latte di rom

minum susu gaya lelaki sejati di kota raya itali. teguk pertama antara malu dan ego.

macam ni ceritanya;

masa aku ke rom dua tahun lepas, sampai je kat termini, aku dan member aku pon nak sarapan. kami pon order dua minuman yang paling italiano yang kami boleh pikir, espresso dan latte.

di antara via-via, sempadan jalan cobble, kami duduk gaya paling macho yang kami boleh pikir. tangan bersilang, kaki terkangkang.

semasa aku pesan latte, sang pelayan terpingga2, “latte?” tanya dia bersungguh2. “ya la, latte, kang aku mintak teh tarik kang!“, nyata cucu cicit warga roman tak secerdik mana.

pesanan kami sampai. satu cawan kecik kopi pekat yang amat, dan secawan susu.

rupa-rupanya latte itu susu.maka hero macho ini pun minumlah susu lembu pada pagi pertama di kota gladiator tu.

*kat malaysia kalau minta latte nanti dapat kopi susu. ini di tangga sepanyol, jika ada keperluan, aku keluarkan pula gambar aku di vantican.

–nota kaki

bumilangit akan menduduki ujian lisan yang amat penting untuk merubah hidup beliau dalam dunia aviasi, maka akan tersangat sibuklah dalam seminggu dua ni.

kerana itu akan lambat akan ada update. antara projek akan datang bumilangit ialah 1) tulisan mengenai maharaja china dan dunia melayu 2) respon kepada buku pergolakan pemikiran islam- abdul wahib.

doakan ana!

5 Responses to latte di rom

  1. pendekar berkata:

    moga dengan minum susu ko bertambah bagus dalam ujian tersebut….herk

  2. [ainis] berkata:

    jawab periksa elok-elok ya!

  3. bicarasamaawan berkata:

    gud luck!!

  4. rastom berkata:

    mau soalan bocor tak?

  5. bumilangit berkata:

    ainis, kiki;
    thanks

    pak rastom;
    soalan ‘toyol’ dah ada, cuma nak hafal je. lebih kurang macam open exam la. otak dah strain menghafal. tapi alhamdulillah, Allah banya mudahkan kerja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: