ulasan buku: pergolakan pemikiran Islam

Pergolakan pemikiran Islam oleh Abdul wahib bukanlah buku yang membincangan sekitar pemikiran Muslim yang bergolak, sebaliknya pergolakkan kendiri, seorang yang liberal dan bersungguh2 mencari kebenaran dengan akal. Buku ini sebenarnya terdiri dari catatan2 peribadi sejak sekian lama sebelum beliau maut dan satu kecelakaan jalan raya. Bagi aku, jika ada wordpress atau blogger di zaman beliau mungkin dia adalah otai blogger se-nusantara.

Menariknya buku ini ialah bila nota2 peribadi abdul wahid ini bukan bermaksud untuk tontonan umum, sebaliknya pergolakkan jujur yang berlaku dalam minda beliau dan dizahirkan pula dengan jujur di atas kertas. Sifat jujur ini yang membuat tulisannya menjadi mahal; ada perkara remeh, ada perkara personal, perkara yang nyata dari segi fakta dan perkara2 yang melebihi batas. Namun itulah yang sebenarnya ditulis oleh abdul wahib- bukan perkara yang dibuat2 dengan skrip atau rangka karangan, tapi dengan spontan lantas menunjukkan sifat insaninya yang kadangkala membuatkan pembaca mengangguk2kan kepala tanpa disedari.

Hujah2 yang dikemukakan pula lurus- ini yang aku paling suka; tanpa disandarkan kepada fakta2 kajian yang berjela2, hanya ditemani akal rasional, pengalaman dan metod falsafah. Beliau sendiri mengakui kurang membaca dan kurang fasih berbahasa inggeris walaubagaimanapun berjaya memanipulasikan kekurangan itu sebagai kekuatannya- bercakap dengan lidah orang awam, bukan lidah ahli fikir akademis tinggi2 yang susah dipahami oleh orang jalanan. Namun ini menjadi handicap bila mungkin ada pembaca yang gagal memahami pengalaman beliau dan budaya tempatan di sana.

“Tuhan bukanlah daerah terlarang bagi pemikiran”– Ahmad Wahib

Kadang-kala asyik juga melayan tulisannya bila dia ‘bercakap’ terus dengan Tuhan, bila beliau celaru dan bermasalah. Aku rasa itulah yang sepatutnya diamalkan, bercakap terus saja dengan Tuhan, bila2 masa pun!

Walaupun secara peribadi, bila membaca tulisannya, terasa seperti membaca entri blog yang belum aku tulis, namun masih ada beberapa perkara yang memisahkan pikir aku dan dia terutamanya isu agama perkara personal dan beberapa perkara kecil. Buku ini bukan saja mengupas sekitar isu agama, malah isu seni, personal dan kenegaraan.

Bagi fundamentalis mungkin bila membaca buku ini mungkin terasa otaknya ditumbuk2 namun bagi aku yang sudah biasa lenggok sang liberalis, tidaklah terkesan sangat. Buku ini bagi aku, biasa2 saja, hanya sesuai dibaca bila ada kelapangan namun mungkin berguna untuk golongan insan yang non liberal(?) untuk memahami inside out permasalahan tipikal golongan sasar. Namun ada beberapa poin yang perlu kita ambil perhatian terutamanya usaha mentafsirkan semula Al quran mengikut sunnah dan asbabul nuzul. Usaha yang beliau usulkan ini bukan saja menuntut setiap muslim untuk membaca Quran tetapi juga memahami Al Quran dengan mendalam.

Selain itu, budaya bertanya dan terus mempersoalkan perlu terus subur dan dibaja untuk memastikan akal hidup dan tidak dibonsai oleh orang2 yang malas untuk berfikir. Tapi haruslah sentiasa sedar, sempadan kebatasan akal terutamanya tentang perkara2 ghaib. pada pendapat aku mungkin jika mamat ni bukan bernama abdul wahib dan tidak mendedahkan yang beliau pernah berkawan dengan rakan kristian, mungkin pandangan kepada buku ini berbeza. tegas aku, buku ini provokatif, jadi bersedia untuk tidak melatah!

Akhirnya saya berdoa yang ruh abdul wahid bersama ruh orang2 yang disenangi Allah.

Baca link ini untuk maklumat lanjut buku ini;

http://asysyariah.com/syariah.php?menu=detil&id_online=186

http://www.resistbook.or.id/index.php?page=resensi&id=74&lang=id

http://tokoh.blogspot.com/2005/02/ahmad-wahib-sekali-berarti-sudah-itu.html

http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=992

*entri ini ditulis dari ingatan, aku dah lupa mana aku letak buku tu. Ada somewhere dalam longgokkan buku2 aku. Haha!

**trimas buat syeikh wan ji yang memperkenalkan buku ini dan najwan yang memberikan kepadaku secara gratis.

(?) aku nak guna perkataan fundamentalis tapi takut kurang tepat, nanti marah pulak rakan2. hehe.

3 Responses to ulasan buku: pergolakan pemikiran Islam

  1. my brother, it’s not abdul wahib who wrote the book, it’s AHMAD WAHIB. i will really appreciate it if you revise this…
    thanks

  2. Pesuruh Allaha berkata:

    Salama,
    Kebenaran itu pahit, tetapi kebenaran itulah yg haq. Hamba setuju dgn pendpt Abdul Wahid ttg membaca al quran kerana hanya setelah memerhati dan memikirkan kandungan al quran itu anda akan menemui kebenaran. Kebenaran itu bukan sesuatu yg manusia anggap sebagai benar, tetapi ianya sesuatu yg ditentukan tuhan. Jadi, apabila berhadapan dgn kebenaran, kebanyakan manusia akan berpaling kerana tidak mampu menghadapi kebenaran itu. Oleh itu, cuma mereka2 yg telah di tentukan tuhan shj yg akan dpt berjln di jln tuhan yg lurus, iaitu jln yg dilalui oleh semua nabi2 dan rasul2 serta org2 beriman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: