ulama’ yang sembah dewa

batu bersurat terengganu yang dijumpai pada tahun 1899

rasuluLlah dengan yang orang sahabi mereka (sekalian).
Asa pada Dewata Mulia Raya memberi hamba meneguhkan agama Islam.

Dengan benar bicara, derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya.
Di benuaku ini pembantu agama RasuluLlah SallaLlahu alaihi wasallam raja mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam bumi pebantu itu fardhu pada sekalian raja mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajikan betul pebantu itu maka titah Seri Paduka Tuan menduduki tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di sasanakala.
Baginda RasuluLlah telah lalu tujuh ratus dua.

Dewata Mulia Raya = Allah SWT.

mandalika (ketua wilayah), berbajikan (kebajikan = kebaikan), tamra (perintah rasmi), dan sasanakala (masa perintah agama)

batu bersurat ni ditulis kira2 1303M, (700 tahun selepas berlakunya hijrah rasuluLlah). jika kita perhatikan, nama Allah tanpa silap lagi ditulis dengan perkataan Dewa, kenapa agaknya?

apa hemat saya, mungkin para ulama masa silam bertindak mendekati orang ramai dengan menggunakan bahasa yang mudah orang paham. memang tiada masalah menggunakan bahasa Arab, Allah, tapi mungkin kurang ‘feel’, rasa takjub akan kehebatanNya dan rasa rendah diri sebagai hamba.

kalau aku boleh buat persamaan seperti ucapan selamat hari raya diganti dengan ‘selamat pesta fitrah!’. kan tak feel macam tu.

aku suka membandingkan metod ulama dengan kini yang kadang2 terlalu retorik menggunakan istilah yang yang pelik2 sehingga susah orang awam nak paham, akhirnya, ‘feel’ untuk menjadi seorang muslim itu hilang.

menarik juga bila ulama dulu bertindak menukarkan istilah itu hanya untuk mendatangkan paham kepada rakyat. bukan apa, tukar nama saja, ini benda yang sama!aku perhatikan islam kini beristilah sehingga sesuatu yang tidak menggunakan istilah arab maka tidak islamik. misalnya bersopan santun, kita gagal lihat kesantunan itu sebagai ibadah tapi hanya sebagai ‘perbuatan yang baik’ kerana ianya menggunakan bahasa melayu. tapi solat tahajud dilihat lebih ‘suci’ atau sakral kerana istilahnya penggunakan bahasa arab.

dalam masa yang sama, aku tidak nafikan istilah arab yang dimasukkan secara borong dalam bahasa melayu.aku tak lihat benda ni sebagai salah, ini dinamiknya bahasa melayu.

aku terbalikkan meja.

samalah kepada reformis! suka sangat istilah bombastik seperti masyarakat madani, refom, keadilan sosial, humanis dan demokrasi. kalau guna perkataan2 ini kat orang2 kampung pulau pak ubin, kodiang; bebuih mulut la orang2 tua tu nak paham!

cuba mudahkan bahasa tu agar tercapai matlamatnya, macam ibn rusyd kata lah, bahasa ikut penonton, bukan ikut suka hati.*

ok, habes dah! sekarang, aku minta kalian pikir apa kaitan istilah Dewata Mulia Raya dengan empayar Islam benua Siam. takkan semua nak spoon-feed. tak feel lah!

*tu aku tambah ajinamoto, untuk per se, baca surat beliau kepada imam ghazali.

16 Responses to ulama’ yang sembah dewa

  1. mudin001 berkata:

    Bro, tulisan-tulisan kamu kebelakangan ini sangat menarik, penuh informasi dan bagus-bagus. Aku suka. Teruskan menulis.

    Bravo!

  2. bumilangit berkata:

    mula2 masa dapat email notification yang tok mudim kasi komen, saya telan air liur tak lepas.

    saya tau tajuk entri ni provokatif melampau, dekat 2 jam saya pikir- nak letak ke tak.

    ingatkan komen pertama tu kutuk habes2an. dalam split second tu macam2 terbayang kat dalam otak. dah yang komen tu tok mudim- otai blogger, silap2 aku kena khitan kali kedua!

    segala puji bagi Allah, semoga Dia tak bagi ujian yang tak mampu hambaNya ini lalui. Ameen! hahahahah

  3. admin berkata:

    assalamualaikum..

    entri ni menarik sungguh. saya ada beberapa feedback yang hendak dikongsi.

    saya ada seorang kawan muslim berketurunan punjabi. saya pernah bertanyakan maksud nama punjabinya. Namanya Mimi Kaur Ramday. Dia jelaskan yang Kaur itu maksudnya princess. Ram itu maksudnya Tuhan dan Day itu asalnya ialah Guru, kadangkala tak semestinya Day, boleh juga menjadi Dev atau Dave.

    Jadi dia mengatakan namanya ialah Mimi puteri kepada Guru Tuhan. Dia menjelaskan lagi, ketika zaman pemerintahan British di sini, keluarganya di bawa dari India. Keluarganya di India ialah daripada keluarga Brahma, generasi pertama keluarga mereka di sini masih mempunyai pembantu rumah, sehinggakan kaki neneknya dibasuh oleh pembantu rumah. (Yang saya nampak di sini lebih mirip kepada hamba)

    Dewa, Dev, Day, Devana, Divine( English) kan bunyi lebih kurang sama dan maksudnya agak hampir hampir?

    wallahu alam

  4. tos berkata:

    SALAM…

    AKU SANGAT TERKESIMA MEMBACA POSTING KO YANG NI…

  5. adi isa berkata:

    saya kharus mengkaji lebi jauh, belum dapat feel nya..

  6. rastom berkata:

    Makna setiap kata ada di dalam diri kita. Kita bentuk konsep sesuatu sejauh kemampuan penakkulan kita dan lain orang lain tahap – seperti terdapat di dalam al Quran, tiadalah sama antara yang cerdik, berakal dengan yang bodoh. Satu senario yang menarik jika berpeluang mendengar debat antara mereka yang ahli fiqah lawan ahli usul.

  7. bumilangit berkata:

    pak rastom; “bertapa berat cinta yang ditanggung sehingga dia sanggup lakukan”, lirik kias fansuri. orang bercinta tu kan gila. hujungnya, kita BERANI/MAMPU sebut atau tidak saja.

    adi isa; kongsi hasilnya dengan kita.

    admin; mungkin saja. akhirnya, macamana?

    harap ambil perhatian juga bila perkataan RasululLah saw masih mengekalkan istilah Allah dihujungnya. pada pendapat aku untuk bezakan pekerjaan rasul yang sangat berbeza dengan pekerjaan sami, pendeta dll.
    semoga Allah menunjukkan kita semua jalan yang benar, jalan yang Dia redhai. Ameen!

  8. shah berkata:

    aku teruja….ntah la, sebenarnya kita tak tahu sgt asal usul kita.spt aku rasa kita tidak mempunyai sejarah. terima kasih kerna membongkar sejarah, sekurang2nya aku boleh berbangga.

  9. anakkawi berkata:

    bahasa jiwa bangsa…
    tanpa bahasa tiadalah bangsa…

  10. Dewata mulia raya samalah spt sebutan utk gusti atau tuhan. Jika kita kita biasa guna perkataan tuhanku maka samalah sebutan dewata mulia rayaku..pendapat shj..

    Itu belum lg perkataan sembahyang..baru2 ni je sebutan solat..

    Sembahyang= Sembah Hyang (Nama dewa lagi..)

    Ulama2 terkenal yg bertaraf waliyullah masih sebut sembahyang dalam kitab mereka..

    Pendapat shj..

  11. bumilangit berkata:

    dewa hyang tu saya tak jumpa. seram sejuk juga mencari dewa masa malam sembilan dewa ni. hahaha

    tolong bagi referensi

  12. SangPelangi berkata:

    MasyaAllah. Membuatkan aku begitu sayang kepada bahasa ibundaku, disamping takkan pernah jemu dengan perkataan dakwah itu (kenapa mesti guna perkataan dakwah? Oh, sudah terjawab di entri kamu).

    Izinkan aku masukkannya di dalam Entri Terbaik Minggu Ini di SangPelangi.

    p/s: Bertambah lagi blog yang mesti aku lawat saban minggu. Teruskan menulis bro.

  13. y4ku24 berkata:

    Salam perkenalan dan salam syawal.

    Menarik sungguh artikel ini. Memang penting utk kita lihat kepada siapa sesuatu maklumat itu disampaikan. Lebih2 lagi di dalam medan dakwah. Adakalanya kita terpaksa ‘korbankan’ perkara kecil seperti penggunaan istilah bahasa arab tertentu (yang sesetengah orang ‘alergik’) untuk mencapai matlamat yang lebih utama.

    Sejarah menunjukkan bahawa Nabi saw memangkah perkataan ‘RasulUllah’ sebelum nama baginda di dalam perjanjian hudaibiyah semata-mata kerana pihak quraisy tidak mengiktiraf Nabi saw sebagai rasul. jika Nabi saw bertegas juga mahukan perkataan ‘RasulUllah’, berkemungkinan tidak termeterai perjanjian tersebut. (Jika ingin maklumat lanjut, boleh membacanya melalui artikel saya di http://warungkampung.wordpress.com bertajuk ‘This Month’s Feature: Genius Muhammad bin Abdullah di dalam Perjanjian Hudaibiyah’)

    Walaubagaimanapun, tahniah di atas blog yang informatif. Teruskan usaha anda! Komen para pengunjung juga matang dan berisi. Salam perkenalan semua.

  14. Miera berkata:

    Salam. Jika dilihat maknanya secara harafiah seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewata bermaksud dewa atau sang peri yang berkuasa. Malah dalam Kamus Dewan tersebut contoh ayat yang digunakan juga memetik persoalan yang saudara e-fan kemukakan. Dewata Mulia Raya iaitu merujuk kepada ungkapan sastera lama yang bermaksud Dewa yang Tertinggi.

    (e-fan, aku tak jawab soalan mu. Apa kaitan istilah tersebut dengan empayar Islam – Siam masih mencari lagi)

    Mahu kaji bahasa lebih lanjut bacalah Sulalatus Salatin…
    Aku baru sahaja tamat pembentangan semantik yang mengkaji Hikayat Raja -raja Pasai dan Sulaltus Salatin….

    Wassalam…

    mieza/miera;

    bagus sekali. tapi siapa e-fan? errmm… buat lah blog, ramai blogger yang minat sejarah tau.

  15. Miera berkata:

    salam… maaf saudara penulis blog, aku tersilap kerana blog saudara, aku temui melalui link sahabtku al-irfan… jadi kusangkakan tulisan ini hasil sahabatku al-irfan…
    erm, aku bkn org sejarah tetapi pelajar bahasa yang mengkaji hikayat lama untuk menyingkap kecantikan bahasa Melayu…
    terima kasih atas cadangan saudara…

  16. muhaiminsulam berkata:

    idea yang menarik krn selama inipun tak pernah baca batu bersurat itu. Sampailah membaca dari blog ini…… tahniah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: