lokasi zulkifli noordin

selepas trajedi Bar Council, bertubi2 bom dilepaskan kepada encik Zul dari pihak berkuasa PKR. dalam suara keadilan, dalam ruangan cilipadi, sekali lagi menghenyak Zul dengan kata2 kesat. sebelum itu, timb pres PKR, Syed Husin Ali telah keluarkan kenyataan rasmi yang sangat keras, menghukum encik Zul.

dengan itu, kita juga tak perlu terkejut dengan kenyataan ugutan dari Pres PAS untuk keluar Pakatan selepas 16 sept dan bagi aku itu tindakan yang bagus. kita lawan untuk keadilan  kerana Islam tuntut keadilan dan maksud keadilan dalam islam itu luas-seluas-luasnya sehinggakan bukan muslim hatta yahudi pun dijamin haknya. namun bila perjuangan kita, sudah tidak selari dengan kehendak Allah, kita perlu koreksi.

namun, bertapa kangkalikong-nya PKR, seperti hukum lojik tidak dipakai. misalnya begini, jika ahli PKR, sertai dan menjadi aktivis HINDRAF, sebuah pertubuhan yang tiada asas yang kukuh (nak perjuangkan Indian atau Hindu?) ianya tak mengapa kerana menguntungkan PKR, namun bila encik Zul sertai bantahan dalam kes Majlis Peguam, pentadbiran PKR betul2 berang sedangkan membela Islam adalah suatu yang hak (bagi muslimin).

and they talk about equal rite. justice my foot!

sedar tak sedar, kehadiran Zul dalam majlis tu telah menyelamatkan muka PKR dari menjadi sebuah parti yang tidak sensitif terhadap Islam malah pemimpin muslim PKR  yang lain patut bersyukur kerana diwakilkan oleh Zul. jika tidak, nampak sangat Muslim dalam PKR tak ada jantan dan telah dikasi. samalah jadi dengan pemimpin2 Umno yang mereka kutuk selama ini; pondan, darai dan pengecut!

kalau Zul nak keluar PKR lepas ni, aku harap dia bagitau kat aku sebab aku akan follow dia. dah haru biru PKR ni. entah apa yang mereka cari. hak sama rata? kebebasan? keadilan? untuk apa semua ini? korang nak jawab apa kat Allah nanti?

Saidina Umar ra, pembebas kota baitul berkata;

“kita ni kaum Muslimin dimuliakan Allah kerana Islam,

jika hang cari kemuliaan yang lain dari Islam;

Allah akan hina hang”

di mana Zulkifli noordin? kat mana lokasi beliau? dan ke mana beliau selepas ini.

bumilangit cerita tentang forum majlis peguam

bumilangit cerita tentang umar ra

bumilangit cerita tentang hindraf dan lagi sekali tentang hindraf di sini

6 Responses to lokasi zulkifli noordin

  1. admin berkata:

    dr syed terperangkap dalam sentimen.
    aku nak dgr apa ezam respon.
    dulu dia yang sokong sgt syed husin ni kan?

  2. suealeen berkata:

    bukan keahlian YB Zul tu terletak dalam PAS ke? cuba check. dia cuma bertanding atas tiket PKR… wallahu’alam…

  3. selutbelut berkata:

    ‘betul betul betul’… kata ipin dan upin.

  4. Kipp berkata:

    Kalau boleh peguam zul tu biar jelas-jelas masuk PAS. Baru betul!

  5. rastom berkata:

    YB Zul nampaknya kena belajar silat politik Malaysia dengan lebih mendalam. Orang baru, darah mudalah katakan. Kalau dia sudah veteran nanti, banyak yang kita boleh belajar.

  6. […] lokasi zulkifli noordin selepas trajedi Bar Council, bertubi2 bom dilepaskan kepada encik Zul dari pihak berkuasa PKR. dalam suara keadilan, […] […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: