rakyat tak perlu 916 sebenarnya

lagi sepuluh hari. anwar nampak relaks. paklah ketar lutut. umno kelam kabut. pengikut anwar cuba buat muka konfiden, berbuih mulut cerita serata kampung yang ahli parlimen dah tak sabar2 nak lompat. dalam hati goyang juga.ini kerja gila!

dalam masa yang sama muncul ramadhan, bulan istimewa buat semua orang- muslim dan non muslim, terutamanya di malaysia. sini, ramai rakan2 non muslim turut ‘berpuasa’ untuk menghormati sahabat muslim. mereka tidak makan secara terbuka, walaupun tak pernah ada enakmen dalam undang2 sivil atau syariah yang melarang mereka berbuat begitu, tapi mereka atas dasar kasih sayang, memilih untuk tidak makan. ada juga yang bersama2 muslimin berbuka puasa semeja. mereka juga menyambut ramadhan ala malaysia – di pasar juadah!

ini malaysia-model negara baru dunia yang warganya adalah kosmopolit yang belajar berkongsi bumi ini dengan toleransi dan timbang rasa. memang masih ada beza pada bahasa dan warna kulit, namun itu semacam sudah tidak penting lagi, tiada signifikan. ini yang istimewa pada malaysia, yang menjadikannya model yang baik untuk masa depan dunia.

dalam masa timbang rasa itu disanjung, yang paling penting, ‘rasa selamat’ perlu dipupuk untuk menekan sebarang ugutan yang cuba mengganggu ‘timbang rasa’ ini. keadilan mesti dijaga, maksudnya bukan saja selamat bila hak kamu tidak diambil malah selamat bila aku tidak mengambil hak orang lain. hak ini melibatkan beberapa aspek antaranya nyawa, harta dan maruah, dalam erti kata lain, kesopanan (melalui timbang rasa) yang terbentuk menjamin keadilan dan rasa selamat. mungkin ini yang malaysia belum ada. haha. tapi harapan masih ada untuk ini.

rakyat malaysia sebenarnya sudah tak perlukan 916 untuk perubahan. dalam minda dan hati, kita sudah bernawaitu untuk berubah, malah berubah itu bukan sahaja nampak baik, tapi wajib! 916 hanya perubahan pimpinan, yang akan melakar sejarah baru dalam politik negara, tapi perlu ingat, malaysia takkan berubah jika minda rakyat gagal diubah. pokoknya rakyat itu sendiri. percayalah, jikalau 916 ditakdirkan Tuhan gagal, malaysia akan tetap berubah.

india, cina, melayu akan lebih rapat, kurang curiga. saling jaga menjaga.

rakyat dah tak perlukan sangat 916 ni sebenarnya, ia hanya kasi sempurna

15 Responses to rakyat tak perlu 916 sebenarnya

  1. Sinatra_Z berkata:

    Aih dah bagi alasan awal-awal ke?

  2. bumilangit berkata:

    kau tak ikot mahathir ka? dia dok buat istikarah kat surau tu; bangalore ke mumbai

  3. Pembebel berkata:

    Alasan kukuh! Heh heh.

  4. muhammadridwanto berkata:

    Zaidel,
    aku setuju dengan entry kawan ko ni..
    Anwar terlalu gelojoh…
    Jadilah Ketua Pembangkang yang baik……
    Jangan terlalu gelojoh dengan kuasa…

  5. raktamrittika berkata:

    SALAM.

    Jangan takut melanggar pantang,
    Jika pantang menghalang kemajuan.

    Jangan segan menentang larangan
    Jika yakin kepada kebenaran.

    Jangan malu mengucapkan keyakinan,
    Jika percaya kepada keADILan.

    Jadilah bangsa yang bijaksana
    Memegang tali memegang timba
    Memiliki ekonomi mencipta budaya
    Menjadi tuan di negara Merdeka!

    Pesanan untuk umat melayu oleh allahyarham USMAN AWANG. Sila ke http://raktamrittika.wordpress.com/
    Sama2 kongsi pasal MELAYU.

    WASSALAM

  6. Karipole berkata:

    Betul tu, minda rakyat perlu diubah dan sedang berubah. Malangnya proses transfomasi ini terhalang dengan kerajaan yang tidak jujur dalam mendidik rakyat. Segala fakta diselewengkan untuk kepentingan politik, perjuangan berubah-ubah, cakap lain buat lain dan semua ini berpunca dari perjuangan tidak mengikut landasan yang benar. Kerajaan sentiasa menyemai pemikiran prejudis yang terbukti banyak membantu dalam survival politik mereka. Oleh itu 916 sangat penting sebagai satu turning point dalam merombak kembali mindset rakyat yang telah cemari sejak 50 tahun. Tapi jangan 916 dijayakan berdasarkan emosi atau dendam kerana kita bimbang terhadap kesan yang lebih membinasakan, jangan kita taksub kepada satu satu badan siasah dan berfikirlah dengan rasional.

  7. rastom berkata:

    Alasan! Alasan
    Jangan cemarkan demokrasi konon..
    Rakyat sudah buat pilihan konon…
    jangan jadi PM ikut pintu belakang konon….

    Porrrrrah!
    Tolong tunjuk mana pintu depan kalau mau jadi PM
    Paklah ikut pintu mana? Dia masuk celah tingkap tika Mahathir menangis
    Mahathir jadi PM ikut pintu mana? itu rahsia ghazalie Shafie
    Tun Razak? Air mata Tengku Abd Rahman jadi pelincir
    Anwar gelojoh?
    Porrah!
    Aku, kau dan semua rakyat punyai visi
    Cukuplah, jangan lagi sampai harus menanti lagi 50 tahun
    Hidup laksana lembu dicucuk hidung
    CukupLah, SudahLah..UndurLah

    Rakyat sudah memberi mandat –> LESEN BESAR!
    Untuk WakilNya melakukan yang terbaik untuk mereka
    Inilah demokrasi,
    ayuh lompat parti!

  8. Sinatra_Z berkata:

    Haa macam tu lah rasom yakinlah dengan september 16,

    Saudara Anwar sudah yakin dan Janji pasti jadi.. Usahlah memberikan alasan kerana takut pohon yang ditanam tidak berbuah.

    Ayuh putrajaya September 16

  9. bumilangit berkata:

    pertama, aku tak yakin dengan nombor kerana sudah selalu ditipu. tok sami kata naik! aku beli, HARAM tak naik. kah kah kah!

    kedua, aku tak yakin dengan politikus, pembohong! kata tak kawin-dia kawin. kata nak struktur harga minyak-dia penaik harga minyak! kata tak cari harta berjuta-juta- penuh poket scomi!

    ketiga; aku tak yakin 916 dapat ubah Malaysia. rakyat yang akan ubah. 916 is merely a number.

    sinatra zaidel,
    If you can look into the seeds of time, and say which grain will grow and which will not, speak then unto me.
    -William Shakespeare

    pak rastom,

    R for Rastom!

    rakamtika,
    naik bulu rome kome

    wiranto,
    gelojoh, dinamik, progressif,

  10. batu_sejuk berkata:

    Cepat naik cepatlah turunnyer….
    [img]http://i1.iofferphoto.com/img/item/288/497/61/o_64411624_o.jpg[/img]

  11. bumilangit berkata:

    turun cepat lagi bagus. taklah kena jolok macam yang dulu-dulu

  12. lagi cepat lagi bagus

  13. muhammadridwanto berkata:

    hahahha,
    pak rastom dan cita2 politik nya,,,,
    hidup rakyat hancur pemimpin penipu…

  14. bumilangit berkata:

    ya, hidup rakyat dan hancurlah pemimpin penipu. amin!

  15. Master Yoda berkata:

    Alhamdulillah,setakat ni hubungan hamba ngan rakan2 hamba yg non-Malay msih lagi seperi biase…

    Masih lagi bleh chit chat psl isu semasa,politik and so on so for…

    Eventhough,byk dah kenyataan2 racist yg dilihat cube mengancam kestabilan ikatan perpaduan antara kaum2 di M’sia…

    Ape slhnye,mereka2 ni bertenang,memikir kembali ape yg diucap atau yg dibuat …

    Jika dilihat ape yg diucap atau dibuat tu blh menimbulkan rasa gusar dan tidak puas hati di kalangan kawan2 yg dah lama semeja,meminta maap dan memaafkan adalah cara penyelesaian yg terbaik…

    Tapi,mereka2 ni seolah-olahnye memilih cara BERKERAS dan BERDEGIL…

    Alahai….Kolot sungguh pemikiran mereka2 ni…

    Ade jln penyelesaian yg singkat,dipanjangkan dan dileret2kan smpi tak tau kemana…

    Ade ketua yg leh wat keputusan,dilihat layu dan longlai tuk BERTEGAS dek keasikan dibuai mimpi….(“Ape nama,DNA baru ni ke DNA lama”….Buat malu je)

    Dah la,tak larat hamba nak komen….

Tinggalkan Jawapan kepada bumilangit Batal balasan