rokok VS arak: mana kementerian kesihatan?

hari ini bumilangit ditergezutkan dengan berita larangan merokok di kaki lima. rokok? tembakau yang digulung dalam kertas putih. dibakar disatu hujung dan disedut di satu hujung yang lain. ini perbuatan yang salah kerana boleh menyebabkan kanker dan impotensi. rokok ini salah kerana membazir. rokok ini disalahkan kerana berbagai2 sebab. kesian rokok.

disatu sudut lain, terletak sebotol arak; pembenci panggil air kencing setan, penggemar panggil waiter, mintak tambah lagi.

arak ini tidak nampak kotor, tiada amaran kerajaan di luar botolnya, tiada larangan untuk minum ditempat awam- pernah nampak papan tanda dilarang mabuk2 di sini? tiada kajian mendalam tentang kimia merbahaya dalam bir dan samsu. apa arak tak sebabkan kanker? maaf ya, bukan arak – minuman keras, lebih sopan begini.

arak ini apa? air saja, diminum dengan ais, dikelab kelas tinggi- dan di seven eleven (cashiernya pakai tudung). arak tradisi beribu bangsa, untuk menghargai dewa2. arak ini tak apa, tak menyebabkan impotensi.

apa beza besar arak dengan rokok? mari sini aku bisikkan kamu rahsia besar.

“kalau kamu haramkan rokok, kamu akan dilihat sebagai masyarakat bertamaduan, dan bermoral tinggi;

jika kamu haramkan arak, kamu taliban”

arak ni lebih teruk dari rokok, beribu2 kali ganda. Allah dalam Al Quran bukan saja kutuk peminum arak, tapi juga penuai, pemerah dan penjual. buruknya arak dalam kehidupan manusia ini telah diketahui ramai, siapa pun tahu arak ni jahat. pernah kamu dengar orang membunuh kerana rokok? pernah kamu dengar orang dirogol kerana hisap rokok? tapi kenapa arak terselamat?  

proposal bumilangit

1)arak perlu dijadikan barangan kawalan. tak boleh dijual sesuka hati. ketatkan lesen penjualan.

2)arak tidak boleh dijual dikawasan yang majoritinyan lebih 80% muslim ini termasuk kafe, kedai serbaguna 24 jam. kedai restoran cina/india, pasaraya besar dikecualikan. kat kuala lumpur ini, 7E kat keramat, kg baru, bangi dan shah alam tu, tak payah la jual arak.

3)jika kawasan itu komposisi bangsanya muslim dan non muslim hampir sama banyak, lesen penjualan arak perlu diberi dengan sekadarnya. misalnya di taman melawati, dan taman permata, hulu kelang, ada dua 7-11 yang jual arak dan pasaraya besar Giant untuk beli arak secara borong. ini sangatlah tak perlu. kenapa? tak minum arak nanti jatuh sakit kah? ia bukan satu necessity. tutup kedua2 7-11 dan hanya benarkan giant saja yang jual arak. kalau ketagih sangat nak minum sampai mulut berbuih2 masa pukul 2-3 pagi, pergi saja di wangsa melawati (10 min jalan kaki dari giant).

4)sebagai pemulaan, kedai 7-11 yang berhenti jual arak, cukai iklan papantandanya tak perlu bayar sebagai insentif.

5)orang muslim tak boleh jual arak, hidang arak atau memandu lori yang membawa arak. ini termasuk pilot dan pramugari MAS.

   a) MAS wajib berhentikan hidang arak kerana arak telah mencatatkan beberapa kes keganasan (air rage)dalam penerbangan termasuk gangguan seksual kepada pramugari. adakah MAS akan rugi kalau berhenti jual arak? TAK! berapa orang dalam dunia ni travel hanya untuk minum dalam flight? MAS patut pikir berapa ratus ribu RM yang dapat dijimatkan jika arak tidak dihidangkan. aku dengar ada beberapa syarikat penerbangan sudah pon haramkan arak, national carrier islam hadari bila lagi?

 b) di kedai serbaguna 24 jam/ kedai rucit yang jual arak, wajib guna vendor mesin yang boleh baca kad pengenalan untuk pastikan pembeli lebih 18 tahun dan non muslim. tak boleh jual terus. dengan ini, cashier tu boleh terus pakai tudung.

6) kilang arak dah tak boleh bukak kat malaysia ni, simply sebab tak perlu.

ok dah, sesapa nak tambah?

kembali kepada isu rokok, saya rasa patot juga kerajaan wajibkan gambar ‘ngeri’ seperti di kotak rokok itu dilaksanakan juga kepada kotak cigars. amacam nazri (aziz)? ada efek tak?

7 Responses to rokok VS arak: mana kementerian kesihatan?

  1. cikgu_eya berkata:

    Bismillah….

    Aku suka dengan bahasamu. Tajamnya menusuk hati-hati yang sepatutnya. Namun, point2 kamu masih begitu berlembut. Ya, memang cukup keras untuk sebuah negara yang berbilang kaum, negara yang telah terbudaya dengan arak. Namun saranan kamu itu agak lembut bagi ku ke atas sebuah negara yang ingin dinaungkan di bawah kata ‘Islam Hadhari’. Nah… benar bukan bukan, kata ku? ^^

  2. bumilangit berkata:

    salaam cikgu~

    yang tajam untuk membinasakan, yang lembut untuk memujuk.

  3. greenpearl berkata:

    salam..

    bagus jiddan penulisanmu.. artikel yg x pnjang berjela2..
    arak ibu sgl kejahatan..
    knpe yg 2 jgak dibiarkan..
    rokok pon same gak..
    haram isap tp dibenarkan jual..
    oh, bingung2..

  4. ladymariah berkata:

    nazar berhenti belum kesampaian. hahahahaha. ALASANKU!

  5. bumilangit berkata:

    lady,
    kawan aku pernah pesan, selagi boleh, layan. nanti bila dah sakit, dah tak boleh isap.
    kaakakakaka…

    pearl,
    kamu rasa kerajaan mampu buat tak saranan aku? semua ni bawah bidang kuasa PBT, negeri bawah perintah PR perlu merintis

  6. ibnurashidi berkata:

    Kalau di Mesir, kotak rokoknya ada gmbr org nazak..

    “Islam hadhari : Arak halal kalau ada lesen”…HARAM tetap HARAM..

  7. bumilangit berkata:

    ibnurashidi,
    kat malaysia baru nak implemen. tapi mereka guna taktik baru, bukan letak gambar orang nazak, tapi gambar najib razak, semua orang meluat nak beli! hahahaha

    nak tambah saranan lagi satu,
    setiap transaksi arak di pasaraya besar e.g giant or carrefour mesti melalui kaunter non halal seperti beli babi juga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: