aku dalam kotak hitam

Oktober 13, 2008

dalam kotak hitam. bukan dalam ISA!

deria aku berpusat, cuma cari makna. dengar2 kalau ada bunyi, bau-bau kalau boleh hidu. buka mata, tak ada cahaya. kotak hitam memang begini. gelap zulmat!

aku dah lemas dan bosan begini. aku tumbuk2 tembok kotak dan menjerit,

“ANWAR! BILA NAK TUKAR GOMEN?”

(aku harap kotak hitam ini bukan vakum)

dum spiro spero

selagi bernafas, aku berharap

Advertisements

maaf dah lama tak update!

Oktober 9, 2008

saya masuk hospital sebab suspek denggi. ni lari keluar jap sebab tak tahan kebosanan! haha

mata tengok monitor pc pun berpinau2. kejap lagi kena pergi lapor diri balik sebelum kantoi.

nanti2 kita cari melayu lagi ya!


ulama’ yang sembah dewa

Oktober 6, 2008

batu bersurat terengganu yang dijumpai pada tahun 1899

rasuluLlah dengan yang orang sahabi mereka (sekalian).
Asa pada Dewata Mulia Raya memberi hamba meneguhkan agama Islam.
Baca baki entri ini »


siri kedua- membina benua islam di nusantara

Oktober 4, 2008

Langkasuka adalah tapak untuk membina satu empayar yang hebat sebelum ditukar namanya menjadi negeri Kedah Zamin Turan oleh Merong Mahawangsa atau Maha Raja Durbar Raja yang berasal dari Gameron aka Bandar Abbas, Parsi. Ketika itu Gameron sudah berada dibawah pengaruh kerajaan Islam namun sebelum itu mereka dibawah wilayah takluk Iskandar Dzulkarnain dengan nama Hormirzad.

Merong Mahawangsa (merujuk kpd hikayat merong mahawangsa)atau Maha Raja Durbar Raja (merujuk kepada Al-Tarikh Salasilah) ini mempunyai hubungan akrab dengan Maharaja China dengan cara mereka tersendiri.

Bermula dari sini, kerajaan Kedah membina empayar besarnya yang merentasi Kemboja ke China; membelah Burma ke India Monggol; memerintah sebahagian dari Kepulauan Indonesia terus ke Filipina. Aku harap soalan bagaimana wizurai Siam boleh sampai ke johor sudah terjawab. Kedah adalah sebahagian dari kerajaan Siam muslim.

peta yang menunjukkan empayar monggol. masa bila plak melaka dibawah takluk monggol? baca juga bagaimana empayar ini jatuh dan kenapa ianya tiada dalam buku teks sekolah…

Baca baki entri ini »


jejak melayu-siri satu

Oktober 4, 2008

Dalam nak mencari cara ‘melayu’ masuk ke tanah melayu ni, aku cuba untuk sempitkan methodnya dengan mula dari kawasan pantai dan ketamadunan awal. Antara kawasan tumpuan aku ialah utara; bermula di langkasuka; barat di melaka dan gangga negara,perak ; selatan di temasek dan linggiu dan timur di pan-pan, tasik chini dan kelantan/patani.

Di selatan tanah air, temasek, kita tahu yang parameswara bila sampai di sana dia bunuh wizurai Siam. Jadi pendudukan siam di situ lebih awal dari melayu (?). dan melaka pula hanya ditubuhkan 1400, dah lewat. Baik aku cari tamadun yang lebih awal. Dalam sejarah melayu pula ada sebut tentang kerajaan siam linggiu di kota tinggi, atau kota gelanggi yang wujud lebih lama dari melaka. Jadi baik kita abaikan melaka dan kawasan selatan kerana siam dari utara lebih establish di kawasan ini.

Baca baki entri ini »


mana asal melayu

Oktober 3, 2008

saya dah pindah entry ni kepada entry 2 siri- jejak melayu dan empayar islam di nusantara. sila baca kalau berani.

*dalam sibuk cari melayu, aku terpaksa cari beberapa benda lagi, misalnya buku undang2 kedah, hikayat patani dan sabri zain. siapa sabri zain?


anwar angkat tangan kat hangpa tu..

Oktober 2, 2008

bila aku tau benda ni jadi, aku tepuk dahi. amir, susahkan jadi pemimpin ni? pe’el anak buah macam2 nak kena layan.

aku tak mau komen banyak. aku risau kalau objek lukisan itu akan membawa kepada fitnah. bagi aku, tak payah la… dah la tak lawa.

aku seru agar dun batu caves meng’author’ lukisan tu agar cacat sikit dan menghilangkan respek orang jika tengok gambar tu. biar sekadar jadi hiasan, bukan objek yang dimuliakan. jagalah hati aku sama.