Arif shah graduan mana, SEBENARNYA?

dalam sibuk-sibuk kempen pilihan raya pematang pauh, pihak media massa (baca: ejen BN) telah menjaja kehebatan dan ketokohan calon BN, Arif Shah yang katanya sehebat Anwar Ibrahim, namun ada beberapa fakta yang diragui kebenarannya atau hanya pembohongan besar terhadap rakyat.

rata-rata media menyatakan yang Arif merupakan graduan Diploma tanpa menyebut dari universiti/kolej mana dan ada yang menyebut yang dia dari Universiti Nanyang, Singapura. Namun dalam Utusan Malaysia telah menambah dalam profilnya yang Arif telah mendapat diploma kejuruteraan awam dari Graber International, California.

Dalam The Star pula menyebut yang beliau sedang menyambung pelajaran dalam kursus PhD di Edison University of Technology dalam pengajian luar kampus. tidak pula dinyatakan dalam bidang apa.

namun apa yang menariknya, jika dilakukan pencarian dalam enjin pencari internet, kita takkan jumpa kedua-dua institusi ini, Graber International mahupun Edison University of Technology. Gunalah Yahoo! atau Google, tidak akan ada satu pun jawapan yang mengatakan institusi ini wujud apatah lagi bertauliah!

dalam keghairahan memancing undi, tak perlulah sampai tahap ‘mengelirukan’ rakyat dengan cerita dongengan. rakyat sekarang bukan bodoh, dan tak rela diperbodohkan. kamu graduan mana sebenarnya Doktor Arif Shah .PhD?

klik imej untuk besarkan

19 Responses to Arif shah graduan mana, SEBENARNYA?

  1. ikhwan hafiz berkata:

    heheh..mcm2 pulak info psl arif syah..sah la dia bukan anak pulau pinang………lagi la org permatang pauh…

  2. din_kita berkata:

    fening-fening bab high education pun tak jelas.Utusan mmg meloyakan….setakat nak tipu org kampung tak da internet bolehlah.Anyhow, bukan org permatang pauh pun..takyah dok
    sembang deras kata org sbrg lah…

  3. Sinatra_Z berkata:

    yang pastinya dia bukan Malay Studies daripada Universiti Malaya.

    Bak kata Ghafar Baba
    “Siapa-siapa pun boleh mabik malay studies.”

    Tu yang banyak masa politik kampus tu kot, belajar senang tak payah matematik janji pandai cakap cukup.

  4. rastom berkata:

    Sebab tidak tahu Malay Studieslah punya angkara kenapa ramai orang Melayu meluat dengan UMNO. Ada yang sampai jadi doktor, (kena pandai matematik dalam BI) akhirnya menendang diri keluar dari partinya sendiri.

  5. King Fisher berkata:

    Ambik Malay Studies pun kalau tak graduate pun tak guna je…. Nama je masuk University tapi belajar sekerat jalan, tak habis belajar…. yang pandai berpidato dan putar belit kenyataan…..

  6. bumilangit berkata:

    ikhwan, orang singapura ke? mungkin ejen negara luar. hehe

    saya terpaksa setuju dengan sinatra Z. takat belajar macamana nak junub dan sifat 20, budak bengap pun boleh!

    saya juga setuju dengan pak rastom, sebab yang orang belajar malay studies lah orang panggil bagi nasihat kat citibank. bukan bbmb tau, citibank. ingat lagi tak pasal bbmb? kalau dah lupa, kena la ambil malay studies.

  7. adihamka berkata:

    satu benda yg aku perasan, Arip ni tak pure melayu.
    semua sekolah cina.
    maknanya dia iktiraf la perjuangan pendidikan dlm bahasa ibunda yg diperjuangkan pembangkang.haha!

  8. najwan halimi berkata:

    Dr. Fadzley Yaakob (anak SU Kerja BN, Dato Yaakob) pun dikatakan beli ijazah PHD dia.

    Agaknya ini cara melayu Malaysia (baca: Malas-Ya!) utk naikkan imej akademik mereka.

  9. Telok bakong berkata:

    Pakcik Arif kita nie ambik Online-Phd … tapi dier nie anak jati permatang pauh ka.. kejap di perak , kejap ganukite kejap KL.. bila dier dok Penang..

    Untuk semua sila ker TBO ada story pasal konspirasi UMNO untuk jatuhkan PR di perak.. http://www.telokbakong.com/

  10. bumilangit berkata:

    najwan;
    ini bukan masalah malas, ini gila glamor, gila nama, gila pangkat dan gila ….

    telok bakong;
    dengaq buleh, percaya jangan..

  11. tok wan berkata:

    ini lah dia puak umno, sama macam fazli anak yaakub mohamad , su kerja BN, dapat phd dari southern pasific unersity, tetapi sebenarnya university tersebut tidak pernah wujud dalam senarai university di dunia ini. nak galmour guna phd tapi penipu memanjang. kalah la kau arif shah

  12. bumilangit berkata:

    southern pacific university mmg wujud la. kat simpang nak masuk sekolah pulau nyior, sebelah kiri, terus sampai jumpa batas bendang,terjun masuk dalam.

    southern la kan? kuikuikui

  13. akula7 berkata:

    nak tumpang skali la.. tumpang gelak! hahaha..

  14. alpha-D berkata:

    poyo jer umno nih, “now pursuing PhD” yg tak tahan tu…. memang sarkesss betull

  15. zamj berkata:

    apa lagi yg tak buat? baca paper cina sudah, g masak kuew tiew goreng kat restoran cina sudah…pas ni g membeli belah kat pasar daging babi plak agak nyer bersalam salaman dengan penjual daging babi tanda tolenrasi, JGN NAK JADI HIPOKRITLAH nak meraih undi nyer pasal bagai2 cara buat. Aku bukan anti cina malahan kawan baik dengan cina zaman skolah dulu tapi tak perlu la nak membodek mcm tu, kaum cina malaysia pun faham suasana kehidupan di Malaysia. Kita bangsa Malaysia sudah lama wujud tolak ansur dan sefahaman malahan aku perhatikan zaman 70an dan 80an lebih ketara perpaduan kaum berbanding sekarang ni!

  16. sjnhasan berkata:

    saya kagum dengan usaha anda memberi penjelasan sebenar terhadap kelentong2 orang politik teruskan syabas dan semoga anda diberikekuatan meneruskan usaha murni seperti ini.

  17. Kipp berkata:

    hari ni kecoh TV3 tunjuk yang dia cakap cina. Heboh satu kampung. Tapi kenapa tak tunjukkan MB Perak bleh cakap cina dan tamil. lagi hebat!… bising aje lebih BN nih.

  18. PC Pening berkata:

    alahai…. nak calonkan arif kat permatang pauh cam nak masukan lembu kat padang pasir laa… kalau lah di letakan unta kat padang pasir tu, ada lah jugak kaum kerabat yang mengenali habitatnya, kaum unta di lihatnya lembu datang ke kawasan nya… PK laaa sendiri…

  19. PC Pening berkata:

    mb besor kelantan pun tahu cakap inggeris, cina dan tamil, tapi kerana dengan hati tidak egonya, dengan hati tidak menunjuk2 nya, pi jer mana2 cakap dialex kelantan jerk… kui kui kuii

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: