kebebasan bumilangit

tadi aku dapat konfemasi. konfem sekonfem konfemnya yang kerajaan federal baru akan dibentuk tak lama lagi. bila? Allah saja yang tahu.

umno/BN tahu, perkara ini akan berlaku maka mereka telah berusaha sedaya upaya untuk MELENGAH2 kan keadaan dengan membawa lari MP ke taiwan, cuba meragut keharmonian kaum melalui ISA dan yang terbaru usaha untuk membawa masuk Tun mahathir kembali kepada UMNO untuk memberi harapan baru kepada ahli Umno yang mula muak dengan politiking tahap sampah pimpinan mereka.

lengah bukan bermaksud gagalkan. tadi aku dapat briefing dari sumber kuat yang mengkonfemkan peralihan kuasa ini. malangnya tak dapat diadakan pada 916 atas sebab teknikal. namun ia akan tetap terjadi.

jadi bumilangit akan dapat rehat bersandar sebentar memikir plan pasca peralihan kuasa. tak mungkin aku akan terkejar2 dato menteri mintak projek di lobi parlimen. haha. cukuplah Allah sebagai Tuhanku, cukuplah Allah dalam hatiku.

cukuplah dengan kebebasan itu

10 Responses to kebebasan bumilangit

  1. duniabaru berkata:

    En. Bumilangit,

    1. Masih lagi menyalahkan org lain even plan sendiri tidak berjaya?

    2. Kenapa tidak mengatakan ianya “PEMBOHONG BESAR” atau “PEMUNGKIR
    JANJI” ?

    3. Belum ditubuhkan kerajaan, jika dpt kerajaan,berapa byk lagi kemungkaran berlaku.

    4. Fikir2kanlah. Jangan terlalu taksub kepada individu.

  2. bumilangit berkata:

    dunia baru, terima kaseh kerana buat bentuk poin.

    1. misalnya begini, 2 team bola dalam satu perlawanan. team BN tengah mendahului 1-0. tinggal 30 min sebelum permainan tamat, 3 pemain pasukan BN kena kad merah dan keluar padang. kerana takut kalah, mereka bawak lari bola bersama2 tiang gol mereka, lepas tu ejek pasukan pakatan yang mereka tak boleh masukkan gol. aci apakah seperti ini?

    2. ya! tunku abdul rahman juga penipu besar dan pemungkir janji bila gagal tubuhkan Malaysia pada 31 ogos 1963, sebaliknya ditunda pada 16 sept tahun yang sama. tak perlu obses dengan nombor. yang penting jadi.

    3. soalan ini aku tak paham tapi aku cuba jugak jawab. kemungkaran apa yang umno tak buat? arak; menteri umno pegang, judi; kroni umno pegang, maksiat zina; tiada nampak umno nak bendung. kat dalam tv terus galakkan pakai dedah2. jatidiri zero.

    4. yang aku sembah bukan anwar dan dia bukan taghut aku. tapi aku yakin (dengan izin Allah), dialah calon terbaik untuk naikkan semula cahaya Islam. iaitu islam yang ada dalam Quran dan sunnah, yang dipersetujui oleh ulama2 besar. bukan islam penuh sentimen yang menindas kaum lain dan menjerit, “aku hebat! aku hebat!” ala Umno.

    Allah lebih tahu (kerana aku mungkin saja salah!)

  3. tos berkata:

    kau dah kena bar dari blog ini. kau dah ganggu ketenteraman dan ketertiban awam.

    pergi la kacau blog orang lain…. bueeekkk😛 -bumilangit

  4. bicarasamaawan berkata:

    Hehe. Kita akan bebas merdeka!!

  5. Sinatra_Z berkata:

    Come on la john..

    Inikah kebebasan bersuara… Apa la dia kata?

  6. bumilangit berkata:

    owh, tabley kawan ku zaidel.

    nanti sebab komen dia, aku yang kena ISA. ko tak sayang aku ke?

    tos: bluuueekkk😛

  7. Sinatra_Z berkata:

    aku sebenarnya lebih sayangkan gadis gadis

  8. bulanmalam berkata:

    BLEUIKKKKK KAT TOS RAMAI-RAMAI…

    Bikin rosak ini budak…

    Jangan masuk ISA Zul..

    Nanti tak leh minum dekat Oldtown.

    Aku nak White Coooofee..

    Hahahahha…
    🙂

  9. rastom berkata:

    Dalam boxing ada TKO. Secara teknikalnya 16Sept sudah berjaya. Cuba lihat rentetan perisitiwa sebelum/selepasnya. Kesemuanya menjurus kepada apa? Jauhari saja yang nampak…..

  10. bumilangit berkata:

    jauhari hanya mengenal manikam pak rastom, kekekek

    epul; kopi putih. ironi kan? tp bes.. insyaAllah, kita akan berkopi lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: