jangan jadi speker

bila anda berada dalam lingkungan gerakan politik, dalam sembang2, anda pasti akan jumpa manusia jenis speker ni. tak, bukan pandikar amin mulia. ni speker hi volume yang hingar dan berdengung. bukan kerana hanya pandai cakap (tak buat kerja), bukan kerana suaranya kuat, tapi kerana tidak mendengar. anda pernah bercakap dengan speker?

bercakap dengan speker adalah satu perbuatan yang  bodoh. betol! ia takkan mendatangkan sebarang hasil kerana speker hanya pandai keluarkan bunyi, tapi tak reti berhenti dan mendengar.

sifat2 seorang speker.

hidung tinggi; sembangnya selalu bongkak, tak mahu rendah diri. orang lain (pendengar) semuanya lebih rendah kastanya dari sang speker.

dada tinggi; kata2nya sering bermula dengan ‘aku’, misalnya, “aku lah yang paling berani masa tu semua orang takut”. “aku terus sound dia”. “akulah yang selamatkan dia, kalau tak…”

ilmu tinggi; ini sifat wajib bagi seorang speker. ilmunya tinggi, lebih tinggi dari highland tower dan kl tower. biasanya pendengar akan terkebil2 mata bila sang speker mengeluarkan hujah, jika ada yang melawan, sang speker akan keluarkan hujah yang lebih power untuk tidak kalah. kalau nak kalah, sang speker mungkin akan mereka2 cerita untuk menegakkan tali rapia yang basah. contoh ayat yang melibatkan sifat ini ialah, “aku kenal mamat tu sebelum dia lahir lagi”, “mat taib tu dulu main guli dengan aku masa kecik”, “aku dah baca game ezam sejak 1997 lagi, aku dah agak dia akan khianat anwar”.

kenapa ‘dosa besar’ menjadi speker?

pertamanya, orang tak suka speker ni kerana speker akan cuba dominasi suatu perbincangan. jika perbincangan itu perlukan keputusan, maka perbincangan itu akan gagal. jika perjumpaan itu hanya suka2, dengan kehadiran sang speker, dia akan jadi ceramah kelompok. dia mahu jadi pusat perhatian. ya, badut di meja makan, itu pastinya menarik perhatian!

kenapa badut? kerana sang speker menunjukkan kelemahan dan kebodohan dirinya sendiri. tahukah kamu setiap kali bercakap, orang akan menilai kamu? kita biasanya bercakap 120-150 perkataan seminit sedangkan dalam otak kita yang laju, kita mampu proses 600-800 perkataan seminit! bayangkan berapa banyak si badut tu kena kutuk dalam hati si pendengar. oleh itu ingatlah, fikir 2 kali sebelum berkata sekali

habis, gimana?

kita harus belajar menjadi pendengar yang baik. aturan nombor satu: jika kamu mahu orang dengar cakap kamu; bagi perhatian bila mereka bercakap!

bagi respon yang sepatutnya, dari segi fizikal ataupun verbal. jangan potong cakap mereka hanya kerana kamu lebih tahu subjek itu, mungkin dia akan lupa nak cakap poin utama, dan maklumat tak sampai kepada kamu, akhirnya salah paham timbul.

akhir sekali, saya ingin berkongsi nasihat cikgu tua saya dengan semua. katanya, “jangan selalu tunjuk pandai, nanti tak dapat ilmu”. kalau kita cakap macam kita tahu semuanya, nanti orang ingat kita ni dah pandai sangat dan tak ajar kita. rendahkan diri, ingat, ular menyusur akar, takkan hilang bisanya! Allah lagi tahu.

9 Responses to jangan jadi speker

  1. Fazrul berkata:

    kat rumah aku ada speaker yang dah tak berbunyi pasai alat amplifier aku dah rosak…

  2. Sinatra_Z berkata:

    aku ada sepasang beli speaker best dari Jalan pasar bunyinya sedap. Malangnya tak boleh main dengan pemain piring hitam aku sebab amplifier aku takde phono jack.

  3. bumilangit berkata:

    fazrul dan sinatra;
    metafora korang tinggi sangat. tak tercapai akal ku

  4. Pembebel berkata:

    Aku ada speaker kereta. Ada 5 bijik semuanya. Dua twitter, satu sub-woofer 12 inci dan dua Sony-Explod nyer mid. Aku ada dua power amp tapi satu je guna sebab belum ada pre-amp. Nanti dah beli pre-amp, aku nak pasang dua2.

    Kalau speaker aku bising, aku tutup je radio. Kalo ‘speaker’, kita berkas ‘ia’ dan sumbat je dalam mangkuk jamban. Abis cerita.😀

  5. bumilangit berkata:

    trimas pembebel. aku nak buat macam tu tapi bos aku tak bagi sebab mungkin jeopadized 916. kalau 916 tak jadi, aku akan pikirkan semula idea tu secara serius.

  6. Pembebel berkata:

    Sila tanya aku kalau mahu apa2 tool menyeksa ‘speaker’. Akan aku sedaya upaya sediakan.😀

  7. Master Yoda berkata:

    Baik jadi tape recorder…

    Senyap je…

    Even dlm bekerja pon dia senyap je…

    Tahu2 dah ade mende yg dah rekod….

    Cuma kene hati2 and jaga la ngan magnetic tape tu,kot2 berhabuk ke terbelit ke….

    Erk,faham ke metafora hamba ni???

  8. raktamrittika berkata:

    woooo…
    Kalau ada ler 6 speaker ni kat satu kampung, mau jahanam kampung tu!
    Pernah le juga aku masuk kedai makan yang ada banyak speaker…
    Siaran radio lain-lain lak tu.. satu radio siam..radio cina..radio tamil pun ada..

    Selalunya radio cina yang paling high volume dia.. speaker murah kot.. BERDENGUNG je aku dengar. Walau tak paham sepatah haram, aku sempat tangkap la 2-3 perkataan.. cam UMNO lancau… kasi taichi itu Ahmatt ..
    PR itu..PR ini..manyak bagutt..hehe!!

    KORANG NAK TAU APA “SUDAH” JADI NGAN 16 SEPT ??.. GI LAWAT:
    http://raktamrittika.wordpress.com/

  9. bulanmalam berkata:

    Mahal kena bayar nak dapat speaker ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: