mari belajar ilmu pukau – kira ijazah sekali la.

Oktober 26, 2008

sebagai salah seorang ahli ‘majlis dukun-dukun semenanjung’ – Malaysian pan penisular shaman council, aku rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat dengan orang awam mengenai persoalan2 yang sering ditimbulkan mengenai ‘apa itu pukau’ dan ‘bagaimana untuk memukau’. Baca baki entri ini »


latte di rom

Oktober 23, 2008

minum susu gaya lelaki sejati di kota raya itali. teguk pertama antara malu dan ego.

macam ni ceritanya;

masa aku ke rom dua tahun lepas, sampai je kat termini, aku dan member aku pon nak sarapan. kami pon order dua minuman yang paling italiano yang kami boleh pikir, espresso dan latte. Baca baki entri ini »


peringatan utk manusia ; syamsiah fakeh

Oktober 21, 2008

dalam kita dok gelak2 ketawa; antara maria ozawa dan spongebob squarepants, macam brek angin lori tayar 12, Allah memberi peringatan kat kita, “gelak la puas2, maut tu dekat!”

aku dapat berita pemergian tokoh pejuang ini dari cucu beliau, epul.semoga roh beliau ditempatkan bersama orang2 yang Allah sayang.

kepada sesiapa yang tak kenal nenda syamsiah ni, salahkanlah kerajaan yang tutup perjuangan sebenar untuk mendapatkan kebebasan. kerajaan sekarang yang bacul ni tutup sejarah kaw2 sampai kita tak tahu asal usul. akhirnya, wujudlah anak bangsa yang bacul- tiada jati diri sehingga mudah sekali mendewakan barat-arab-jepun dan lain2.

dan semoga aku tak gelak banyak sangat… hmmm…


Osama, Obama dan maria Ozawa

Oktober 19, 2008

susah betol nak bezakan ketiga2 figur dunia ni, kan?

hahahah!!

mana pilihan kalbu?


kelas bahasa jerman melalui youtube

Oktober 18, 2008

ada dua perkara yang menyebabkan aku minat untuk belajar bahasa jerman, pertama sebab nak ikot pak rastom ke sana, keduanya sebab nak hayati semangat nit-ze dalam buku ‘beyond good and evil’ yang aku tengah cuba hadam ni.

tengah2 dok surf, jumpa video klip ni, mungkin boleh share dengan pak rastom dan komrads. Baca baki entri ini »


aku dalam kotak hitam

Oktober 13, 2008

dalam kotak hitam. bukan dalam ISA!

deria aku berpusat, cuma cari makna. dengar2 kalau ada bunyi, bau-bau kalau boleh hidu. buka mata, tak ada cahaya. kotak hitam memang begini. gelap zulmat!

aku dah lemas dan bosan begini. aku tumbuk2 tembok kotak dan menjerit,

“ANWAR! BILA NAK TUKAR GOMEN?”

(aku harap kotak hitam ini bukan vakum)

dum spiro spero

selagi bernafas, aku berharap


maaf dah lama tak update!

Oktober 9, 2008

saya masuk hospital sebab suspek denggi. ni lari keluar jap sebab tak tahan kebosanan! haha

mata tengok monitor pc pun berpinau2. kejap lagi kena pergi lapor diri balik sebelum kantoi.

nanti2 kita cari melayu lagi ya!


ulama’ yang sembah dewa

Oktober 6, 2008

batu bersurat terengganu yang dijumpai pada tahun 1899

rasuluLlah dengan yang orang sahabi mereka (sekalian).
Asa pada Dewata Mulia Raya memberi hamba meneguhkan agama Islam.
Baca baki entri ini »


siri kedua- membina benua islam di nusantara

Oktober 4, 2008

Langkasuka adalah tapak untuk membina satu empayar yang hebat sebelum ditukar namanya menjadi negeri Kedah Zamin Turan oleh Merong Mahawangsa atau Maha Raja Durbar Raja yang berasal dari Gameron aka Bandar Abbas, Parsi. Ketika itu Gameron sudah berada dibawah pengaruh kerajaan Islam namun sebelum itu mereka dibawah wilayah takluk Iskandar Dzulkarnain dengan nama Hormirzad.

Merong Mahawangsa (merujuk kpd hikayat merong mahawangsa)atau Maha Raja Durbar Raja (merujuk kepada Al-Tarikh Salasilah) ini mempunyai hubungan akrab dengan Maharaja China dengan cara mereka tersendiri.

Bermula dari sini, kerajaan Kedah membina empayar besarnya yang merentasi Kemboja ke China; membelah Burma ke India Monggol; memerintah sebahagian dari Kepulauan Indonesia terus ke Filipina. Aku harap soalan bagaimana wizurai Siam boleh sampai ke johor sudah terjawab. Kedah adalah sebahagian dari kerajaan Siam muslim.

peta yang menunjukkan empayar monggol. masa bila plak melaka dibawah takluk monggol? baca juga bagaimana empayar ini jatuh dan kenapa ianya tiada dalam buku teks sekolah…

Baca baki entri ini »


jejak melayu-siri satu

Oktober 4, 2008

Dalam nak mencari cara ‘melayu’ masuk ke tanah melayu ni, aku cuba untuk sempitkan methodnya dengan mula dari kawasan pantai dan ketamadunan awal. Antara kawasan tumpuan aku ialah utara; bermula di langkasuka; barat di melaka dan gangga negara,perak ; selatan di temasek dan linggiu dan timur di pan-pan, tasik chini dan kelantan/patani.

Di selatan tanah air, temasek, kita tahu yang parameswara bila sampai di sana dia bunuh wizurai Siam. Jadi pendudukan siam di situ lebih awal dari melayu (?). dan melaka pula hanya ditubuhkan 1400, dah lewat. Baik aku cari tamadun yang lebih awal. Dalam sejarah melayu pula ada sebut tentang kerajaan siam linggiu di kota tinggi, atau kota gelanggi yang wujud lebih lama dari melaka. Jadi baik kita abaikan melaka dan kawasan selatan kerana siam dari utara lebih establish di kawasan ini.

Baca baki entri ini »