amaran dah dikeluarkan untuk paklah

rakyat ugut paklah, jika dia tak turunkan harga minyak dan bincang semula mekanisme minyak, 12 julai rakyat akan turun beramai-ramai di jalan-jalan raya.

rakyat takut?

no, we are not afraid. that i can assure you.

12 julai

10 Responses to amaran dah dikeluarkan untuk paklah

  1. Affuan berkata:

    pak lah duk menggeletar bawah ketiak jin dah tu. hahaha.

  2. admin berkata:

    aku tak berahi melihat minyak diturunkan harga.
    aku lebih berahi jika mereka yang turun!

  3. bumilangit berkata:

    paklah kata kepada jin, “saya mahu power!”

  4. AnakMudaParlimenBatu berkata:

    Inilah padahnya, kita terpaksa menanggung kesusahan bersama dengan rakyat Malaysia yang memangkah BN padahal kita tahu apabila menyokong Pakatan Rakyat akan dijanjikan penurunan harga minyak tetapi mereka tidak percaya. Subsidi yang diberikan kepada kita ialah subsidi yang begitu merugikan rakyat, padahal contohnya, aku sendiri menunggang motosikal menggunakan petrol dengan harga sekarang dalam masa 3 bulan sahaja menghabiskan subsidi kerajaan selama setahun. Apa daya kita untuk melawan keputusan yang dikatakan adil untuk pemerintah dan untuk rakyat. Adil untuk orang bergaji besar tetapi tidak adil mcm kami yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin meninggi dan dengar ura-ura yang tarif elektrik akan dinaikkan, sememangnya permohonan TNB ini sudah lama diminta. Inilah pergorbanan rakyat untuk pemerintah hingga rakyat terkorbankan diri sendiri. Hentikanlah tajaan Petronas ke atas F1, Hentikanlah Monson cup dan segala penajaan yang membuangkan duit, lebih baik duit itu dilaburkan untuk kepentingan rakyat.

    Dengar orang UMNO pun marah akan kenaikan minyak ini, Siapa yang suruh pangkah BN lagi.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  5. ladymariah berkata:

    demo! demo! demo!

  6. Sinatra_Z berkata:

    Wei aku dah pindah blog

    LipasSepi.blogspot.com

    Singgahlah baca posting aku kutuk PAS ngan PKR nak kasi ko EMO hahahahahaha.

    Demo?
    Malas….. Kenapa? Ko ingat kalau ko Demo harga minyak pasaran dunia jatuh? Telaga Minyak Malaysia meningkat rizab? A Ok minyak sekarang murah, lepas tu orang kereta lagi bertambah, minyak Malaysia makin kurang nanti bila kita dah jadi net importer macamana pulak? Ko pun tahu aku tak suka Pak Lah tapi perkara ni cuma buat negara tak stabil. Ko nak tunjuk perasaan tunjuklah, aku tak ikut.

  7. bumilangit berkata:

    pertama lipas, aku mintak ko baca entri aku betul2, ada tak aku ajak ko pergi demo? masa bila plak aku ajak ko pegi demo?

    kedua, memang takkan rizab minyak malaysia takkan bertambah dengan demo, tapi ianya lebih mulia dari duduk saja di di dalam jamban dan merungut.

    tanya apa khabar kerani di sekolah? apa khabar pekerja am di pejabat MPAJ? apa kata mereka bila FOMCA minta kerajaan benarkan mereka ini buat kerja part time sebagai pemandu teksi dan peniaga pasar malam. apa pula pendapat anak-anak mereka?

    owh, kamu juga tak pernah sentuh kenapa exporter minyak yang lain mengekalkan harga petrol yang rendah di negara mereka, kan?

    emo? atau elmo?

  8. zuhairy berkata:

    memang betul, amarah rakyat dah meluap2 sekarang. Kat Johor ni pun, orang umno dah mula marah2. Walaupun kita tahu, Johor adalah negeri paling kuat umno dlam DUNIA,hoho….

    Pak Lah,
    Sudahlah…Cukuplah…Blah lah!!!!!!!!!!!!

  9. bulanmalam berkata:

    oooooooooooooooooooooooooooo……………..
    panas ini..
    minyak sudah gelegak..

    hahahahahahahahahahahahahaha…

  10. Sinatra_Z berkata:

    Pertama sekali ko ajak rakyat ramai-ramai turun ke jalanraya pad 12 julai kalau harga minyak tak turun, nak buat apa kalau tak Demonstrasi? Naik kenderaan awam beramai-ramai? Berkelah? Pandu kereta supaya berlakunya kesesakan lalulintas? Ataupun bersama-sama bergotong royong membersihkan jalan?

    Berbalik kepada kesian kerani, pekerja am MPAJ dan sebagainya. Betul, memang kesian dengan mereka. Akan tetapi adakah dengan mengekalkan harga minyak rendah merupakan jalan yang terbaik? Adakah kenaikan harga minyak dunia disebabkan rakyat mengundi barisan nasional? Bila rakyat makin terikat dengan penggunaan petrol dan kenderaan kerana minyak murah (seperti yang dicadangkan PKR) apa jadi bila minyak kita habis (kita menjadi pengimport minyak sekitar 2014).

    Memang betul pengeksport minyak menetapkan harga minyak mereka rendah. Kita ambil contoh Saudi Arabia lah alang-alang nak banding kita ambil yang paling champion.. apa main banding dengan Korea..

    Saudi Arabia
    Population:
    28,161,417
    note: includes 5,576,076 non-nationals

    Production : 12 Million Oil Barrel per day

    Malaysia
    Population:
    25,274,133 (July 2008 est.)

    Production :
    Oil – production:
    751,800 bbl/day (2005 est.)

    Rakyat kita lebih kurang sama, tapi jumlah pengeluaran minyak adalah 15.96 kali ganda lebih banyak.

    Ko ingat aku suka ke minyak naik? Tak!! Tapi pada pendapat aku tindakan kau tidak bijak. Tapi kalau korang nak turun dekat jalanan turunlah, namun aku tak ikut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: