kalau-kalau ezam betul-betul masuk umno

belumpun tuan punya diri jawab, rakyat semua sudah melompat. yang umno kata PKR ada masalah, yang PR kata ezam jilat ludah.

kita kena ingat beberapa fakta penting, pertama ezam belum keluar kenyataaan yang dia betul-betul nak masuk umno. yang ada sekarang cuma sumber media yang memang dah diketahui umum, tak boleh dipercayai. walaupun memang ada bukti yang ezam nak masuk umno, atau bukti yang ezam baik dengan pemimpin umno, tetapi ezam BELUM keluarkan kenyataan rasmi yang dia nak masuk Umno. kenapa PKR nak gelabah? kenapa rakan reformis melatah?

pada hemat bumilangit, anwar dan azmin adalah individu yang hebat jika mereka berani menjemput ezam (dengan hamparan permaidani merah) untuk membantu PKR. siapa yang berani nafikan jasa ezam? siapa yang nak tidakkan penderitaan ezam?

benda yang semua reformis dan ahli PKR kena ingat ialah keburukkan bila tidak ada ‘demokrasi’ dalam parti. jika hanya ada puak ‘azmin’ dalam PKR, semua ahli akan jadi pak hangguk yang taat mengangguk. ini tentulah tidak bagus dan menjadikan PKR legasi Umno yang baru.

biar ezam masuk PKR sebagai duri dalam daging. biar parti bagai anarki, asalkan rakyat yang untung.
inipun jika anwar dan azmin berani – sebelum ezam betul-betul masuk umno

8 Responses to kalau-kalau ezam betul-betul masuk umno

  1. AnakMudaParlimenBatu berkata:

    Bukan melompat saudara, cuma memberi pandangan sahaja tentang ezam, kalau dia rasa nak masuk, itu hak dia tetapi apa sebab itu dia kena komen, sebab dulu dialah org ke depan yang mengutuk UMNO, mungkin UMNO telah insaf.

    Ezam bukan tidak boleh ke PKR tetapi ezam semacam berpatah arang dengan PKR, bagi aku lebih baik masuk pas.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  2. admin berkata:

    hari ini ezam sahih masuk umno.

    respon?

  3. bumilangit berkata:

    hidayat,

    aku sangat2 terkejut!

    jika ezam seorang politikus, itu bukan langkah yang bijak. itu bukan langkah yang ibn khaldun atau michiavelli akan ambil.

    kedua kalinya aku persoalkan, mamat ni mastermind atau out of his mind?

  4. bulanmalam berkata:

    Mamat itu Mastermind yang sudah out of his mind?
    Mungkin dia juga mempunyai impian seperti khairy menjadi PM sebelum umur 40 tahun.
    Politik..
    Politik..
    Politik..
    Bosan lew.

  5. bicarasamaawan berkata:

    jgn le bosan. tak anak muda la kalau bosan😛

  6. bumilangit berkata:

    deyyy… macha…

    kalau itu bukan sebab bosan ka, itu mahadey tarak bersara, itu ezam tarak lompat2.

    ezam lompat2 pun ada sebab. dia suda team up sama itu najib mau kasi jatuh itu paklah.

    jangan la kasi busan lagi adik kicik. ini filem, kalau takdak twist, tarak syok punya!

  7. qamal berkata:

    ini dah kira mcm ronaldinho nak masuk real madrid la analogi dia…
    aku pon tatau la, ini semua personal issue la…repot rasuah ezam tu dlm tgn paklah, paklah makin happy, KJ dpt kawan?hisamudin dpt lawan?TDM kene sawan

  8. bulanmalam berkata:

    Ya.. Ya.. Ya..
    Btui.. Btui.. Btui..
    Tapi ini politik ada skit macam itu sembilu kasih la abang besar..
    Plotnya asyik-asyik mau ulang cuma itu watak ada sikit beza..
    Bosan bukan sebab politik itu..
    Bosan sebab melihat pendirian yang lantang bersuara dahulu tapi kini berubah..
    ‘Jangan lupa baca cerpen satu hari kau jalan-jalan’
    Bakal diterbitkan dalam masa terdekat.
    🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: