BN cuba takutkan rakyat di PPauh tapi..

Ogos 17, 2008

BN seperti biasa, mempergunakan jentera kerajaan untuk memastikan kuasanya tidak tergugat.

dalam pilihanraya kecil, polis sering diperkudakan untuk menyakitkan hati dan menyinggung ketenteraman rakyat selain  menakut-nakutkan rakyat. seperti di ijok, kerajaan BN menghantar FRU, SB dan polis2 untuk menggelisahkan rakyat pematang pauh. selain roadblok, kehadiran polis dengan trak meriam air menimbulkan rasa tak senang dikalangan orang2 kampung.

tapi kami di AIC juga belajar apa itu agitasi. dan ini jawapan kami

berhentilah gunakan polis. mereka bekerja untuk rakyat, bukan untuk penuhkan saku kamu. water cannon? bueeekkk… tak takut~

Advertisements

saiful bukhari hero rakyat Malaysia

Ogos 15, 2008

tadi saudara saiful bukhari telah bersumpah dengan nama Allah yang dia telah diliwat oleh bekas majikannya, Anwar.

kita juga jangan lupa penat lelah perwira2 negara yang berhempas pulas mempertahankan nama negara sebelum ini. nama2 seperti umi hafilda, khalid jafri, azizan sanggup bergadai maruah untuk membuktikan apa yang mereka cakap itu benar.

apakah ganjaran yang kerajaan bagi untuk mereka? tiada! Khalid jafri semasa pengkebumiannya tiada seorang pun menteri (yang dahulunya memuji2 keberaniannya) menziarahi pusaranya. Azizan pula setelah ditangkap khalwat terus hilang. saya cadangkan dia pergi membantu perjuangan saiful dan memberi khidmat kaunseling peribadi kepadanya. (khidmat kaunseling je tau, jangan lebih2!). Umi hafilda pula yang mengaku pernah tidur bersama Anwar macam sasau. kali terakhir aku jumpa dia ialah masa forum Mahathir dekat hotel PJ. terhegeh2 nak mengampu Mahathir. geli geleman aku tengok.

sebenarnya bersumpah ini tindakan yang terdesak, hatta bersumpah dengan nama Allah sekalipun. jika kamu ada bukti yang kukuh, tak perlu sumpah, buktikan saja. aku suka nak tengok macamana reaksi saiful dalam mahkamah.

peguam: kamu diliwat anwar?

saiful: benar

P: best tak? kamu suka?

S: dia paksa

P: tapi ini kata kamu suka sama suka. jawab soalan saya, kamu suka tak?

#aku nak pergi pematang pauh ni, jumpa lagi lusa, insyaAllah


Untuk Insan Tertutup Minda

Ogos 13, 2008

UiTM

**respon kepada kebengapan mereka yang menentang kemasukkan bangsa lain ke dalam Tanah Haram Universiti mereka.


lokasi zulkifli noordin

Ogos 13, 2008

selepas trajedi Bar Council, bertubi2 bom dilepaskan kepada encik Zul dari pihak berkuasa PKR. dalam suara keadilan, dalam ruangan cilipadi, sekali lagi menghenyak Zul dengan kata2 kesat. sebelum itu, timb pres PKR, Syed Husin Ali telah keluarkan kenyataan rasmi yang sangat keras, menghukum encik Zul.

dengan itu, kita juga tak perlu terkejut dengan kenyataan ugutan dari Pres PAS untuk keluar Pakatan selepas 16 sept dan bagi aku itu tindakan yang bagus. kita lawan untuk keadilan  kerana Islam tuntut keadilan dan maksud keadilan dalam islam itu luas-seluas-luasnya sehinggakan bukan muslim hatta yahudi pun dijamin haknya. namun bila perjuangan kita, sudah tidak selari dengan kehendak Allah, kita perlu koreksi.

namun, bertapa kangkalikong-nya PKR, seperti hukum lojik tidak dipakai. misalnya begini, jika ahli PKR, sertai dan menjadi aktivis HINDRAF, sebuah pertubuhan yang tiada asas yang kukuh (nak perjuangkan Indian atau Hindu?) ianya tak mengapa kerana menguntungkan PKR, namun bila encik Zul sertai bantahan dalam kes Majlis Peguam, pentadbiran PKR betul2 berang sedangkan membela Islam adalah suatu yang hak (bagi muslimin).

and they talk about equal rite. justice my foot!

sedar tak sedar, kehadiran Zul dalam majlis tu telah menyelamatkan muka PKR dari menjadi sebuah parti yang tidak sensitif terhadap Islam malah pemimpin muslim PKR  yang lain patut bersyukur kerana diwakilkan oleh Zul. jika tidak, nampak sangat Muslim dalam PKR tak ada jantan dan telah dikasi. samalah jadi dengan pemimpin2 Umno yang mereka kutuk selama ini; pondan, darai dan pengecut!

kalau Zul nak keluar PKR lepas ni, aku harap dia bagitau kat aku sebab aku akan follow dia. dah haru biru PKR ni. entah apa yang mereka cari. hak sama rata? kebebasan? keadilan? untuk apa semua ini? korang nak jawab apa kat Allah nanti?

Saidina Umar ra, pembebas kota baitul berkata;

“kita ni kaum Muslimin dimuliakan Allah kerana Islam,

jika hang cari kemuliaan yang lain dari Islam;

Allah akan hina hang”

di mana Zulkifli noordin? kat mana lokasi beliau? dan ke mana beliau selepas ini.

bumilangit cerita tentang forum majlis peguam

bumilangit cerita tentang umar ra

bumilangit cerita tentang hindraf dan lagi sekali tentang hindraf di sini


mekanik di Institut Jantung Negara

Ogos 12, 2008

aku baru pulang dari IJN bersama safiah untuk follow up kes jantung berlubangnya. kira-kira 6 bulan lepas, kami sudah pergi untuk pemeriksaan kali pertama yang mana doktor telah mengesahkan jantungnya berlubang (ASD). semasa konsultasi, doktor tu kata dalam check up berikutnya, mereka akan ukur lubang itu dan jika semakin mengecil, mungkin tak perlu pembedahan.

tadi doktor itu kata kena buat major surgery (open heart) untuk patch up jantung saf.

dalam hati aku, geli hati ada, nak marah pun ada. jujur aku katakan, aku tak percaya cakap doktor, walaupun sijil mereka bergulung2. tak kira doktor swasta (macam IJN) mahupun doktor kerajaan macam (Hospital Jitra).

doktor hospital swasta berminat untuk panjangkan bil bayaran kita manakala doktor kerajaan pula hanya minat nak bagi ubat tahan sakit (sahaja). maaf, ucapan ini kejam dan keras, malangnya pengalaman mengajar aku begitu!

aku risau nanti hospital swasta akan jadi macam bengkel kereta di jalan kelang lama. lepas bukak bonet, tengok2 sikit dan kata kena tukar terus komponen tu dan ini. padahal ada lagi jalan yang lebih jimatkan kos.

untuk jantung safiah, aku harap aku dapat cari berbelas ribu ringgit dalam masa setahun. jika tidak mungkin aku perlu buah pinggang aku. mana nak cari duit, beb!

ada juga kawan yang nasihatkan untuk check kos untuk pembedahan di india. katanya, walaupun IJN di jalan tun razak dan India di sebelah sana dunia, namun di india lebih murah. inilah yang orang kata, ‘hanya yang kaya berhak hidup’. *sigh*

apa pun buat masa ni, aku hanya dapat berdoa dan aku harap semua rakan2 dapat berdoa sama. hanya Allah dapat balas jasa baik kamu semua~

* semoga doktor2 yang membaca entri ini tak termasuk dalam golongan yang aku ceritakan di atas.
**kepada sesiapa yang pakar dalam bab jantung berlubang ni, tolong emel aku. aku taktau nak tanya sapa. tolong ya!


forum memeluk melayu

Ogos 10, 2008

pada hari sabtu lepas, kebebasan untuk berfikir bertembung dengan bisul jumud yang berdarah. dalam nanah yang meletup, terkandung beberapa daging yang tak tertulis;

siapa cakap untuk Islam?
sorotan perspektif anggapan muslim melayu
si kulprit dan sang demonstran
jawapan dari bumilangit
aksi muslimin pasca insiden

siapa cakap untuk Islam?
semacam kebetulan John Esposito, penulis ‘Who speaks for Islam’ datang ke Malaysia. dalam bukunya, ditimbulkan bahwa Islam ni tidak seragam penganutnya dan berbeza cara pikirnya apatah lagi bila ditanya muslimin yang berbeza geografi di seluruh dunia. muslimin di malaysia juga menghadapi masalah yang sama, mempunyai pandangan sendiri mengenai Islam, dan tentunya ada perbezaan dengan saudara mereka di timur tengah. Baca baki entri ini »


ulasan filem : dont mess with the Zohan

Ogos 7, 2008


dont mess with the zohan atau dalam bahasa jawinya “dont play play with the zohan” adalah sebuah filem yang mengisahkan zohan dihz seorang wira yahudi yang berkhidmat dalam skuad elit tentera israel dalam menentang pengganas palestin. namun tidak seperti yang sering dipaparkan dalam media tempatan, zohan merupakan seorang askar isreal yang cekap, tidak mencederakan orang awam dan cintakan kedamaian Baca baki entri ini »