus akan berterusan hingga kiamat. Sisyphus Melayu bakal terhempap dan dikafankan tidak lama lagi.

  32. azmanfikri berkata:

    Insyallah……paling lewat pun 4 tahun lg, Bodowi,Najis n kuncu2nya akan tumbang dan akan dipijak oleh rakyat malaysia. Aminnnnn………..

  33. penantian berkata:

    kita sama sama tengok apa nasib PAK LAH lepas dias turun darjat,.. adakah dia akan jadi pak imam di mana mana masjid ~ imam islam hadhari konon,.. sape nak jadi makmur dia… pi le mengekor bontot dia tu….

  34. mata7681 berkata:

    siasat dulu..

  35. ummu berkata:

    mimi
    anwar hebat.dia tidak perlu orang seperti anda meluahkan simpati atau rasa kesian.kesianlah pada diri anda sendiri yang mempunyai pemikiran yang sebegitu dangkal.

  36. Pertama saya nak katakan di sini bahawa saya bersyukur menjadi seorang yang beriman kepada ALLAH SWT. Saya belajar Asas dan Lanjutan Pengetahuan Islam di JPM kemudian melanjutan pelajaran 4 Thanawi di PERKIM, saya sempat belajar dengan Prof. Tan Sri Dr. Abdul Jalil Hassan dalam bidang tafsir dan pernah menjawat jawatan sebagai pegawai dakwah di JPM 1993 – 1999. Dengan ini saya bercakap adalah berdasarkan Ilmu. Tuduhan pada Anwar pada 1998 oleh Mahadhir cukup memberi pengaruh kesihatan saya kerana benar-benar TIDAK percaya bahawa Anwar seorang peliwat. Saya ingin menolong Anwar sebagai pihak yang dizalimi dan ingin menolong Mahadhir sebagai penzalim, (rujuk Hadis mengenai ini) namun saya hanyalah seorang yang tidak punya apa-apa, maka saya amat kecewa dengan keadaan pemimpin seperti ini. Percayalah, kekecewaan yang melampau akan menjejaskan immune system badan. Ingin saja aku lari dari negara ini. Tapi mana boleh! Ini negaraku bahkan kaumku menjadi pemangkin pembentukan Negara Malaysia pada 1963. UMNO tak mengenang budi, apa salahnya kami dimasukkan dalam perlembagaan sebagai satu daripada Bangsa Melayu. Tapi itu tak apa, saya bukannya nak UMNO. UMNO dah seperti rumah setingan, maka saya pun dah lama dah tinggalkan rumah setingan sejak 1998. Dengan berbuat macam ni, saya fikir boleh menolong orang yang dizalimi dengan si penzalim. PR! Kemunculanmu adalah lebih releven dengan rakyat Malaysia. Hidup Anwar! Reformasi. Reformasi. Reformasi. Anjuranku: seluruh rakyat beriman kepada Allah sujudlah mohon petunjuk kepadaNya diatas tuduhan terbaru pada Anwar kesayangan seluruh rakyat Malaysia. Anwar Hero Melayu di Dunia. adakah Anwar mangsa seperti Tun Perak? kita fikirlah….. sekian.

  37. anakbangsa berkata:

    bumulangit…..
    jangan dilayan orang-orang yang menyokong kemungkaran.
    mereka dah tahu kebenaran DSAI dalam kes yang lalu, tapi masih nak menyokong kemungkaran pihak-pihak tertentu….
    Ini menunjukkan mereka masih suka dipimpin oleh orang-orang yang tidak bertamadun.

  38. Pembunuh Melayu UMNO berkata:

    aku ada jalan mudah nak selesaikan masalah politik negara nie. Belikan aku 50 laras sniper aku buat team sniper then operasi UMNO-X antar la pakai DHL. bengang betol aku ngan orang orang BN+UMNO padahal dulu aku orang kuat UMNO tapi sejak Mahathir tu aniaya anwar aku dah bengang giler. Aku jump sokong PKR. Pastu skang mahathir mengaku dia humban anwar dalam penjara bukanya pasal liwat. Lagi lah celaka napa jahat sangat politik nie. Rasanya nak email jer kat bush mintak tolong skit takyah ko serang Iran tu serang Malaysia jer lagi baik baru diaorang sedar.

    Kasi eliminate Malaysia nie jadi padang jarak padang terkukur.
    Malaysia takder ker pro-Assassinate ker bengang giler tul ngan UMNO nie

  39. harizamrry berkata:

    be end suck..!!!

  40. REU berkata:

    reformasi!!!

  41. petisuara berkata:

    Aku tak tahu la kenapa korang taksup sangat ngan Anwar nie. Ngapa gambar @ Rakaman Anwar Junjung Al-Quran dalam Masjid Negara tak ada dalam U-tube jenuh aku cari yang aku jumpe anwar tengah berjoget dengan pompuan. Korang ahli PKR kan handal-handal takan tak ada buat rakaman. Aku dah tawar hati dah ngan PAS bila ada PR, nak masuk UMNO banyak songeh plak. rasa mcam nak buat parti sendiri CAP KUNCI SOLEX ok tak? Dalam cerita nie aku rasa macam sama-sama buat fitnah. Orang PKR kata Anwar difitnah meliwat, orang UMNO plak kata Najib difitnah ada kaitan ngan awek moggolia tu. jadi sama-sama memfitnah korang sama je. ngan Kerajaan aku tension gak minyak baru isi semalam RM 30 dah dah kena isi lagi petang nie. Berbalik kepada Anwar nie hero melayu konon apa yang Anwar dah buat kan orang melayu, Apa bantuan Anwar kat bangsa Melayu, Apa bantuan PKR kat bangsa Melayu yang aku tahu HADIAH PALING ISTIMEWA PKR KAT ORANG MELAYU KAT SELANGOR ADALAH KANDANG BABI TERCANGGIH DIDUNIA, pastu MB di plak cakap babi yang diternak kat selangor tu untuk pasaran domestik sahaja. sedapnya orang selangor makan babi haahaaaaaa. Cuba bagi tau aku apa jasa Anwar kat bangsa Melayu ??? kat Malaysia
    Melainkan jasa sepatut yang jadi Hero Anwar adalah orang keadilan yang bersusah payah membuat demontrasi untuk membela Anwar. Itu orang-orang yang sepatutnya dikata Hero!!!!! Bukan Hero melayu tetapi Hero Anwar yang bersusah payah membela Anwar, menegakkan Keadilan untuk Anwar. Anwar dah susuh baru pandang korang, Masa dia senang dulu, masa dia jadi menteri kewangan dulu korang ada dapat kontrak ke dari Anwar, Ada dapat lesen ke dari Anwar berapa banyak rumah fakir miskin yang ada kat Malaysia nie yang Anwar dah tolong!!!!bagi lah bukti shahihhhh apa jasa Anwar kat bangsa Melayu,,,,,!!!!!!! Aku celik dan nampak korang tak nampak ke? Korang nie tahu membaca pun jasa sapa, korang pegi sekolah tu jasa sapa ? Korang dapat masuk Universiti tu jasa sapa Anwar keee? bodoh lakome ha kan aku emosional !!! Kalau PAS aku nampak dia nak menegakkan Islam. Tapi PKR nie dan Anwar nie nak tegakan apa haaah aku takut bila dah tegak nanti bontot korang sakit!!!!!!! Muhaaahaaa Takbir!!!!!Allahhuakbar Hidup Melayu!!!!!

  42. petisuara berkata:

    Aku nak tambah sikit cerita masa tahu 1999 dulu aku pun ekstrem kat Anwar nie tapi sekarang nie aku teringat kat Cikgu Megat Aku masa tingkat 6 dulu kata ” Alaaaa korang tak pecaya sebab tak kena pada bontot mak korang, adik korang, abang korang, pak cik korang, mak cik korang, kawan-kawan korang, lagi tak kena kata botot korang, kalau dah bersepai baru korang tau.” kata cikgu aku tapi tak la maksud aku pecaya sebab dah dah kena kat aku plak tapi dah 2 kali tuduh takan korang tak terpikir tu aku kata : suruh DSAI buat angkat sumpah Kat Masjid Negara lepas tu masukkan kat U-Tube plak jangan suruh anak hindraf tu pulak yang wakilkan dia.

  43. bumilangit berkata:

    peti suara,

    awak ada cakap Allahuakbar, boleh saya tanya satu soalan? awak ni muslim ke? kenapa cara awak cakap tak mencerminkan keislaman awak pun?

    pada hemat saya, ada ramai lagi penyokong hindraf yang lebih bersopan santun dari awak.

  44. piyooot berkata:

    askum,

    saudara-saudara ku,
    melihat pelbagai komen dan hentam menghentam..saya terasa sedih melihat kalian masing-masing memperjuangkan agenda politik (sokongan pada org tertentu) yang kita sendiri tahu tiada kesudahannya. Ingatlah…POLITIK ITU PENUH DENGAN STRATEGI dan tidak dapat dipisahkan dengan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. Namun tidaj semuanya begitu. Fikirkanlah.

    Saudara2 ku,
    Sekiranya pihak ISRAEL terbaca ruangan ini (bagi yg tahu B Melayu) alangkah gembiranya mereka melihat rakyat di negara ini khususnya org islam tidak sebulu dan bersengketa sesama sendiri. Setujukah anda dengan kenyataan ini” SEMUA INI ADALAH AGENDA TERANCANG ” oleh pihak ISRAEL & AS utk menakluki negara tercinta ini. Siapa yang digunakan…terserah kepada akal yang waras yang mana tidak dikongkongi oleh idealogi politik masing2. Berfikirlah secara jujur. InsyaAllah kejayaan menegakkan Agama dan Bangsa akan lahir dan kita harus mempertahankan nikmat yang ada pada hari ini.

  45. Amad Razlan berkata:

    liwat, dasyat. aku takde pengalaman diliwat tapi aku pnah tgk mangsa liwat. tak bleh jalan seminggu tu.. duduk takleh.. sebab otot di bahagian tu koyak.

    aku pun kenal jugak pak grissom tu. kite kene tgk jugak secara psikologi, kalo anda diliwat, korang nak ke gi repot polis.. gilo apo? kalau rogol yes.. liwat? ish ish ish..

    spt yg tuan inspektor penulis berkata..dlm hal ni kene ‘liberal’. ya benarr. boleh jadi DSAI peliwat boleh jadi tidak. tapi. apa kene mengene laa liwat ke tak liwat ke dgn status politik die skarang? bersepah je menteri lain yg bermain main jongkang jongkit dan piston meletus dgn perempuan2 bukan muhrim. kenapa tak dilucutkan jawatan mereka tu semua?

    dlm keadaan skarang ni, hampir semua yg diatas sedang merebut takhta PM dan TPM. semua mengcounter attack competitor masing2. tapi malangye kesemuanya mempunyai tukang piir/ KSU / intelligence yg tak laa brape intelligent sgt pun.

    aku sgt berharap ade laa calon lain. Anwar hanyalah lantang dari mulutnya. tapi die bukan seorang analythical thinker. satu fakta boleh digoreng dgn pitching suarenye sampai insan2 telinga capang percaya dan jatuh hati dkt sorenye yg ala ala mick jagger.

    Pak Lah, kemelut di muara antara KSU dan menantu. KSU die sumer dah laa sengal, kurang bijak. pak lah pun bukan analythical thinker. ambek satu fakta, dan terbalikkan yg lain. gali lobang tutup lobang. amek hati org kampung , org bandar semuanye di susahkan. hampir semua perancangan malaysia menguntungkan kaum kerabat nye.

    hari hari bukak tv crite politik yg tipu. kite tgk pun kite tau tipu. tapi kadang2 rase nak tgk gak benda2 lagha ni. tapi nanti kalo byk sgt dgr dan terikut, rosak lah pendengaran aku dgn penipuan. rosak lah mata aku tercemar dgn benda2 ni. yang boleh menjatuhkan kaum itu adalah kaum itu sendiri.

    Kesimpulannye, aku lebih suke menegakkan agama Islam daripada bangsa Melayu. payung yg paling besar, yg takde masalah dgn bangsa, dgn politik, dgn pecah amanah. : Anna Muslim:

  46. aslaksamana berkata:

    kembalilah kepada agama ..kembalilah kepada allah..sesungguhnya pada allah lah tempat orang mukmin berserah diri.renung2kan lah kita semua.takde guna pikir benda yang kita pun x tau.yang menulis blog ni pun x tau yang mana betul kecualilah mendapat khabar dari langit..Wallahuaklam.

  47. bumilangit berkata:

    aslaksmana,

    teringat saya kepada kata2 syeikh ahmad deedat dalam satu acara debatnya, “antara benda yang manusia paling benci ialah benda yang perlu dia pikir”. bagi aku, tak salah nak pikir benda yang kita tak tahu selagi bukan perkara ghaib yang Allah dah sebut dalam Quran. lagi satu, aku tak dapat wahyu dari langit. 😛

    anna muslim,

    kamu juga anak murid grissom? menarik.. tapi saya harap sdr rak terkeliru dgn kata liberal tu. maksud saya hanya bebas dan tak berpihak. kita juga jangan percaya sgt yang anwar ni. kita perlu terus kritikal terhadap beliau, cuma bagi saya menuduh anwar sebagai peliwat tu agak melampau.

    tapi humes(?) pernah kata, “arang kalau dibuang dalam longgok api, tak semestinya akan terbakar”

    hahahahahah….

  48. wajib berkata:

    aku tak kisar kalau anwar membontot si saiful tu. kalau dah hobi dia membontot nak buat camne ye tak. aku hobi mancing. skali skala aku komen jugak kat laman blog tuk buang karan. KOMEN AKU, korang kata SI ANU TU PEMFITNAH. SI ANU TU MEMFITNAH SI NUAR. yang korang tu, tuduh orang lain tu, tu DOLAH, tuduh PAK MAHA tu, bukan memfitnah ke namanya??.. korang ada bukti sahih ke untuk semua yang korang FITNAHKAN NI???… sesat dah korang ni. jangan mempergunakan agama dan Tuhan untuk kepentingan peribadi. tak salah aku orang yang macam ni le yang paling di laknat tuhan. Aku cukup tak suka pada yang cerita benda benda kotor dan jijik sambil sebut-sebut nama Tuhan. aku tengok pada semua yang kata beriman dan asyik sebut nama Tuhan, ada motif tersendiri, sebut nama tuhan lepas tu kata pihak ni betul dan pihak tu salah. kalau agama takat ujung telunjuk, jangan nak dabik dada. kalau nak komen perkara-perkara seumpama ni, JANGAN BAWAK2 NAMA TUHAN. NAMA TU HANYA LAYAK BERADA DALAM KITAB DAN BUKAN DALAM BLOG YANG PENUH DENGAN KEKOTORAN.

  49. bumilangit berkata:

    wajib, anda adalah satu contoh sekularis yang mana Tuhan hanya ada (pada mata anda) di surau, masjid, gereja atau kuil.

    saya tak berkongsi pandangan yang sama dengan anda.

  50. Abang Abd. Majid berkata:

    Pertama kali mungkin konspirasi tapi kali kedua mungkin inspirasi.

  51. petisuara berkata:

    Aku tak setuju betui dengan pembunuh Melayu UMNO nie. yang dia marahkan UMNO, tapi suruh Amerika serang Malaysia, Tak guna punya manusia. Habistu orang yang bukan ahli UMNO nie Macam mana kao tak de sedara mara ke, ko nie yang eloknya ditembak dengan senapang tahu!!!!!! Dasar rakyat Malaysia tak tahu bersyukur dengan nikmat tuhan. Kao hidup susah sangat ke kat Malaysia nie ha kalau rasa tak suka kat Malaysia pergi ler keluar Malaysia takyah jauh-jauh pegi kat selatan Thai tu ko rasa la macam mana peluru melayang kat atas kepala. Kalau anak ko yang umur 3-6 tahun tu tahu ko tulis cam nie mesti dia maki ko kaw-kaw punya. dasar manusia tak berguna, ngapa la ko jadi manusia baik ko jadi katak umpan pancing!!!!!!!!!

  52. petisuara berkata:

    Ha kan Amerika dah bagi amaran kat Malaysia!!!!! Anwar nie agen Amerika tahu tak? Korang semua tahu tak kalau Amerika hantar satu peluru kat semenanjung nie hancur satu Malaysia nie tau. Nampak gayanya Amerika fahan cakap Pembunuh Melayu UMNO nie. Aku nak tanya korang sanggup ke perang hanya kerana Bangsat Anwar Ibrahim nie. Sanggup ke mati untuk Anwar? sanggup ke cedera parah untuk Anwar? Sanggup ke biar mak korang mati untuk Anwar? Sanggup ke biar bini mati untuk Anwar ? Sanggup ke bapak korang mati untuk Anwar ? Sanggup ke anak korang mampus untuk Anwar? sangup ke Adik beradik korang mati untuk Anwar? sangup ke sedara-mara korang mati untuk Anwar ? sangup ke kawan-kawan korang mampus untuk Anwar ? sanggup kah korang kalau korang terpaksa korban 27 juta rakyat Malaysia untuk satu bangsat yang bernama Anwar b Ibrahim. Aku tanya sanggupkah Anwar berkorban untuk korang??????????????????? korang tau tak kalau perang Anwar b Ibrahim tu tak duduk kat sini dia banyak duit dia boleh terbang kat mana yang dia nak. orang yang tinggal nie macam mana aku, engkorang keluarga kita kawan-kawan kita macam mana .. kalau macam nie baik suruh Anwar berkorban untuk kita kan kan korang kata dia Hero melayu ? masih tak pun dia sanggup junjung Al-Quran kata dia tak bersalah. Hidup Melayu !!!!!!!!!! Anwar bangsat pergi mampus ko!!!!! bior ler terbakor panah di petir!!!!!!!!

  53. Saya melihat orang-orang penyokong kemungkaran ni seperti mentaliti amat rendah. DSAI hubungi amerika bukan bererti dia agen amerika dari negetifnya tetapi sebagai sahabat. kalau itu kita gunakan alasan itu untuk menjatuhkan bintang politik di malaysia ni, maka sebuah kerajaan BN-UMNO adalah agen amerika kerana kerajaan yang dipimpin oleh bn/umno ini mempunyai hubungan rasmi dengan amerika. awak tak percaya datanglah ke pejabat kementerian luar negara. Jadi tidak timbul DSAI sebagai agen Amerika. Bahkan cuba awak toleh kebelakang sejarah kemerdekaan tanah melayu, awak akan dapat melihat bagaimana pemimpin umno ni terpaksa akur dengan kehendak british supaya kaum cina dan koling diberi kerakyatan dengan mempunyai sekolah masing -masing yang maknanya orang cina dan koling adalah kaum yang telah atau bukti sebagai penuntut kemerdekaan tm. adapun sabah dan sarawak adalah pembentuk negara malaysia.

    Orang Melayu kita marah bila DSAI kata dalam ucapan dekat klang bahawa TM ini bukan Melayu punya. DSAI tu profesor di Wasington Universiti. Awak tak bangga ke bila Melayu dikenali dunia seperti DSAI. maknanya bila dia bagi ucapan dia dah fikir secara sains politik. awak apa ade, namapun tak bagi tahu. adakah ibubapa awak ni buta huruf dengan memberi awak nama sebagai “petisuara berkata” gobloklah awak ni. awak tak kenal siapa DSAI. Jika awak dekat DSAI, saya fikir awakpun diliwat secara tuduhan oleh pihak-pihak tertentu yang hasad pada DSAI.

    Jadi DSAI tak bersalah mengatakan bahawa TM bukan melayu punye yang salah UMNO sebab dia melutut kat London menerima dua kaum ini. Maka otak kepala DSAI yang pernah dibelasah oleh cikgu-cikgu kat bukit aman pada 1998 seperti kena caj. sama seperti beteri lemah bila kena caj mentol akan menyalah dengan terang. PR yang bererti Pakatan Rakyat muncul sebgai sebuah badan politik yang releven kepada rakyat. Sebab rakyat merasakan tiada siapa dianaktirikan. Rakyat erti dalam konteks ini bahawa mereka mendapat keadilan dalam semua sektor. ini yang umno/bn sangat takut. Takut hilang kuasa sebab tak dapat lagi salahguna kuasa.

    Walau bagaimanapun saya setuju pada awak “petisuara berkata” bukan setekad junjung Al-Quran tapi berdoalah ke depan Kaabah untuk membuktikan sapa yang memitnah dan sapa yang kena difitnah. Kalau mengikut diagnosis saya pada DSAI dari jarak jauh, menunjukkan dia tak buat benda tak senonoh tu. Tapi banyak lagi kes-ke rogol, murtad, hisap dadah dikalangan orang kita tidak sapa ambil tahu.

    Tapi yang sebenarnya, apabila timbul kes Altantuyah dengan keluarga DSNTR dan iklim perubahan politik yang dikatakan 30 parlimen bn/umno merujuk kepada PR tiba-tiba Saiful mengaku diliwat Mr. Anwar. jika awak tak fikir ni, betullah awak goblok lagi bengung adanya.

    Tok Guru aku dah kata, dua orang sahaja yang boleh pimpin ini Malaysia. Tak tahu? iaitu MR. Anwar dan Mr. Mahadhir tapi Mr. M ini dah kita tahu siapa dia, kan.

  54. bumilangit berkata:

    hekeleh peti suara. kecoh. kah kah kah!

    jangan lah emo. bosan aku dengan orang emo macam ko ni.

    lek lek sudah… aku tahu lah ko buat semua ni sebab di bayar, tapi tak yah la over acting.
    ko suap la anak bini ko makan duit haram ni. suap la mak bapak ko makan duit haram tu.

    kah kah kah

  55. titahbaiduri berkata:

    Tak de maknanya ko kata aku di bayar. ko ingat aku balaci khairi ke haa silap la ko. Ngan Khairi nie lagi aku bengang jugak jadi penasihat bodoh kat Pak Lah. ko ingat aku tak bengang ke dengan kadar inflasi yang naik mendadak nie , dan keputusan kerajaan yang tak stabil. minggu nie cakap lain bulan depan cakap lain. cuma aku tak mahu sebab nyamuk macam DSAI abis satu kelambu korang nak bakar. Kalau nak berjuang sangat apakata korang pergi Palestin itu baru boleh berjuang habis-habisan.
    Lagi satu nampak sangat korang memang suka buat fitnah, aku nie sukarelawan yang tidak berpihak tau tak. Aku tak cari rezeki dengan menulis kat blog nie tau. aku tak bagi anak-anak aku makan duit haram buatlah fitnah ko kena mintak ampun kat aku tau???
    Aku sentuh skit pasal UMNO melutut tu lawak gakkan. Tapi logiknya bukan UMNO yang melutut UMNO mana ada lutut. yang melutut Tengku kot. Tapi korang nampak perbezaannya diantara melutut tengku dengan melutut DSAI nie:::: Tengku melutut untuk membebaskan Tanah Air ini dari cengkaman British dia merendahkan maruahnya untuk anak bangsanya termasuk engkorang. Tetapi DSAi melutut untuk diri dia dan mintak satu Malaya berkorban untuk dia sorang. nampak tak beza antara melutut pejuang dan pertualang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku cuma nak tanya berapa dan apa DSAI bagi kat korang plak yang bermati-matian untuk DSAI nie? Aku tanya aku tak tuduh yeeeee………………………..

  56. titahbaiduri berkata:

    Lagi satu lepas aje DSAI keluar dari jail dia terus ke luar negarakan, tapi kenapa dia tak buat umrah kat Mekah ye mohon pertolongan dan perlindungan dari sebarang ancaman, Fitnah dan Konspirasi yeee……

  57. k0y4m berkata:

    “yang ada cuma insan2 yang terus membuat laporan polis mengatakan beliau diliwat. kenapa pergi terus kepada polis?”

    sengal.kalu bini ko kene rogol tkkn tkgi repot polis..tkkkn gi klcc jerit2 aku kena rogol?

  58. bumilangit berkata:

    sengal lagi orang yang tak tahu cerita tapi terus nak hentam. bacalah dari konteksnya, jangan nak hentam keromo.

    kalau bini kau kena rogol, ko cari mamat tu, belasah dulu, baru buat polis repot. kau tak baca berita ke bertapa lembabnya polis diraja malaysia ni dalam menyelesaikan hal rakyat?

    huh?

  59. anwar abdullah berkata:

    tapi bagi aku lah kan mungkin anwar dan pak lah ader komplot.pasal tu pak lah umumkan nak bagi najib jadi pm jun 2010.kenapa tak bagi sekarang.kalu korang nak tau khairy jamaludin tu adalah anak didik anwar.dan mungkin dia sajer je buat kecoh sebelum pilihanraya untuk bagi pembangkang menang banyak kerusi.dan pak lah plak adalah kawan baik anwar.kepala batas dgn permatang pauh bukan jauh mana.sbb tu masa pak lah jadi pm tuduhan keatas liwat keatas anwar dimansuhkan.kalu zaman tun mamak mudah lupa.anwar takkan keluar lagi skang ni.mau kene 9 tahun lagi.dan mungkin juga lepas ni pak lah akan terima anwar masuk dalam umno.kalu korang tgk ceramah anwar dia asyik kata pasal najib jer.pasal pak lah kurang kan?lagi satu zaman mamak mudah lupa dulu.belum sabit kesalahan dsai dah kene bantai teruk2.tapi zaman pak lah anwar bebas kemana2 dan beliau tidak ditangkap.dalam politik ni macam2 boleh jadi.yg disangka musuh adalah kawan dan yg disangka kawan adalah musuh. WALLAHUALLAM.TAPI APA PUN DSAI ADALAH MY IDOL SEJAK AKU 12 TAHUN LAGI.HIDUP ANWAR-HARAPAN BARU UTK MALAYSIA. MELAYU CINA DAN INDIA RAMAI YG BERHARAP DSAI DAPAT TERAJUI MALAYSIA YG TERCINTA INI

  60. hidup hidup berkata:

    Kau orang gaduh-gaduh tuduh-tuduh, last-last ku li dan muhidin yang kadi PM dan TPM…. semua melopong…..

  61. bumilangit berkata:

    hidup,

    baca entry terbaru aku pasal kuli. ada benarnya juga, sekarang bukan pilihan rakyat siapa yang akan jadi PM, najib, kuli atau anwar.

    “mari kita tgk, sapa yang menang?!”

  62. ahmad awal berkata:

    politek malaysia,kerajaan malaysia tk senonoh,pemimpin tk ada kualiti.memalukan dunia,bila mau maju.anwar the best

  63. Gagak berkata:

    Polis Malaysia antara yang terbaik di dunia? Siapa cakap? Ada apa-apa laporan saheh yang dikeluarkan oleh badan bebas antarabangsa seperti interpol ke? Atau PDRM ada masuk program realiti tv seperti Gengster atau AF dapat undian SMS terbanyak?…

  64. qaseh berkata:

    Asslmkm…sy tumpang lalu sikit boleh????He,he,he…bila baca tulisan berapi dlm ruangan ni,jelas menampakkan….buruk benor orng lelaki berhujah kalau bertuhankan nafsu.Balik pada knyatn weh…berani kerana benar.Walau dirodok seguni duit pun,tak kan mampu menebus aib…Korang kan jantan gak.Cuba korang lak dok belah Saiful???Kalau bontot korang sendiri diradak,sakt lak tu,nak ker korang tanggung???Saiful bertindak bijak.Bukan gerak naluri dia seorang.Dia p jmpa imam,nun kat indon…Seorang kiyai menasihati…buatlah mengikut ajaran Al Quran.Kiyai ni,bukan orang UMNO,apa lagi orang Pas….Logik bagi akal yang sihat…Bapak si Saiful ni,jantan….macam korang gak kan.Weh,korangggg,kalau anak korang disodok dek babi berbadan manusia,korang wat mcmana?Nak tengok sajer ke…Sapa-sapa yang jadik bapak,mesti dapat rasa apa yang ayah si Saiful ni rasa.Kecuali ada dua ekor sepisis bapak yang dajal laknatullah…Bapak ayam n bapak haruan!!!Eh sepisis ni,dari kalangan korang jga taw…JANTAN HAPRAKKKKK!!!Jantan yang boleh dipanggil lelaki adalah jantan yang jiwanya,tubuhnya nafsunya penuh terdidik dengan agama.Bukan jantang banggang mcm korang,mendabik dada se antara kalian.Demi menegakkan benang yang basah…Si Nuar tu,bebal.Buta kayu,buta paku.Masa dalam ABIM,segala gerak berlandas sunnah.Tapi,bila dah tejebak dlm politik,agama ke mana,bangsa ke mana.Maruah keluuarga sendiri tak terjaga,maruah anak bangsa yang digaduhkan.Puiiiiii!!!Si Nuar laknat ni,kalau dia jujur dan reti jaga maruah,dia akan berfikir seribu kali nak buat benda-benda yang boleh orang aim dia untuk totok dengan fitnah…Dia bukannya jenis hormat bini n anak pompuan dia…..Bengong!!!Korang yang kuat sangat dok nyokong keadilan untuk dia ni,apa korang dapat.Balik-balik bini korang yang masak untuk korang.Bukan si Nuar…Refomasi taik kucing…mana si Nuar waktu setengah antara korang kena tahan.Bila dia p balai jamin korang…kalau tak anak bini korang…senget.Cakap pakai lutut,buat benda-benda tak fikir dengan otakkk,korang tu yang tongongggg.Bila korang sakit kena gas pemedih mata,ada wakil si Nuar datang kasi ubat,hah…bodoh dan bangang betul korang…Eiii,cukup fedup aku dengan pejuang-pejuang keldai ni…Nasib bini koranglah,dapt laki buta hati.Fitnah memfitnah ni memang korang lagi hebat dari kaum kami….tapi,bila dah dahi penuh tercalit taik,bini jugaklah yang korang sondol ke depan untuk wakil bercakap bagi menutup malu.Macam si nuar buat kat mek jijah…lantak ko lah jijah.Selagi ko tahan dengan perangai tak senonoh laki ko si nuar tu,hah,ko tunggulah…syurga tempat ko.Tapi,kalau ko sendiri sedar akan sikap laki ko sebenar,tapi ko tutup demi dunia yang ko cari,,,terjunlah ko sama-sama ngan laki ko dalam neraka.Nauzubillah…

Tinggalkan komen