hamzah plak masuk spital

dalam bulan puasa ni, Allah nak uji hambanya dengan macam2 cara.

pagi tadi masa bangun sahur Hamzah menggigil. aku tahu dia demam – dah seminggu selsema. tapi pagi ni aku rasa tak sedap hati.

aku peluk hamzah kuat kuat. haba badan dia panas. saja aku henjut2kan badan aku sambil menepuk belakang dia agar hingusnya keluar. budak umur 8 bulan belum tahu hembus hingus.

aku masih tak puas hati. memang ada yang tak kena. aku suruh ika bukak lampu. Ya Allah, anak aku dah kaler biru!

melompatlah kami laki bini, hospital mana nak pergi pukul 4 pagi? last-last pergi la ampang puteri.

dia punya pendaftarnya ramah sekali. “tak pe encik, bawak anak encik masuk dalam dulu, kita periksa, tinggalkan mykid kat kami”. sekali lagak macam peramugari. (mengingatkan aku, ini swasta, bukan gomen!)

hamzah fateh sekarang kat wad paed dengan mak dia.

aku? jenuh nak korek tabung lepas ni… wahahahahaha!

14 Responses to hamzah plak masuk spital

  1. mudin001 berkata:

    Bro,

    Semoga anak kamu cepat sembuh. Duit boleh dicari, anak tiada ganti.

    Salam Ramadhan!🙂

  2. Sinatra_Z berkata:

    Semoga anak ko ok.
    Ko kena pikir pasal insurans lepas ni napaknya..

  3. admin berkata:

    hrpnya ada ruang untuk aku jenguk anak kau bila ada waktu senggang nanti.

  4. Fazrul berkata:

    Salam Bro,

    Sabar, my kid pun baru ja keluar dari bagan specialist center, demam panas, umur baru 8 bulan, Kena campak kecil..Semoga anak you cepat sembuh..

    Salam Mesra,

  5. Nur Hakim berkata:

    Semoga cepat sembuh…

  6. rastom berkata:

    Pepatah untuk ingatan: Ibu sakit hanya ketika melahirkan, bapa sakit mulai dari mula mengazankan/qamatkan anak sehingga anak itu berkahwin….korek tabung bagi yang ada tabung…kalau tak ada tabung…..apa lah nak di korek korek…

  7. saiful berkata:

    al-rastom, correct, correct, correct…..

  8. bumilangit berkata:

    sinatra; dah ada insuran, tp selalunya diorg caj lebih, so kena top up.

    pak rastom; itulah perkataan yang paling bijak saya pernah dengar! kita patut buat persatuan kaum bapa la. hehe

    admin/adihamka; datang le, pelita nasi kandar dekat saja.

    tok mudin; hmmm… btol tu, dah nama bapak ni, kalau tak der duit tapi sebab sayang kat anak, macam2 dia usahakan.

    fazrul; anak aku dua2 belum kena demam campak.. uwaaa…

    nur hakim; amin!

    ~trimas semua.

    nota tapak kaki,

    awek2 nurse kat ampang puteri dah tak cun macam dulu. so setakat ni anugerah ‘hospital yang paling banyak nurse cun’ masih dipegang oleh hospital selayang.

    ramadhan kareem…. hehhehehe

  9. bulanmalam berkata:

    Zul, aku doakan Hamzah cepat sembuh.

  10. nini berkata:

    maaf terlewat ucapkan ucapan semoga sembuh….bgmn keadaannya sekarang? pls take care of him. i doakan u sekeluarga sihat2 belaka.

  11. mahyuddin berkata:

    salam, semoga ur son semboh n sihat, insyallah….banyakkan doa, minta murahkan rezeki dari Nya.

  12. raktamrittika berkata:

    Salam.

    Semoga saudara dan keluarga tabah menempuh dugaan Allah!
    Semoga cepat sembuh anak saudara tu, saya doakan. InsyaALLAH!

  13. bumilangit berkata:

    hamzah dah kuar spital. mak dia pulak dmam. trimas buat doa tman2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: