PAS vs dangdut; gimana TS khalid?

Separuh masa pertama; siapa lompat dan siapa melompat?

Siapakah yang tak waras (atau tak cukup bajet) untuk ambil mas idayu sebagai ‘pembuka tirai’ perlawanan ni? Mengaku saja yang Mas idayu ni dah tak ada pengikut dalam generasi muda, jadi kenapa pilih dia? Irama dangdut ni dah berlalu lama dah… malah muzium Negara pun enggan masukkan dangdut ni jadi bahan pameran mereka.

Tolooong, muda lah sikit! Ambil lah yang kena dengan generasi muda. Inilah dia bila pemimpin ‘belia’ dah lanjut usia. Nak paksa belia ikut stail mereka. Bangunlah! Dah 2008 la tok wan! Ambil lah band anak muda macam meet uncle husin ka, hujan ka, apa ka.. baru la kena. Atau aku mungkin teori kedua lebih rasional, tak cukup bajet untuk ambil artis lain.

Jika Selangor tetap dengan keputusan untuk menjemput mas idayu, saya cadangkan semua yang hadir dalam stadium malam itu WAJIB pakai batik cetak jawa.

Rehat jap.

Tarikkkk nafassss……

Separuh masa kedua
Belum sempat MB Selangor, TS Khalid jawab, roslan aziz dah mencelah dulu! Katanya dalam malaysiakini, “Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,”
Ini adalah salah satu sebab kenapa aku tak pakai kopiah, kerana bila aku buat silap, bukan aku yang kena kutuk, tapi Islam yang kena kutuk!*

Akibat kelam kabut grup pemuda PAS ini (yang mungkin secara bawah sedarnya) cuba nak cari publisiti, satu institusi ulama dah kena kutuk. Tapi itu bukan soal pokok, kita bukan takut kena kutuk, tapi kita nak jaga iman orang yang kutuk tu. Janganlah lah dia tergelincir iman kerana mengutuk kita.

Pemuda PAS, kenapa tak bersembang secara elok? Bukannya nik nazmi tu orang lain, member2 kita juga! Bukannya menjerit itu selalu mendapatkan apa yang kita nak.

Tapi saya kena puji ketegasan pemuda PAS, Cuma mungkin silap catur. Itu saja. Yang bab berani tu kita kena puji malah kita kena galakkan. Jangan jadi pak angguk. Bodoh namanya tu. Cuma jika ustaz salehuddin atau rakan ada baca entri ni, saya dengan rasa rendah diri minta ustaz pergi jumpa roslan aziz. Minta pendapat dia, biar kaum seniman budaya pop rasa mereka diperlukan.

Wisel penamat
Preetttt…. Semua negeri pakatan dah kena jaga isu ni. Apa guidelinesnya? Mana yang boleh mana yang tidak? Biar tak jadi isu dah lepas ni.

Allah lagi tahu

habesss

*tapi kadang2 pakai kopiah ni membuatkan kita malu nak buat salah.

One Response to PAS vs dangdut; gimana TS khalid?

  1. adihamka berkata:

    Tan Sri Khalid dah clear, DPP bersemuka sendiri dengan sultan selangor. soalnya apa respon Dr Hassan Ali?

    dalam hal ini, Pas perlu dihormati haknya untuk bersuara. tetapi mereka juga perlu akur untuk menerima kritikan.

    bertindaklah sebagai kerajaan, bukan dengan mentaliti kepembangkangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: