aku menulis bukan kerna nama

dah setahun rupanya blog ini berfungsi. rasa zaman berlalu laju.

nak ikut, blog bumilangit tidaklah se-popular rakan2 ku yang lain seperti adi dan najwan namun mungkin itu kekuatan aku, untuk menetapkan nawaitu – aku menulis bukan kerna nama!

dalam masa2 writers block datang dan pergi, banyak benda2 mengarut yang aku tulis. kesal dan sayang kerana semuanya sekitar isu semasa. aku perlu lebih banyak menulis tentang perkara yang tak ditelan masa. nanti tulisan2 aku tak akan dapat dihargai bila aku tua nanti. zaman itu lah berlalu laju.

bukan sedikit herdikan yang aku terima kerana blog ini. aku juga pernah menulis yang blog ini penuh dengan sampah. aku tulis juga; bukan untuk kamu baca, bukan untuk dipuja-puji. aku menulis kerana aku rasa perlu. aku menulis bukan kerna nama

(ini adalah antara respon buat mereke yang mempersoalkan kenapa aku tak kejar pangkat dan kuasa dalam parti dan ofis anwar. ini adalah respon untuk menjaga hati dan ikhlas. ini adalah respon buat ulang tahun pertama bumilangit blog)

trimas kawan2!

9 Responses to aku menulis bukan kerna nama

  1. fazrulls berkata:

    Salam tuan,

    Betul tu.. kita menulis bukan kerana nama tetapi kerana perlu dan difikirkan perlu….
    Dah setahun blog ini wujud… terima kasih.. kerana masih mengekalkannya..

    Salam mesra…

  2. bicarasamaawan berkata:

    cool🙂

  3. bulanmalam berkata:

    selamat ulang tahun…
    happy birthday to you..
    🙂

  4. aha berkata:

    selamat ulang tahu…

  5. adihamka berkata:

    salam ulangtahun pertama.

    bila nak berbulan madu?

  6. najwan halimi berkata:

    dlm setahun penulisan blog ini, kita dpt menyaksikan pelbagai perubahan sekitar kawan2, antaranya:

    1. adi dah bertunang
    2. musang dh takde di ofis anwar
    3. anak ayam kembali mematuk-matuk, cari jarum emas barangkali

    eh..apa yg aku mengarut ni! apa pun, selamat ulang tahun pertama. semoga terus cekal utk hidup.

  7. [ainis] berkata:

    adi dah bertunang???

  8. bumilangit berkata:

    adihamka;
    berbulan madu? kau ajak aku berbulan madu? maaf ya, kau tunangan orang..

    najwan;
    aku teringin sekali nak pijak anak ayam itu. biar keluar segala isi perutnya!

    ainis;
    adi dah bertunang kat siam (hehe!). sis ainis bila lagi?

    awan;
    kamu memang pendengar yang setia.

    bulan;
    happy birthday saja? mana kek dan lilin?😛

  9. [ainis] berkata:

    anyways tahniah utk adi dan dia🙂 haha itu soalan cepu cemas tu. inshaallah 5 tahun lagi. amen. btw, tahniah2 BumiLangit dah setahun. boleh buat kenduri kesyukuran ni. tagline kenduri — “aku menulis bukan kerna nama” hehe.

    p/s: saya selalu berkunjung ke sini tatkala minda berserabut. pasti terhibur! ini jawapan jujur🙂 keep writing, bro!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: