bonus sebulan sangat sedikit!

kali ni bumilangit nak tulis pasal ekonomi dan kira-kira pula. sekali sekala nak jugak buang tebiat, ye tak?

semalam dalam bajet 2009, paklah umumkan bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam. mesti dia bajet orang hepi. daanngg!!! working class heroes macam aku ni hanya meludah dan kata, “apsal sikit sangat?”.

pasca insiden kenaikan minyak jun 5, harga barang melambung tinggi dan ada yang melepasi bumbung. adakah kamu pikir dengan bonus marhaen  RM1,500 cukup untuk cover derita 3 bulan? paklah mesti tak tahu yang ramai warga kelas kerja skip makan dan hanya makan sekali di pejabat untuk teruskan hidup. YA! teruskan hidup. ini bukan langkah berjimat cermat, tak dapat simpan duit pon, tapi untuk terus sustain dengan gaji ciput dan overtime yang semakin disempitkan majikan.

sini aku nak ajar satu perkara, jika ditanya berapa bulan bonus baru cukup, ingat jawapan ini;

“aku mahu seribu bulan.”

ya! 83 tahun. kita mahu banyak tu!

kenapa kamu gelak? tak logik? eh.. baca lah Quran (jangan buat alat sumpah saja)

jom rakan2, kita tinggalkan bonus dunia yang lebih ringan dari sayap nyamuk tu dan kejar satu janji Tuhan yang sangat hebat, bonus 1000 bulan! wow!

1- Sesungguhnya telah Kami turunkan dia pada malam Kemuliaan.

2- Dan sudahkah engkau tahu, apakah dia malam Kemuliaan itu?

3- Malam Kemuliaan itu lebih utama daripada 1000 bulan.

4- Turun Malaikat dan Roh pada malam itu, dengan izin Tuhan mereka, membawa pokok-pokok dari tiap-tiap perintah.

5- Sejahteralah dia sehingga terbit fajar.

nota tapak kaki; aku kerja swasta, maka aku tak dapat bonus tu,  tulisan ini bukan kerana dengki. ahh.. aku tulis pun bukan kerna nama

One Response to bonus sebulan sangat sedikit!

  1. Musaddad berkata:

    Ya…aku setuju, mai sama2 kita rebut bonus 1000 bulan tu tak lama lagi…Kerana bonus yang dijanji Allah SWT ini akan menjamin kebahagiaan dunia dan juga akhirat.

    Selamat Berpuasa dari aku…Kalam Abu Musaddad untuk bumilangit dan semua umat Islam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: