ezam nak ikot anwar, hehe

ezam berkata dalam kaca TV, dia akan ikot (membontoti) ke mana saja anwar bertanding jika ada pilihanraya kecil jika MT umno izinkan.

kamu nak percayakah ezam md noor ni? kalau last minit dia tarik diri macamana? free saja anwar menang..

kamu nak percayakah mamat ni? pada tahun 1998 dulu dia pakai bazooka oo..

6 Responses to ezam nak ikot anwar, hehe

  1. Sinatra_Z berkata:

    Entahlah…. memang macam-macam benda aku susah nak percaya.

    Susah nak percaya yang engkau dulu ikut dia meraung melalak tunjuk perasaan demi Anwar Ibrahim. Sukar jugak aku nak percaya yang dulu dia ni dan Nalla Karupan sanggup masuk penjara demi Anwar Ibrahim. Sukar juga aku nak percaya yang hanya dua orang inilah ahli politik yang masuk penjara sebabkan Anwar Ibrahim. Lagi susah aku nak percaya dua orang ini jugaklah yang keluar PKR.

    Tak usahlah kita berjuang berdasarkan semata-mata percaya terdahap pemimpin atau berdasarkan wahyu dari “Messiah”. Berjuanglah atas kerana kita mempercayai dasar, pendirian dan prinsip yang kita pegang.

    Takut nanti kita juga yang kecewa seorang diri kerana pemimpin yang kita percayai itu tidak seperti yang kita idamkan selama ini.

  2. adihamka berkata:

    ezam boleh ikut anwar.
    tapi kena ubah imej,jadi 2nd uncle pet dulu.

  3. piyooot berkata:

    Saudaraku…

    Bermula lagi satu kisah dalam perkembangan politik negara. Kita sebenarnya terkeliru antara yang benar dan pembohongan yang nyata. Kita kini telah rugi dalam konteks bangsa Melayu…sesiapapun yang akan menang akan merugikan kerana bangsa kita telah pun terpecah dek semua permainan politik yang menghalalkan semua cara.

  4. bumilangit berkata:

    sinatra: ko dah tengok x files : i want to believe?

    adihamka : lebih baik jadi penyanyi teacher’s pet

    piyooot : semalam aku tgk hellboy 2, son of earth (bumiputra) nak take over bumi selepas DEB gagal perjanjian ‘jus soli’ dicabuli manusia.

    kuikuikui…

  5. rastom berkata:

    Orang Melayu wajar teladani Kungfu Panda.

  6. tagan berkata:

    Pemimpin boleh di koreksi, itu pun jika dia mendengar. Jika tak, tindakan kita keras sedikit.Buang seorang tak jadi kudis pada organisasi. Tapi tidak dengan prinsip.Begitu juga Islam.Islam banyak mengajar kita, dari tiada kepada ada, dari ada kepada tiada.Betul kita adalah baharu, tapi kita boleh membuat pilihan yang baik, yang benar atau sebaliknya. Yang manakah kita nak jadikan amal. Kerana amal itu adalh teman manakala sahabat mengiringi kesyurga.
    Jadi jangan biarkan diri sendiri kelemasan kalau dah tahu air di besen sejengkal
    Jangan berjemur dalam kepanasan kalau dah tahu diri akan demam
    Jangan pula menyinsing lengan kelak kurap dan sopak terpampang sebagai hiburan
    Jangan diredah permatang kalau dah tahu becak nya sawah

Tinggalkan Jawapan kepada tagan Batal balasan