ini masa untuk menyerang, bukan bertahan

rata-rata penyokong umno ketawa terbahak2 sekarang melihat telatah penyokong pakatan yang gelabah tak tentu hala macam anak ayam hilang ibu.

komrads! tarik nafas, mari sini aku nak cerita.

sekarang bukan masa untuk berlari2 dan menjerit2, “kenapa paklah sanggup buat macam ni kat anwar?” ini masa untuk menyerang. semuanya berpihak kepada kita, hasil kebodohan najib dan ejennya. sekarang bukan masanya untuk mempertahankan DSAI, sekarang masa untuk menyerang umno BN!

kita kena bagitau kat semua rakyat malaysia yang saiful ini pengintip najib. bukti dah ada, nak takut apa? sekarang kita hanya perlu desak najib supaya jawab apa hubungan beliau dengan saiful. dan yang paling penting, kenapa dia sanggup fitnah macam ni kepada anwar?

(dalam masa yang sama, paklah, pemimpin agung kita, bukan saja berjaya mengawal tingkah laku semua pengikutnya malah berjaya membaca pikiran semua pengikutnya dengan keluarkan kenyataan yang warga BN tak pernah pikir nak buat macamni kat anwar. oh ya, dia merujuk kepada jentera yang sama memfitnah anwar pada 1998)

anwar bukan sembunyi di kedutaan turki kerana takut nak jawab soalan polis mengenai kes liwat ni.dia lari kerana risau BN sanggup gunakan ISA untuk menahan beliau tanpa perlu memberi bukti. isa ini bermaksud “saya boleh tangkap awak tanpa sebarang alasan”

najib wajib jawab isu ini. sebelum ini dia boleh sembunyi dibelakang rosmah, tapi kali ini beliau mesti berdepan dengan rakyat.

“kenapa kamu sanggup menanam bukti dan saiful hanya untuk memfitnah anwar- seorang muslim melayu seperti kamu?”

jawab la najib

2 Responses to ini masa untuk menyerang, bukan bertahan

  1. Sinatra_Z berkata:

    Relax la kawan,
    sesungguhnya BN tidak akan mempunyai apa-apa keuntungan dengan cuba memerangkap Anwar Ibrahim dengan tuduhan yang sama betul.

    Aku dah tengok gambar tu Jon,
    Biasa la kalau ko jadi wakil MPP ko mesti dapat melawat pejabat menteri punya. Biasa lah tu, Pengerusi MPP UTM pun macam tu jugak, aku pernah pergi Pejabat Menteri Pengajian Tinggi Jon dan aku bukan pun ketua pelajar ke apa ke siap tangkap gambar lagi.

    Aku harap korang takkan buat benda mengarut la, Sesungguhnya ini adalah pendapat peribadi aku..

    Dari blog aku-
    Adakah anda benar-benar mahu menerima kebenaran atau adakah anda seperti ramai orang diluar sana telah bertekad dalam minda untuk membuat penghakiman sendiri.

    Saya bersedia menerima hakikat sekiranya Najib Tun Razak membunuh Altantuya sekiranya terdapat bukti kukuh dan bukannya semata-mata dengar cerita dari ntah siapa entah.

    Dan saya bersedia untuk tidak membuat apa-apa kesimpulan berdasarkan laporan polis dari seorang pemuda yang tidak habis pengajian, berpolitik dengan orang UMNO sewaktu di kampus dan apabila semuanya gagal mecuba nasib dengan berkerja untuk Anwar Ibrahim.

  2. takdeorangpeduli berkata:

    erm biasa la tu jon, mmg nampak gelabah, kelam kabut…
    ape nak cuak ngan isa.. tak payah la risau nak kene tangkap..
    walau dibunuh sekalipon .. perjuangan kan boleh diteruskan..
    lagi bermakna kalau nuar tu sanggup berdepan dengan sume ni
    dengan tenang. biar la bijak. aku menilai dari segi tindakan dan
    perlakuan peribadi. kerna itu yang aku nak tengok dalam kepimpinan.

    biar lah seribu tuduhan pon, releks. ko tengok najib walau terselak ke terkantoi ke
    rilek jer dia jawab.. takde pon emosi2.. aku tau la perasaan orang kene aniaya ni..
    tapi tak perlu la ribut semacam. tu dah dikira dicampur emosi. benda yang
    bercampur dengan emosi ni kan tak bagus.

    kalau nuar jadi PM.. ada pulak negara luar tuduh kita ada pengganas ke, kita ada
    simpan senjata maut ke.. takkan dia nak serang negara tuh dengan macam2 isu.
    last last provoke sana provoke sini, daripada orang tu tak serang, terus serang betul2.

    aku tak pecaya sinajib tu baik, aku pon tak brapa pecaya kerajaan 100% tapi
    untuk adil aku juga tak pecaya nuar 100%… bagi aku pemimpin yang baik, akan
    mengawal orang bawahannya dengan baik… bukannya menggunakan penyokong secara langsung atau tidak langsung untuk berkawal untuk dia. dan bila dia dapat
    kawal penyokong dan parti dengan baik, maka dia akan dapat kawal masalah yang datang dengan baik, walaupun ianya dibuat2. tuhan selalu berada dengan orang yang benar, tuhan takkan aniaya hamba2nya yang lemah ni. cuma kene bertindak la dengan bijak dan berhikmah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: