teka teki bersama pak menteri

mari kita sama2 cuba menjawab soalan matematik ini;

a) 10% dari elaun hiburan menteri dan timb menteri
b) percutian menteri dan timb menteri hanya dalam negeri atau negara ASEAN
c) 10% dari bajet jabatan kerajaan (untuk promosi dan kempen aktiviti)
d) beku jawatan baru
e) belian kereta baru, perabot baru, dan komputer baru
f) hentikan majlis di hotel
g) hentikan buat baju baru untuk apa-apa majlis
h) tunda pengubah suaian pejabat kerajaan
i) jimatkan elektrik dan lain-lain

jika a+b+c+d+e+f+g+h+i= RM2 bilion, maka berapa nilai a,b,c,d,e,f,g,h dan i dan peratusannya dari RM2 bilion itu?

kamu bayangkan dengan hanya dengan memotong 10% dari elaun hiburan bapak menteri dan menghalang mereka bercuti di paris atau tokyo, kita telah jimat berapa ratus juta. berapa bilion yang kita akan jimat jika menteri2 menghentikan 50% saja dari berhibur? bagaimana jika semua menteri hanya dibenarkan bercuti di dalam negeri?

owh, janganlah marah bapak menteri. ramai drebar teksi yang belum pernah ke langkawi, apatah lagi membawa anak dan keluarga mereka ke sana. rakyat sudah lama berhenti berfikir untuk bercuti dan hanya berfikir bagaimana untuk meneruskan hidup. sudahlah, berhibur sikit-sikit sudah lah.

10 Responses to teka teki bersama pak menteri

  1. kalau RM2 ribu nombornya begini? RM2,000.
    Kalau Rm200 ribu nombornya begini? RM200,000.

    Jika 2 billion tu nomburnya begini yah?

    RM2,000,000,000.00

    waduh… lagi mudah bilang a,b,c..

  2. bumilangit berkata:

    aku sebenarnya taktau nak tulis bilion, banyak sangat kosong.

    kalau kosong itu tak dak, maka tak perlulah ditulis!🙂

  3. PAS berkata:

    Ugama itu madat untuk orang miskin = Karl Marx

  4. bulanmalam berkata:

    Kenapa kena tulis kosong sedangkan benda tu kosong. takde apa-apa.
    penin…
    penin…

  5. bumilangit berkata:

    PAS,

    kamu ini seorang yang jahat. aku akan memerhatikan kamu. kalau anak jantan, bertanggungjawablah atas tulisan kamu, jangan sandarkannya kepada orang lain.

  6. khairilazuar berkata:

    Bagi aku potong ke atau tidak potong elaun itu tidak penting bagi sebab potongan mereka pun bukan sampai kepada mereka. Sepatutnya mereka perlu sendiri hadapi krisis kita, cadangkang bermula bulan depan bagi mereka hanya gaji RM1500, suruh dia orang hidup dengan menggunakan wang sebanyak itu untuk bayar segala bil, untuk membeli barangan rumah dan gunakan duit itu bayar petrol. Baru mereka rasa apa kita rasa sekarang.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  7. rastom berkata:

    Apa susah? Kalau Pak Menteri nak keluar negeri juga, boleh bikin macam macam cara. Ada banyak expo, simposium, sidang puncak itu ini di london, Paris, New York. Tak kan ada simposium atau nak pergi mesyuarat di Myanmar?

  8. ladymariah berkata:

    betul tu zul. akupun rasa tak perlu la pak/mak menteri ni joli habis2an. cukuplah kalau casino kat genting jer…

  9. khairilazuar berkata:

    Datang ke blog saya utk pic protes kenaikan harga minyak 13 jun

    Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  10. Bro pemerhati bebas, sebol and mie amour..

    Production kos untuk Petroleum sebenarnya sekitar USD20 usd per barrel…Itu bersamaan dengan RM0.60 seliter .. kalau ambik sekali dengan kos-kos keuntungan dan sebagainya sebanyak 70% sekali pun harga minyak petrol hanya patut naik sehingga RM1.50 paling tinggi pun…

    Off course kalau kita ambik kos minyak dunia memangla kalau kita beli kat Pasaran terbuka harganya = USD100++, tapi kalau ambik nilai production yang betul-betul at the pump, harga nya sekitar USD20 sahaja..

    Berdasarkan perkiraan aku, harga petrol kat Malaysia masih lagi boleh dijual dibawah harga RM2.70 seliter…Malah boleh dijual dibawah RM2.00 seliter dan masih untung, kalau ade inisiatif yang benar-benar ikhlas oleh kerajaan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: