respon kpd encik lipas

isu kenaikkan harga minyak hari tu, encik lipas dalam komennya membandingkan per capita saudi dan malaysia dan membayangkan minyak saudi sgt banyak yang mana saya setuju (nota; saya jahil ekonomi, saya baca kejuruteraan).

tapi mari kita tengok kepada indonesia pula.

Oil – production: 1.07 million bbl/day (2006 est.)

Oil – consumption: 1.1 million bbl/day (2006 est.)

yang mana kegunaannya melebihi hasil.

namun harga minyak di sana lebih murah dari malaysia

Oil – production: 751,800 bbl/day (2005 est.)
Oil – consumption: 501,000 bbl/day (2005 est.)

per kapita malaysia adalah 127,122.859 barrels per 1,000 people

dan indonesia pula adalah 13,896.777 barrels per 1,000 people

maaf, saya perlu akui yang sy kurang fasih mentafsir data2 ini. apa yang saya baca secara literal, saya persembahkan.

kalau salah tolong tunjukkan~

9 Responses to respon kpd encik lipas

  1. Sinatra_Z berkata:

    yup sebab itulah ekonomi Indonesia memang cukup Marvellous berbanding Malaysia. Pengurusan hasil bumi minyak sangat sadis oleh Pertamina berbanding Petronas. Sebab itu rakyat Indonesia tidak dapat menikmati kemewahan Sekolah umum percuma dan baik, biasiswa yang mudah, yuran Universiti kerajaan yang rendah, Prasarana umu yang baik serta subsidi pertanian, buku sekolah dan sebagainya.

    Dan atas sebab fakta diataslah Kerajaan Indonesia telah menaikkan harga minyak baru-baru ini dan menyebabkan demonstrasi besar di Jakarta.

    Dan atas sebab fakta diataslah perlu kita tidak meneruskan kaedah subsidi seperti sebelum ini. Kerana sebelumnya Pengeluaran Minyak Indonesia adalah lebih dari penggunaan maka harganya rendah. Oleh itu permintaan minyak semaking meningkat lalu mencecah lebih dari paras pengeluaran.

    Namun saya rasa Hishamuddin Rais akan dapat menerangkanya dengan lebih baik sila rujuk

    http://www.malaysia-today.net/blog2006/ShamRais.php?itemid=6701

  2. Sinatra_Z berkata:

    Hishamuddin Rais –

    Pada pagi 2hb Januari 2008 harga satu tong bahan bakar petroleum telah mencecah 100 dolar di pasaran dunia. Pada petangnya harga telah menurun sedikit. Ketika saya menulis ini harga satu tong ialah 99.68 dolar. Saya tidak terperanjat apabila melihat harga minyak naik menjadi 100 dolar untuk satu tong. Dalam tulisan tulisan saya yang lalu saya juga telah beberapa kali meramalkan harga bahan bakar ini akan terus naik.

    Apa yang memeranjatkan saya ialah kenyataan yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat yang menyatakan jika parti ini memerintah maka harga minyak akan diturunkan. Untuk saya ini hanyalah kenyataan orang yang tidak tahu tentang Teori Puncak Minyak dan tidak sedar bahawa tamadun dunia hari ini adalah Tamadun Petroleum.

    Mengikut pandangan parti Keadilan jika United Malay National Organisation telus dalam memberikan perincian perbelanjaan dan pendapatan dari syarikat Petronas maka harga minyak akan dapat ditampung. Jika tidak ada pembaziran dari duit jualan minyak maka harga minyak akan terus dapat disubsidi.

    Parti Keadilan tidak sedar dalam masa tidak lebih dari 10 tahun bahan bakar minyak di persisiran laut kita akan habis. Untuk berhujah, kita anggaplah mereka dapat mengambilalih kerajaan. Dalam penggal ke-3 pentadbiran Barisan Rakyat minyak habis. Barisan Rakyat adalah satu pentadbiran yang telus, tidak rasuah dan jujur. Bila minyak habis, mereka juga tidak dapat tidak akan menaikkan harga minyak. Ini hukum yang saintifik. Jadi cakap-cakap harga minyak hendak diturunkan itu, tidak mungkin dapat dilakukan.

    Kenaikan harga bahan bakar minyak ini tidak ada sangkut paut dengan ketelusan kerajaan atau terpaparnya secara terperinci pendapatan dari Petronas. Harga minyak naik kerana minyak dalam dunia ini telah habis. Kenapa sukar sangat untuk memahami hakikat ini.

    Kerajaan dalam bentuk apa sahaja – komunis, sosialis, kapitalis, Marxis, Anarkis, Geuvarist, Stalinist, Sosial Demokrat, Islamik, Syiah, Demokrat, Katholikus, Sembahyangist, Hindu, Buddha – kerajaan ada agama, tak ada agama, kerajaan rasuah, kerajaan telus lagi jujur, kerajaan alim lagi warak – semuanya akan menaikkan harga minyak. Inilah yang wajib diterangkan kepada orang ramai secara telus dan jujur.

  3. DatOK ZeQ berkata:

    Aku dah baca dan cuba nak faham, memang PKR berjanji meraka akan menurunkan harga minyak apabila memerintah tapi tak janji minyak apa. cuba sinatra pergi kelima negeri2 yang diperintah PR – dil kedah – minyak gamat turun harga. DiPenang – minyak buah pala turun. Dikelantan – minyak lintah turun, diPerak minyak rambut turun. dan diselangor minyak pengasih pun dah mula turun.

    Sebenarnya kalau kita baca dan kaji2 reseve minyak Malaysia ada jangka hayat dalam 35 tahun lagi, pengeluaran cuma 550,00 . Disebabkan minyak petronas grade yang terbaik, dia diexport, kemudian dia beli pulak minyak grade murah untuk kita pakai. Ini lah masaalah nya, ada yang baik ijual, beli pulak yang murah. Macam jual air keSingapore harganya murah, tetapi dia jual balek kat kita dengan harga yang mahal . Ada otak ke?

  4. Cinta Laju berkata:

    Sekiranya kita lihat data yang disediakan Petronas dalam laporan tahunan 2007, didapati bahawa tidak semua tong minyak yang dihasilkan digunakan untuk eskport. Sebahagian darinya digunakan bagi tujuan domestik.

    Walaubagaimanapun, penghasilan minyak untuk kegunaan domestik sekadar menampung 70 peratus dari consumption tempatan.

    Baki 30 peratus diimport dari luar negara. Minyak yang diimport dar luar negara dicampur kepada minyak light sweet crude ‘Tapis’ oil, dengan tujuan mendapatkan rumusan kimia yang tepat sesuai dengan jentera tempatan.

    Sebagai maklumat tambahan, pengagihan satu tong minyak dibuat seperti berikut: 5 peratus sebagai kos, 10 peratus untuk kontraktor, beberapa peratus lagi untuk kerajaan, manakala bakinya dibahagikan kepada dua: untuk petronas dan syarikat asing yang mengusahakan pelantar etc.

    —–

    benar minyak di Indonesia dan Venezuela jauh lebih murah. Dalam temubual saya dengan salah seorang ceo anak-anak syarikat Petronas, kerajaan mampu memberi minyak RM0.10 selitar kepada pengguna.

    cuma soalnya, berbaloi atau tidak?

    dalam sesi penerangan Jomo K Sundaram, beliau menerangkan bahawa kenaikan minyak sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dan faktor kenaikan tidak berpunca dari shortage of supplies semata-mata.

    Antara known culprit kenaikan minyak adalah futures trading, permintaan yang tinggi, dan extraction cost yang semakin tinggi dan aliran modal.

    Benar juga kenaikan harga minyak global secara teorinya memberi keuntungan besar kepada negara, namun begitu, to maintain the previous oil price tidak tuntas apabila urustadbir ekonomi negara dibawah BN tidak lebih dari jobless growth semata-mata.

    Lagipun, kita kan menuju ekonomi pasaran bebas.😛

  5. bongkersz berkata:

    bukan isu subsidi, bukan isu harga minyak naik yang kita hendak ketahui tetapi ketelusan kerajaan dalam pengagihan subsidi, kebenaran dalam kenyataan dan penjelasan yang dibuat. satu perbandingan mudah, harga minyak naik, harga komoditi lain seperti getah, kelapa sawit naik, cukai kenderaan yang tinggi = keuntungan kepada kerajaan, dan diambil kira subsidi yang diturunkan (apabila harga minyak dinaikkan dari RM1.62 ke RM1.92) sepatutnya Malaysia mempunyai lebihan wang. tapi, ke mana semua wang ini pergi? subsidi? tidak mungkin.. kita sudah mengurangkan subsidi. dalam perbelanjaan menguruskan kerajaan tidak ada item ‘subsidi minyak’. mungkin lebihan wang ini disalurkan untuk projek projek besar? tidak juga.. tidak banyak projek mega dalm 4-5 tahun ini, jika ada semuanya inisiatif swasta/pinjaman luar negara. jadi, where is the money???

    The Truth About Fuel Subsidy

  6. bumilangit berkata:

    haha…

    di kampung aku tiada LRT, tiada bas hawa dingin, tapi harga barang naik juga..

    dah la naik, melambung-lambung pula!

    cintalaju: sumpah aku tak paham apa yang kau cakap, tapi macam gempak. next time nak gi jumpa prof jomo, bagi tau aku

  7. Sinatra_Z berkata:

    Menarik jugak bila hari ini dilihat takde ahli parlimen Pakatan Rakyat mengeluarkan cadangan atau usul untuk menggunakan sistem subsidi yang dicadangkan oleh Penasihat PKR yakni turun harga minyak ke kadar lebih rendah dari RM 1.93

    Cuma dipersoalkan tentang kaedah penstrukturan subsidi.

    Antara kenyataan menarik dari Menteri ialah keuntungan dari petronas menyumbang 35 peratus dari belanjawan kerajaan. Sekiranya nisbah keuntungan 35 peratus ini dikecilkan (semakin kecil kerana harga minyak semakin naik) ianya akan menggangu subsidi kerajaan lain.

    Itu sebabnya aku mahukan pemimpin yang berpandangan jauh macam Dr Mahathir yang korang panggil Mahazalim, firaun atau Mamak tapi sekarang ketua pemuda PAS tak segan silu ambil keterangan beliau dalam debat dalam RTM 1 berbanding dengan Pemimpin yang sanggup mengorbankan masa depan demi rampasan kuasa dari segi populariti semata-mata.

  8. bumilangit berkata:

    buat apa nak cadangkan bila dah tahu nak ditolak?

    mahathir tu pon nak cari populariti jugak. dulu semua subsidi dia nak tarik termasuk subsidi baja dan biji benih petani kat kampung2.

    ko bayangkan la kalau dia betul2 tarik subsidi masa tu, macamana malaysia nak hadapi krisis makanan sekarang..

  9. dot_one berkata:

    aku bkn pandai sgt ekonomi nih. tp korang cube tgk thailand, petrol mahal dr msia tp sepanjang lebuhraya 6 lorong dr hadyai g bangkok, mn ada tol. ada satu je time nk masuk pusat bandar bangkok. keta pun harga lg murah dr msia, lesen memandu pun bkn cm kite yg kn perbaharui tiap2 tahun. asyik sedut duit rakyat je. rakyat disuruh tukan cara hidup dr kereta ke moto, moto ke basikal, basikal ke bas n kalu bole jln kaki lg baguih sbb senaman. tp depa nu lg selesa hidup…

    rakyat di suruh cuti dlm negara, kalu bule dlm negeri saja tp depa nu dlm asean sajaa..
    ya la, depa keja siang mlm utk rakyat noo..
    kita dia suh pki keta nasional yg harga mahal n kureng kualiti tp depa nu dpt ap bole pki keta mewah n ada kualiti.

    ni, nk bgtau, gen2 kat Qatar harga +- rm 30.000 saja. kualiti pun lg baguih dr apa yg kita pki. depa bt naya kat kita.

    pulau pun bg kat orang, air pun bg murah, keta pun bg murah n kualiti kt org, petrol kita yg kualiti baik pun bg jugak. depa bg kita yg mahal n x kualiti. x naya ka?

    lepas tu, kalu x cukup, rakyat la yg dok top up duit utk kerajaan. lu pikir la sndri…

    sori la kalu terasa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: