mana asal melayu

saya dah pindah entry ni kepada entry 2 siri- jejak melayu dan empayar islam di nusantara. sila baca kalau berani.

*dalam sibuk cari melayu, aku terpaksa cari beberapa benda lagi, misalnya buku undang2 kedah, hikayat patani dan sabri zain. siapa sabri zain?

13 Responses to mana asal melayu

  1. Fazrul berkata:

    Orang melayu…dari Asia tenggara… ya tu pasti.. tak kira dari indo-cina, jawa, bugis, patani.. yang penting. orang melayu asal dari tanah melayu… ya.. tanah melayu……..

  2. bumilangit berkata:

    ni masalah aku fazrul, aku nak tengok benda ni dari persprektif geografi, sejarah dan biologi tanpa bias. masalahnya aku tak ada kepakaran2 tu. hahaha.

    jika bugis dan jawa dari tanah melayu. sebelum tanah melayu mereka di mana? patani bukan dari tanah melayu. aku syak rumpun asalnya patani.. sabar, nanti aku cuba kupas

  3. Awang Mat berkata:

    Orang Cina di China berasal dari mana? Siapa dan kenapa pula tanah air ini dapat nama Tanah Melayu? Apa pula kaitannya dengan tamadun? Itulah akibat dari hati yang tidak ada percaya. Akal yang tidak tunduk, lalu dipersoalkan segala-galanya, hingga Tuhan pun dipersoalkan secara yang bukan-bukan. Jawapan untuk kaum ini bukan lagi dengan hujah tetapi dengan perang. Kaum ini wajib diperangi (kuat kuasa hukum) kerana musyawarah dan hujah bukan lagi jalan penyelesaian.

  4. adihamka berkata:

    adakah kau cuba membuktikan bahawa melayu juga adalah pendatang?
    jeng..jeng..jeng..

  5. najwan_halimi berkata:

    zul,

    sila buktikan yg melayu ini pendatang. biar terlerai segala kekusutan! jika terbukti, ayuh kita sergah ahmad ismail.

    i do not owe anybody any apology!

  6. admin berkata:

    Awang Mat:

    Saya tidak faham apa yang anda cuba sampaikan. Hati siapa yang tidak percaya? Akal siapa yang tidak tunduk? Kaum ini merujuk kepada siapa? atas dasar apa ianya diperangi? Mohon pencerahan. Terima Kasih.

  7. bumilangit berkata:

    entah la admin, aku pun konfius. semoga dia kaji balik sapa yang letak nama tanah melayu/ semenanjung melayu.

    semenanjung melaka, aku ada la jumpa.

    mungkin dah mabok dengan sejarah tulisan mat saleh.

  8. Tinta Sisyphus berkata:

    Yo yo wassup wassup my nigghaaaz.

  9. leokid berkata:

    Harap2 jumpa la ek. Selamat mencari!

    Ada orang tu kata nak cari Al-Ghazali ngan Al-Shafie, tak tau la jumpa ke tak lagi. hehe.

  10. awangsoh berkata:

    Admin:

    Maksud perang itu suci. Rasulullah pun berperang. Kalau ada yang mencabuli hak kita, wajib pertahan yakni perang. Inilah dikatakan pencerahan.

  11. mosar berkata:

    (KAJIAN SECARA UMUM). Saya pensyarah di IPTA Malaysia dan banyak membuat kajian tentang Melayu. Kemungkinan nama Melayu telah lama wujud sebelum masihi lagi cuma disebabkan kita telah dijajah, banyak fakta dan manuskrip telah dihapuskan. Nama asal Melayu yang tertua dinyatakan oleh Ptolemy di dalam peta dunianya pada 150 Masihi yang mana Tanah Melayu pada ketika itu masih berada atau baru bebas dari jajahan Rom (di bawah perintah Nabi Iskandar Zulkarnain 200-300 Sebelum Masihi(SM)). Nama yang tertera pada peta itu ialah “Malaeokolon” yang bermaksud penghujung tanah di negeri Johor/Kota Tinggi (ada pendapat di Tg Penyabong, Mersing dan juga di Pahang) yang mana ia adalah kawasan penghujung untuk keluar dari Tanah Melayu. Ianya berdekatan dengan Bandar Palanda dan Sungai Palandas (Sg. Johor) and Sabana emporium (Singapore)(SILA RUJUK PETA PTOLEMY). Asal-usul Melayu dari Yunan (selatan China) dan Assam (utara India) juga ada kebenarannya. Mereka adalah serumpun dengan Melayu Sumatera, Melayu Siam, Melayu Jawa dll. Mereka berhijrah ke Tanah Melayu sekitar 1500 SM (atau 3500 tahun dahulu)dan ada pendapat mereka berhijrah sekitar 4000 SM (atau 6000 tahun dahulu). Bangsa Melayu adalah salah satu teras bangsa asal daripada 82 orang yang terselamat dari banjir besar semasa Nabi Noh. Bangsa Melayu juga adalah merupakan waris dari 5 anak dari Nabi Ibrahim dengan isterinya Keturah (Isteri lain: Siti Hajar-anaknya Nabi Ismail dan Siti Sarah-anaknya Nabi Ishak).

  12. mala berkata:

    susah lah nak jumpa sejarah melayu ne, sejarahwan kite banyak dah takde dan cikgu2 kite kurang baca ,,,,

  13. radin mas berkata:

    Bermula akan titah paduka, melayu jua carek kalamnya, menjadi sifat akan sabdanya, bayangan paduka lautan maya, nyata mahkuta singgahsana paduka, diatas dunia puncak mahendra, ibarat cermin seribu mata, melihat akan isinya dunia, maka bila tiba masanya, kehendak paduka meneraju dunia, lalu paduka menurunkan dirinya, dimedang kamula asal desanya, menjadi raja manusia pertama, inilah sastra dibaca pendita, mula cipta rupa nyata, di baca ciri pembuka cerita, hikayat melayu itu adanya, asal paduka manurong dunia, pembuka kota sijagad raya, memulakan wayangan adengan purba, paduka rajalah dalangnya jua, bermula cerita di tanah basra, belum lagi bernama sunda, kerana tanah air sahaja, paduka turun jejak kakinya, tenggelam sekaki gunung jadinya, kirakan wahai yang bijksana, berkurun paduka dibumi nyata, dia yang mula dialah akhirnya, sukmanya itu jadinya kita, batin akan zahirnya kita, titisan mulia didarah kita, keturunan raja pemerintah dharmanya, jangan kita tiada rasa, bukan mudah dipandang mata, barang manusia sementara, tiada kekal selama-lama, sejak mula manusia didunia, melayulah wangsa yang pertama, jangan ada yang mudah mengata, melayu bukan baru ada, turun dari seguntang raya, kahyangan itulah asalnya kita, bukan asalnya kita manusia, tapi dari keturunan dewa, amat sakti tiada tara, anak melayu anak mahawangsa, tahulah sekelian adatnya kita, ada rakyat ada raja, baru sentosa jiwa dan raga, kita melayu ada negara, dimana saja dunia bunia, terkenal melayu dimana jua, pahlawan dharma naga mulia, bersifat arya gagah perkasa, menjadi kalifah bertugas diatas dunia, menjaga keamanan sekelian manusia, ada yang jadi pendita agama, ada menjadi panglima ternama, menjadi raja yang bijaksana, berjuang demi keturunan kita, menyusun cara hidup didunia, tiada kira apa bentuknya, melayu jualah empunya karsa, jangan malukan dirinya kita, tunduk melayu pada yang esa, bukan mereka pengkhianat bangsa, apatah manusia yang hina asalnya, bukan melayu wahai rastana, kita titisan mani wasesa, kita keturunan bharata varsa, ingatlah sejarah melayu purba, para dewata resi dan sidha, pemegang kuasa pengganti paduka, digelar orang pelbagai nama, semuanya anak melayu belaka, seluruh bangsa menghikayat mereka, adunan zaman berganti masa, tiada lupuk dingatan mereka, betapa hebat ilmu saktinya, menjadi pujaan sekelian manusia, menjadi guruan guru dunia, mengajar hakikat hidup beragama, berzaman didunia mencipta nama, terbukti pada ajaran manusia, menjadi bualan sekelian arhana, mengenal tuhan pelbagai cara, mengenal alam segala isinya, ilmu diguna pada manusia, berbakti demi kesejahteraannya.
    Inilah hikayat bicaranya sida, paramuni pancamalaya, mendapat ajaran paduka raja, dituntut diamal melayu mulia, hebat melayu dipandang manusia, bergetar dunia melihat mereka, saktinya melayu tiada tara, contohi mereka sekelian yang ada, agar menjadi manusia berguna, berbakti pada paduka raja, baru melayu namanya kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: