jejak melayu-siri satu

Dalam nak mencari cara ‘melayu’ masuk ke tanah melayu ni, aku cuba untuk sempitkan methodnya dengan mula dari kawasan pantai dan ketamadunan awal. Antara kawasan tumpuan aku ialah utara; bermula di langkasuka; barat di melaka dan gangga negara,perak ; selatan di temasek dan linggiu dan timur di pan-pan, tasik chini dan kelantan/patani.

Di selatan tanah air, temasek, kita tahu yang parameswara bila sampai di sana dia bunuh wizurai Siam. Jadi pendudukan siam di situ lebih awal dari melayu (?). dan melaka pula hanya ditubuhkan 1400, dah lewat. Baik aku cari tamadun yang lebih awal. Dalam sejarah melayu pula ada sebut tentang kerajaan siam linggiu di kota tinggi, atau kota gelanggi yang wujud lebih lama dari melaka. Jadi baik kita abaikan melaka dan kawasan selatan kerana siam dari utara lebih establish di kawasan ini.

Di kawasan timur pula, kita dapat tengok Pan-Pan, terengganu dan tasik chini. sayang sumber tulisan tentang Pan-pan, sangat sedikit informasi yang aku dapat cari tentang Pan Pan selain ianya wujud sekitar 3 masihi, lewat seribu tahun dari langkasuka di utara. Pan pan kemudiannya dikatakan evolve jadi Pan Tan i. Patani. Itu kita cerita kemudian. Terengganu 2 pula, sumber terawal yang ada ialah catatan saudagar China yang mengatakan terengganu dibawah perintah palembang pada tahun 1225. sejarah paling awal kelantan yang dapat aku cari ialah pada kurun ke 5, yang mana sejarahwan China Shenyao (414-512) dalam Sung Shunya sudah mencatat nama Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan sebagai sebuah ibu kota di Semenanjung Tanah Melayu. kelantan juga pernah disinggah oleh hero aku, ibn batutta tapi itu cerita lain deeek. Yang penting kelantan lebih lewat dari langkasuka.

Tasik chini pula dikatakan pernah wujud satu empayar besar disitu yang mana naga di dalamnya yang bernama seri gumum. Anaknya, sri pahang yang telah berlawan dengan naga seri kemboja dari kemboja. Dipercayai juga didalamn tasik ini ada kota kerajaan khmer. Menarik juga kalau aku dapat nyatakan disini yang ada sumber dari kemboja yang kata kat chini ni memang pernah ada empayar besar.

Di barat, kawasan gangga negara (qastan zarian) menjadi tumpuan aku. Tamadun melayu hindu ini dikatakan dikatakan dibina oleh raja khmer dari kemboja namun ada juga yang kata oleh raja kedah sebelum kurun ke 2. ianya hancur ditangan raja chola dari selatan India. Kalau betul ianya ditubuhkan oleh raja kedah, maka lebih baik aku tengok sejarah kedah. Jika ianya ditubuhkan oleh raja khmer, dari negara kemboja sari, maka aku kena kaji sejarah mereka pulak la. Haha.

Sebelum kita masuk ke langkasuka, kerajaan kedah tua, iaitu kerajaan paling tua ditanah melayu iaitu sekitar kurun ke 2 (dari tahun 101 ke tahun 200M), perlu juga aku tekankan kat sini, sejarah tamadun paling awal di Indonesia ialah kerajaan tarumanagara sekitar tahun 358M.

Selamat datang anak-anak Naga!Sekarang kita akan masuk kota langkasuka, bukakan pintu kota itu.

Kota langkasuka bukan sekadar pekan biasa. Kita masih bisa melawat kota ini melalui tulisan Liang-shu, penulis sejarah dari China kurun ke 7. katanya,”Its capital was said to be surrounded by walls to form a city with double gates, towers and pavilions. “When the king goes forth he rides upon an elephant. He is accompanied by banners, fly-whisks, flags and drums and he is shaded with a white parasol. The soldiers of his guard are well-appointed. The inhabitants of the country say that their state was founded more than four hundred years ago”.

Aku dah jammed! Aku taktau macamana nak habeskan entry ni. Dah dekat 9 jam aku kat depan PC dengan selang rehat hanya 30min. aku rasa baik aku sambung tulis malam ni.

Sebelum tu, tengoklah video ni, filem terbitan kafir suku thai tentang subjek perbincangan kita, Langkasuka.

info mengenai file ini, disini http://en.wikipedia.org/wiki/Queens_of_Langkasuka.

Untuk pengetahuan semua, puteri ungu, puteri hijau, biru, jarang memang wujud. Tapi biasa la, suku thai, kalau tak bohong, menipu, dan memutar belit sejarah, tak cukup sifat.

4 Responses to jejak melayu-siri satu

  1. Tinta Sisyphus berkata:

    Pergh ada Air Force la.

  2. bumilangit berkata:

    tu baru airforce, ko tak tengok navy dia lagi! ada scorpene wa cakap lu!

  3. azie berkata:

    rajinnya kamu sampai 9 jam di depan pc. oklah, saya sambung baca part 2 pulak.

  4. M.F KENCANA berkata:

    Kota Gelangi dah tenggelam akibat empangan. Saya tinggal di Felda Linggiu di situ…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: