forum memeluk melayu

pada hari sabtu lepas, kebebasan untuk berfikir bertembung dengan bisul jumud yang berdarah. dalam nanah yang meletup, terkandung beberapa daging yang tak tertulis;

siapa cakap untuk Islam?
sorotan perspektif anggapan muslim melayu
si kulprit dan sang demonstran
jawapan dari bumilangit
aksi muslimin pasca insiden

siapa cakap untuk Islam?
semacam kebetulan John Esposito, penulis ‘Who speaks for Islam’ datang ke Malaysia. dalam bukunya, ditimbulkan bahwa Islam ni tidak seragam penganutnya dan berbeza cara pikirnya apatah lagi bila ditanya muslimin yang berbeza geografi di seluruh dunia. muslimin di malaysia juga menghadapi masalah yang sama, mempunyai pandangan sendiri mengenai Islam, dan tentunya ada perbezaan dengan saudara mereka di timur tengah.

Melayu yang sinonim dengan Islam di malaysia mahu tak mahu perlu akui ada Islam lain yang lebih murni dimana ianya merujuk terus kepada Al quran dan hadis. bukan aku nak kata Islam kat malaysia ini Islam yang sesat, tidak, tetapi kerana dah sudah larut dengan adat dan terbiasa jadi majoriti, kita dah seperti membenarkan penindasan kepada penganut agama lain yang minoriti di Malaysia.

sorotan perspektif anggapan muslim melayu

pasca PRU12, keputusan menunjukkan umat melayu seperti sudi berkongsi Malaysia ini dengan bangsa/agama lain. di pihak lawan (baca UMNO), meletup2 dengan tema mempertahankan melayu dan islam, namun itu dikesampingkan dan rakyat berkongsi visi untuk menghapuskan DEB dan menimbang untuk mendaulatkan kesamarataan dan keadilan.

namun bila satu forum dibuat yang mana dilihat seperti cuba untuk mengkesampingkan Islam, mereka berang dan melihat seolah2 kepala mereka dipijak oleh manusia2 angkuh. jikapun forum itu dibuat untuk menyelesaikan masalah pertentangan Syarie dan sivil, namun ianya tak perlu dibuat secara umum kerana ianya hanya akan menggamit publisiti dan tidak fokus kepada hasil. kalau benar2 nak dapatkan hasil atau kata sepakat, buat secara tertutup yang mana ahli ilmuwan sahaja yang dijemput dan jika perlu dibuat dalam jangka masa berhari2 pun, buatlah, tak ada siapa nak marah.

paling malang sekali bila kebebalan penganjur untuk tidak mahu menggunakan kebijaksanaan, rasa curiga antara penganut agama semakin meningkat dan timbul lah provokator yang sentiasa mencari peluang dengan tema ‘jangan main api’ untuk terus mengagitasi rakyat.

si kulprit dan sang demonstran

di pihak yang lain menuduh mereka yang mengadakan tunjuk perasaan menghalang forum itu sebagai biadap dan kurang ajar apabila mereka melemparkan kata2 rasis seperti “balik cina” dan berlagak samseng. mereka ini adalah kulprit yang membusukkan nama Islam dimana saja mereka berada. ada rakan yang turut menyertai demo itu berkata, pihak yang sengaja membuat aksi provokatif itu bukan dari kalangan pejuang Islam sebaliknya dari kumpulan ‘samseng’ PERKIDA dan grup GPMS. dari kalangan mereka ini, ada yang berbaju ‘jack daniels’, memakai gelang tangan (bangels?) dan menjerit ‘AllahuAkbar!’. mereka ini pencemar majlis.

jawapan dari bumilangit

pertamanya, sebagai seorang muslim, bila ada masalah, kita kena tanya diri kita, “apa yang Muhammad RasuluLlah akan buat sekarang dan apa yang Allah nak aku buat?”

bumilangit mencadangkan beberapa langkah untuk menghabiskan terus isu ini. pertamanya, aku bersetuju masalah yang cuba di utarakan ini wajib diselesaikan namun bukanlah secara terbuka kerana isu ini perlu diteliti secara halus oleh pakar2 dan mungkin mengambil masa berhari-hari. hasil dari perbincangan itu bolehlah didedahkan kepada umum melalui apa-apa media, tapi hanya selepas isu itu diselesaikan.

wakil Islam dalam deligasi itu perlu disertai oleh pakar ilmu Islam dari luar negara terutamanya dari negara yang umat Islamnya tertindas seperti UK, Amerika atau negara yang umat islamnya minoriti. ini mungkin dapat memberi keseimbangan kerana ilmuwan dari dunia melayu Malaysia mungkin sudah kebas dengan menjadi majoriti. bukan apa, mungkin sensitiviti kaum tertindas lebih dirasai oleh ulama luar ini. kita bukan nak membezakan Al-quran dari sana atau al quran di Malaysia cuma faktor manusiawinya mungkin berlainan.

perbincangan terus dengan ulama2 dari luar juga penting untuk menilai semula tahap keIslaman umat melayu.

Untungnya Malaysia ini jika dapat menjadi tapak model Islam yang sebenar untuk tatapkan (dan mungkin media dakwah) untuk seantero dunia. bayangkan Islam yang benar2 Islam, tanpa campurtangan pihak pemerintah yang berkepentingan. Islam yang seperti Al Quran dan Al hadis. Islam yang tidak tunduk dan tidak pula menindas.

aksi muslimin pasca insiden

disebalik insiden ini, muslimin perlu mengambil iktibar dan membuat persediaan untuk masa hadapan. pertamanya semua umat yang mengaku Islam wajib mencintai Al Quran dengan menghidupkannya (menghayatinya), barulah akhlak kita jadi baik. ini mengaku mujahiddin tetapi akhlaknya Zero.

dalam membina umat Islam yang hidup berdasarkan Al Quran, ada satu titik vital yang perlu reformasi iaitu sistem pendidikan Islam di sekolah. hakikatnya sekarang, para ustaz dan ustazah dianggap poyo dan yoyoan kerana garang dsbg. isi subjek yang diajar juga lebih bersifat exam oriented dan seperti jasad kehilangan ruhi. mati. hasilnya, bohsia dan penagih dadah muslim dan pelajar yang mendapat A1 dalam pendidikan Islam SPM tapi tak bertudung.

umat Islam melayu perlu reformasi dan kita perlukannya cepat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: