minyak turun sekupang, apalalu paklah!

bernama news umumkan tadi mulai esok minyak turun seploh sen setelah naikkan rm0.70 jun lepas.

gatal gila tangan aku nak blog bila dengar berita ni. aku dah berhenti hisap rokok dah dekat sebulan, tapi ketagihan blogging ni lagi teruk dari ketagihan rokok rupanya!

pengumuman penurunan harga minyak sebanyak seplohsen ni merupakan anti klimaks kepada pengharapan rakyat yang tinggi agar minyak turun sehingga mpatploh sen seperti yang diura-urakan oleh media cetak. manakan tidak, kenaikkan harga minyak jun lepas telah merencatkan sambutan hari raya tahun ini dengan sebegitu teruk.

rata-rata pengguna cuba berjimat cermat, sehingga para peniaga merungut hasil jualan pada tahun ini jatuh teruk.

tips untuk berjimat masa raya;

1) tak perlu beli baju melayu yang baru, beli dye (pencelup) dan bubuh warna baru sahaja.

2) jika tak balik kampung kerana minyak mahal, sembunyikan kereta dan kasut anda agar anak2 jiran tak datang mintak duit raya. untuk kesan yang lebih mantap, pasang papan tanda ‘untuk dijual/sewa’ di pintu pagar anda.

3) jika anda ada anak, kenakan komisen 25% bagi setiap duit raya yang dipungut. anda juga digalakkan ziarah ke rumah2 bos anda untuk kumpul duit raya untuk anak2 anda. ingat skrip ni, “takpe lah bos, kami taknak masuk, nak duit raya je”.

4) kalau terpaksa beri duit raya, bagi duit syiling duaplohsen tiga keping dan bagi tau kat budak2, “ni duit besi, tu duit kertas. besi dengan kertas mana lagi mahal?”

5) mula shopping kat jalan TAR dan Chowkit masa malam hari raya, masa tu peniaga dah lelong dengan harga separuh.

6) cuba resepi lain untuk hidangan hari raya, misalnya biskut empat segi bersama milo atau megi kari dengan telur.

7) serdak/habuk kuih raya tu boleh diguna semula! kumpulkan dan letak dalam cawan kertas (macam cupcakes tu) dan siram air gula- ala.. macam nak buat biskut cornflakes tu. letakkan ceri di atas untuk hiasan.

selamat mencuba!

13 Responses to minyak turun sekupang, apalalu paklah!

  1. Raktamrittika berkata:

    Berjimat.. hahahahahaha!! Apala..

    Kerajaan kita dah “buang tebiat” sebelum ajal!

    link:
    http://raktamrittika.wordpress.com/

    ok bos!

  2. […] turun 10 sen saja! September 24, 2008 ..tips untuk menukar cara hidup kini disediakan oleh bumilangit. Selamat […]

  3. pedangbiru berkata:

    Biasalah.. Time naik banyak.. Time turun sikit jer….

  4. Zubli Zainordin berkata:

    Bila pintu rumah Menteri Besar, dibukakan pada 1 Syawal, masuk satu keluarga, duduk situ makan dan minum, sampai seketika sebelum waktu pintu rumahnya ditutup,

  5. batu_sejuk berkata:

    Tips no.1 tu,sejak dari zaman paklah tiap² taun member aku buat.Memang berkesan.Sampai aku sendiri pun tak perasan.

  6. ladymariah berkata:

    aku paling suka yg no 7 tu. hahahaha.

  7. Affuan berkata:

    bodo la pak lah. naik tentu menyusahkan. turun pun susah juga. pak lah turun la. nyusahkan orang jek. bodo punya orang tua.

  8. lydiarayyan berkata:

    takut plak nak makan kuih no.7 tue

  9. armadrafar berkata:

    satu liter jimat 10sen,
    dua liter jimat 20sen,
    tiga liter jimat 30sen…
    cukup 10liter jimat RM1…
    pastu RM1 tu aku bagi budak buat duit raye….
    baek nye aku….
    heh he…

  10. bumilangit berkata:

    pedang biru; itulah kebijakan ekonomi paklah.

    tuan zubli; kalau dia tutup pintu tapi kita belum sempat keluar?

    batu sejuk; owh, dalam kes kamu kena kloroks dulu baru dye balik.

    ladymaria & lydiarayan; takyah la buat kuih ni, aku tipu je. kang ada plak korban di pagi syawal.

    affuan; kutuk je, raya nanti, kita pi umah dia mintak maaf dan makan kueh raya, yeay!

    armdar rafar; kalau ko baekk sangat, bagi la kat aku sama… blueekk..

  11. faerrin berkata:

    hahahahahaha…lawak la lu bro…aku nak cube idea yg last tuh..salam raya!!!

  12. teruskan usaha! selamat hari raya!

  13. Master Yoda berkata:

    Nak citer psl penurunan harga petrol…

    Seposen = dua biji gula2

    Dua biji gula2 ni la duit raya tuk rakyat Malaysia bile mane depa isi petrol seliter

    Kah kah kah

    Amik cth kete Myvi S.E, isi full tank (40 liter) tuk blik kg, 40 x RM 0.10 = dpt la jimat RM 4

    Dpt la bg duit raya lebih tuk 4 org budak….

    Kah kah kah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: