penawar 916

aku dapat sms ringkas dari saudara aku. katanya, “ini ubat untuk 916 dan semua masalah politik malaysia hari ini, 3:26”

aku terus capai al quran terjemahan aku dan selak surah ali imran, ayat 26,

“Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

aku ketawa besar! teringat aku simbol 4 ‘wau’ yang terpahat sebagai ingatan untuk khilafah uthmani di turki. mereka menggunakan empat huruf wau sebagai simbol untuk mengingatkan bertapa rapuhnya kuasa yang mereka pegang agar sentiasa berlaku adil dan masa yang sama bertakwa kepada Allah seperti yang terkandung dalam ayat ini. itu khalifah, yang menjaga hampir satu dunia, ini paklah, yang menjaga negara kecil malaysia.

semoga kita tak termasuk dalam golongan yang al ghazali sebut dalam kitabnya, intisari filasafat iaitu golongan yang sombong dengan Allah, macam namrud dan firaun.

ameen

4 Responses to penawar 916

  1. wunan berkata:

    mudah-mudahan kita tidak macam tu..

  2. Fazrul berkata:

    Salam Tuan,

    Selalunya apa yang terjadi sudah menjadi suratan… atau secara kebetulan…?

    salam mesra,

  3. laxmana berkata:

    Salam…

    MY QUOTE OF THE DAY :
    “Hal yang terbaik adalah tidak merasa takut akan apapun, kerana kita adalah DUTA DARI KEBENARAN, dan segala hal yang palsu (maya) pasti hilang cepat atau lambat. Itulah semua yang harus anda percayai” -peace-

  4. rastom berkata:

    Jangan lupa trinity = firaun, qarun, haman🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: