mekanik di Institut Jantung Negara

aku baru pulang dari IJN bersama safiah untuk follow up kes jantung berlubangnya. kira-kira 6 bulan lepas, kami sudah pergi untuk pemeriksaan kali pertama yang mana doktor telah mengesahkan jantungnya berlubang (ASD). semasa konsultasi, doktor tu kata dalam check up berikutnya, mereka akan ukur lubang itu dan jika semakin mengecil, mungkin tak perlu pembedahan.

tadi doktor itu kata kena buat major surgery (open heart) untuk patch up jantung saf.

dalam hati aku, geli hati ada, nak marah pun ada. jujur aku katakan, aku tak percaya cakap doktor, walaupun sijil mereka bergulung2. tak kira doktor swasta (macam IJN) mahupun doktor kerajaan macam (Hospital Jitra).

doktor hospital swasta berminat untuk panjangkan bil bayaran kita manakala doktor kerajaan pula hanya minat nak bagi ubat tahan sakit (sahaja). maaf, ucapan ini kejam dan keras, malangnya pengalaman mengajar aku begitu!

aku risau nanti hospital swasta akan jadi macam bengkel kereta di jalan kelang lama. lepas bukak bonet, tengok2 sikit dan kata kena tukar terus komponen tu dan ini. padahal ada lagi jalan yang lebih jimatkan kos.

untuk jantung safiah, aku harap aku dapat cari berbelas ribu ringgit dalam masa setahun. jika tidak mungkin aku perlu buah pinggang aku. mana nak cari duit, beb!

ada juga kawan yang nasihatkan untuk check kos untuk pembedahan di india. katanya, walaupun IJN di jalan tun razak dan India di sebelah sana dunia, namun di india lebih murah. inilah yang orang kata, ‘hanya yang kaya berhak hidup’. *sigh*

apa pun buat masa ni, aku hanya dapat berdoa dan aku harap semua rakan2 dapat berdoa sama. hanya Allah dapat balas jasa baik kamu semua~

* semoga doktor2 yang membaca entri ini tak termasuk dalam golongan yang aku ceritakan di atas.
**kepada sesiapa yang pakar dalam bab jantung berlubang ni, tolong emel aku. aku taktau nak tanya sapa. tolong ya!

6 Responses to mekanik di Institut Jantung Negara

  1. admin berkata:

    sahabat,
    doa aku mengiringi.
    akan aku bantu seboleh mungkin.

  2. Sara berkata:

    Salam saudara.

    Tak tahu sama ada ini dapat membantu. Sila rujuk ke rotikacangmerah.blogspot.com.
    Pemiliknya adalah isteri kepada kartunis terkenal negara – Zunar. Saya ada terbaca dalam blog tersebut yang saudara Zunar pernah membuat pembedahan batu karang dari sebuah pusat perubatan Islam ( tapi sekarang dah ditutup kerana kerajaan mengatakan pusat tersebut tidak beroperasi dengan kebenaran ). Boleh rujuk artikel beliau dalam : “Dua minggu punya cerita : 03” bahagian 10/11 : That special Doctor bertarikh 24 August 2007. Mudah-mudahan, beliau dapat membantu saudara untuk memberikan maklumat berkenaan doktor tersebut. Mudah-mudahan juga, Safiah dapat dibantu melalui cara ini.

    Sila hubungi beliau ya..
    Harap dapat mendengar khabar terkini yang lebih baik tentang Safiah. Insya-Allah.

  3. bumilangit berkata:

    trimas sara, will do insyaAllah

  4. Nini berkata:

    wahai encik bumi langit, doa saya sentiasa mengiringi safiah. kasihan benar mendengar kisahmu. Moga ALLAH swt melindungi kamu sekeluarga

  5. leokid berkata:

    aminn… (untuk * pertama)

    jantung berlubang istilah melayu, istilah perubatannya septal defect. Septal defect pula ada banyak jenis, bergantung kepada lokasi dan faktor2 lain. bleh check kat wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Septal_defect

    Biasanya bagi kanak-kanak membesar, hole to akan tertutup sendiri. saya sendiri telah didiagnos dengan septal defect ketika berumur 8 tahun dan alhamdulillah, hole tersebut telah tertutup sendiri tanpa sebarang surgery dan saya kini normal. =)

  6. hasniah berkata:

    untuk saf sy mendoakan kesihatannya.menitis air mata ni membacanya kerana anak sy baru saja di sahkan menghidap sakit jantung yang sama.Tetapi doktor kata lubangnya agak besar sekitar 8mm tapi tengokkan perkembangannya seolah-olah tak ada apa yang berlaku.tapi saya tak pasti jan’11 apa kata doktor pulak….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: