ulasan filem : dont mess with the Zohan


dont mess with the zohan atau dalam bahasa jawinya “dont play play with the zohan” adalah sebuah filem yang mengisahkan zohan dihz seorang wira yahudi yang berkhidmat dalam skuad elit tentera israel dalam menentang pengganas palestin. namun tidak seperti yang sering dipaparkan dalam media tempatan, zohan merupakan seorang askar isreal yang cekap, tidak mencederakan orang awam dan cintakan kedamaian

cerita bermula apabila zohan yang sangat teringin untuk jadi pendandan rambut profesional di Amerika. zohan menggunakan akalnya yang geliga (semua otak yahudi geliga), memalsukan kematiannya di tangan phantom (fatush) hero palestin yang dungu dan bengap sebelum dia lari ke kota impian. di sana, beliau gagal mendapat kerja di salon terkemuka kerana dia tiada pengalaman.
ini bukanlah masalah serius jika anda seorang yahudi.
beliau bermula berdikit-dikit lama-lama jadi bukit di sebuah salon milik anak gadis palestin yang seksi. akhirnya kerana kemahirannya dan servisnya yang bagus, beliau menjadi terkenal. konflik timbul bila kedai tapak salon (dan seluruh komuniti) yang tempat dia bekerja hendak di robohkan dan dibangunkan dengan pusat membeli belah kelas atasan. dia, sebagai hero yahudi sejati bangun dan menyatukan seluruh warga arab, yahudi termasuk fatush untuk menentang establishment. akhirnya mereka menang.

habesss….

aku rasa, PPIM harus buat demo besar-besaran menentang tayangan filem ini, bukan kerana isinya, tapi kerana setiap sen pungutan dari filem ini sah sah akan masuk poket yahudi. buat la kat depan pejabat PM paklah korang tu. dia benarkan filem ni tapi larang filem nabi Isa arahan mel gibson.

kedua, filem ni baik-buruk. baiknya, dia cuba hilangkan tensi kat tebing barat dengan lawak tak senonoh ala adam sandler. ya, mungkin ada benarnya yang perang itu membosankan.
buruknya jika anda tengok dari segi perang fikrah yang cuba melalaikan mujahid dari terus berusaha membebaskan al aqsa dan membina sebuah negara yang adil.

walau apa pun, suntikan adam sandler kali ni aku harus puji kerana dia cuba tidak bersikap berat sebelah dengan mengutuk kedua2 belah pihak, bangsa arab dan bangsa yahudi. dia juga seperti berjaya untuk tidak mengutuk mana2 agama. untuk adam sandler, aku rasa ini kejayaan yang tinggi.

p/s: jangan percaya ulasan filem aku, tengok la sendiri filem ini hanya jika korang dah taktau nak buat apa sangat. awas, filem ini ada unsur-unsur seks yang membuatkan korang taknak tengok filem ni depan family. ingat.. beli yang cetak rompak..

One Response to ulasan filem : dont mess with the Zohan

  1. Amir berkata:

    assalamualaikum…apa yg saya nampak di sekitar kl byk signboard yg mempromosikan filem ni utk tayangan pd 21 ogos…maka teringat pula saya pada tarikh tersebut dlm tahun 1969, masjid al aqsa telah dibakar oleh seorang bangsa yahudi…entah la, kebetulan kot…wallahualam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: