Aku, ejen FBI dan kisah Ezam

Semalam ada pasar malam kat kawasan perumahan aku. Seperti minggu-minggu sebelumnya, aku pergi mencari bihun sup utara disamping menjeling awek2 yang berpakaian seksi di pasar malam. Tahukah anda bihun sup ani sup tak sedap macam sup utara yang ori? (kepada pembaca yang nak baca pasal ejen FBI tu, sabar ye). Bihun sup kat pasar malam ni memang sedap, tapi selirat bihunnya dah semakin sedikit dalam mangkuk plastic itu sejak paklah umumkan kenaikkan harga minyak. Celaka betul!
Anwar Ibrahim ini susuk yang susah nak diramal. Disebelah tangan dia bersalam dengan pak arab, sebelah tangan lagi dengan amerika, maka tak terkejutlah aku bila aku terserempak dengan rakan sepengajian aku di seberang laut dulu kat pasar malam itu. Dia senior aku. Muka macam arab, tapi bukan arab.
“shalom!” seru aku.
“alaykumsalam” jawabnya dengan muka konfius. Sebaik saja Nampak muka aku, dia terus menerpa aku dan memeluk aku.
Bukan selalu kau nak tengok orang melayu peluk orang yahudi kat tanah melayu!sebelum aku lupa, mamat ni yahudi murtad. Baginya Tuhan tak wujud, dia lebih yakin pada Darwin.
“Apa kau buat kat sini?”
“bertugaslah, Biro hantar aku.kes bos kau lah”
Sekarang aku kagum dengan kabel anwar dengan amerika. Bukan saja rakyat Malaysia yang tak percaya dengan polis Malaysia, bahkan juga amerika sehingga sanggup hantar ejen untuk jalankan penyiasatan sendiri.
“bila tukar jabatan? Seingat aku, kau dijabatan kes pelik-pelik” kata aku sambil menarik kerusi.
“habis tu, kes ni tak pelik ke?” katanya dengan nada perli. Dia menarik kerusi untuk duduk. Mamat yang jual bihun sup tu datang amik order.
“entah lah, kadang-kadang aku rasa negara aku diperintah oleh orang-orang yang bodoh.”
Bihun sup sampai. Aku minta sambal.
“ezam apa cerita?” mulder bertanya nak start cerita.
“dia kata serahkan kes ni kepada ulama islam. Baguslah, aku pun setuju. Kalau ikut islam, saiful kena bawak lagi 3 orang saksi.”
“yang dia kata dia tak terkejut tu?”
“itu ilmu yang diturunkan oleh anwar. Ilmu suspen. Anwar ni cakap macam2, semua orang suspen. Dia kata 30 orang ahli parlimen nak lompat masuk pakatan, siap bagi dateline lagi. Ezam pun macam tu la. Saja nak bagi suspen saja. Tapi orang akan ingat 6 biji kotak dia tu. Suspen tak kesudah!”
“anai-anai dah makan la kot. Kah kah kah!” aku gelak sama. Lawak orang putih ni tak sama dengan lawak melayu. Walaupun tak lawak sangat ko kena gelak jugak, barulah macam kamu paham.
“ko apa cerita? Dulu masa dalam fail X, satu kes pun kau tak dapat setelkan, kes ni macamana?”
“tu la, aku pun mula2 konfius kenapa la skinner bagi kes ni kat aku. Tapi lepas baca fail, aku tak tahan nak gelak. Kalau makhluk asing dengar pun dia ketawa”
“ko kata anwar tak buat lah?”
Suasana diam. Mamat yang memekak jual minyak lintah kat belakang aku pun tetiba diam.
“ni yang susah sikit ni. Dari data yang aku dapat, memang anwar tak buat, tapi…”
“tapi la pulakk… macam cerita melayu!” bisik hati aku. Pikir dia tak konvensional. Tak macam grissom atau bourne.
“tapi masih tak dapat jelaskan satu perkara. Dari sumber yang aku dapat, anwar ni dok bawak saiful ni merata2. Kalau setakat pembantu pejabat, takkan nak angkut pergi seminar kat luar Negara?”
Aku diam, dengar dengan khusyuk. Sambal bihun tu aku tambah 4 sudu.
“ko bayangkan lah, si saiful tu baru kerja 3 bulan dah dapat macam-macam. Pengikut fanatic anwar yang sanggup berhabis duit dan dah lama setia kepada anwar, semacam dipinggirkan.”
Mulder tengok mangkuk bihun sup aku
“kau tak takut kena buasir ke makan cili banyak2?”
Aku gelengkan kepala. Sup ni pedas. Susah nak telan, tapi aku hirup jugak.
[ring ring bunyi telepon bimbit]
“Ya, ejen fox mulder….. ya, saya akan kesana. Maaf ya! Aku dapat laporan ada UFO kat pekan, bila2 ko free, kol la aku.”
“cun cun..wutever” kataku tanpa mengangkat kepala. Aku dah malas nak pikir. Sup ni pedas dowh!

One Response to Aku, ejen FBI dan kisah Ezam

  1. AnakMudaParlimenBatu berkata:

    Memang sup ani utara xsedap, aku bersetuju, kadang2 aku xpaham cerita ko, melibatkan banyak pihak pula….

    Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di STADIUM KELANA JAYA untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: