trailer sang murobbi

ketika bersembang dengan Sam, kepala AMK tak lama dulu, dia ada cerita tentang kehebatan dan fenomena yang bangkit akibat filem ‘ayat2 cinta’.

sam, sori la bro, filem tu antara filem yang paling teruk pernah aku tengok.

tapi buat rakan2 yang ada akses, aku benar2 cadangkan filem ini sempena ramadhan ini. sang murobbi!

nota tapak kaki; pertama. kalau nak tempah boleh bagitau, tapi stok tak tentu. kedua. jangan beli yang cetak rompak. aku tampar muka sapa yang beli cetak rompak.ketiga. baca quran lebih baik dari tengok filem. prioritas ya!

7 Responses to trailer sang murobbi

  1. [ainis] berkata:

    macam best. tapi kenapa ayat-ayat cinta antara yg paling teruk? adakah sebab lari dari penceritaan asal di dalam novel?

  2. batu_sejuk berkata:

    Hmmmm……
    Hasil dari Indon eyy???
    Kalau takde Nikolas Sapultra belakon,tanak tengok….

  3. fazrulls berkata:

    Wahh… aku pun tak tengok gambar ni… tak masuk pot…

  4. bumilangit berkata:

    fazrull; rugi la ko… bes tuh… lagi bes dari mee goreng mamak yang disimbah kuah kacang kat atas. perggghh….

  5. rastom berkata:

    Ruanglingkup realiti AAC berjaya hanya di dalam aturan “ayat-ayat” yang disusun secara linear yakni berparagraf. Pendek kata hanya di dalam bentuk buku. Impak realiti hilang bila difilemkan. Pernah lihat apa yang terjadi bila Sarimah cuba filemkan novel Ranjau Sepanjang Jalan?

  6. [ainis] berkata:

    Karya Shahnon Ahmad bukan? Belum lihat filemnya. Lari jugak ke? Saya setuju AAC di dalam novel lebih mengesankan daripada layarnya tetapi realiti sekarang, manusia sudah tidak gemar utk membaca. Sekurang-kurangnya filem yang di adaptasi dari novel ini berpotensi untuk membuka minda seseorang, meskipun orang itu bukan kita.

  7. bumilangit berkata:

    ainis,

    kadangkala, kegagalan filem itu bagaikan mencemar kehebatan buku. lihat v for vandetta, gandhi atau mat som (nama saya mat som, mat som bin mat top). filem ni kadang2 terlalu cepat (1 1/2jam) sehingga tertinggal perkara vital, jika tidakpun gagal menghidupkan esen cerita itu.

    hahahah… ada orang suka pulut durian, ada yang tak suka. ada yang makan tempoyak, ada yang tak suka, tak begitu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: